expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

23 February 2017

Dear Zindagi

Aku suka jugak layan hindustan ni. Hindustan era baru ni aku layan Dilwale, Bhaajrani Bahijan ( tak sure ejaan betul ke x.hihi) dengan Bajirao Mastani. Tu pon sebab viral jek. Orang cakap best.. best.. aku pon try la tgk.

Ok kali ni tergerak hati nak layan cerita Dear Zindagi. 

Macam mana tergerak? Opkos lah sebab ada SRK kat situ. 

Layan... ermmm. Dekat sejam baru SRK keluar nye. Haha! 

Cerita ni mengenai budak pompuan nama Kaira ni. Cerita pasal kehidupan dia. Pastu dia buat terapi kat SRK. Sinopsis dia mohon google la senang. Sebab bagi aku cerita dia biasa ja. Tak berat pon.

Tapi benda yang aku tertarik dalam cerita ni adalah

Segala macam pemandangan indah dalam filem ni. Pemandangan di India ja. Tapi lawaaa! Pandai yang membikin filem ni. So tak la boring asek nampak India ni kotor ja kan. (Tipikal kalau aku cerita aku berangan nak ke India, mesti orang cakap India kotor padahal dia tak lernah sampai pon) pantai dia cantik, ada sawah pagi, ada laut, deco rumah pon menarik! Hehe! 

Aku kan masih dok teringat filem era 90an. Ya masa tu kan zaman kegemlangan hindustan di Malaysia. Sekarang hindustan tenggelam sikit dek kerana Kpop. 

So bila tengok cerita ni. Walaupon aku rasa cerita ni boring. Tapi aku tunggu jugak sampai habis sebab sukaaaaa sangat view yang ada. Heroin dia biasa la lawa semestinya. Hero biasa-biasa. Masih tak dapat menandingi SRK. Aura SRK masih kuat ya! 

Lagu dalam cerita ni pon biasa saja bagi aku. 

Macam aku cakap tadi. View cerita ni memang lawalahhh! 

Kepada yang nk tengok.. silakan. 

Aku tengok kat web ni 



13 February 2017

Hi,2017!

dah bulan Feb dah pon. baru nak update. hari ni baru moood datang. ntah la aku ni macam mana nak bagi konsisten ntah. ada ari tu aku beria menaip kat hp bajet nak update la kan. ntah macam mana tak publishh pon. tak pa lah ada la tu silap kat mana-mana kan..

aku ni ada mood berbeza bila lap top aku berada di kedudukan yang berbeza.


bila laptop aku dalam kedudukan macam ni, memang takkkk lah aku nak blog walking ke ape. susah nau nak menaip. so bila keadaan laptop aku macam ni, selalunya aku layan movie or drama je sambil baring-baring. hihi !

Bila laptop dalam posisi ni, tetiba aku jad rajin nau nak  menaip. tetiba pulak idea datang. tetiba rajin.. tetiba eh, banyakkkkknya idea nak taip ni.. tetibe eh! nak mula mana 1 nihhhh ! tetiba je semuaaaa ! 

dalam bilik aku ni ada 2 ekor kucing ja yang dibenarkan masuk. si Opi dengan si Shiromok. diorang kalau tengah hari aku ada dalam bilik, memang mencakar-cakar pintu nak masuk. nak tau kenapa? sebab air cond. kemain la tido telentang la menungging la apa. kemain lagi. sekarang Langkawi panas. laaaagi la beria nak masuk bilik. sebab tu la aku akan vacum & mop bilik aku hari-hari.. 

eh! dah tetibe cerita pasal kucing pulakkk ! 


swafoto 2017 kihkih
weh, apa azam korang 2017? bulan Februari baru gigih kannnnn..

kali ni aku cerita eh, just jangan gelak je sebab ada setengah tu azam mengarut jek. tapi aku rasa perkataan yang sesuai untuk aku ni.. Target kot.. azam macam serius sangat. sebab aku ni kadang jadi tak serius ! haha! 

TARGET 2017 -Shela Abd Rohman
  1. income 2k sebulan. haha ! aku je la peniaga yang jenis target 2k je sebulan. peniaga lain target 20k, 30k. aku 2k jek. tak pernah jejak lagi la. jangan kan 2k, 1k pon tak perna sampai lagi. so, aku target, untuk 2017, aku nak capai 2k sebulan. kalau dapat lebih, Alhamdulillah la kan? kata meniaga kannnn
  2. Holiday. aku tak mampu ke eropah lagi. so, pegi ke negara yang mata wang rendah je la yang mampu. lokasi bergantung tiket murah AA! hahaha !
  3. Handphone baru
  4. Kuali non stick Tefal
  5. Periuk Tefal
haa tu je la kot. Zuriat? tu memang sentiasa jadi azam aku. bukan azam 2017 ni ja. tu azam setiap tahun.


semoga segala target dapat dicapai dengan terbaiknyaa.. 

aaminn ! 

26 October 2016

Baloq Liat

Lama aku tak update kan? Hihi! Ntah aku pon tak tau kenapa baloqq sangat ( pemalas sangat )

Padahal aku hari² bukak blog ni tengok kat side bar samada blog² kat situ update ke tak. Dok sebok blog orang, blog sendiri tak berupdate.

Macam mana eh, nak mengatasi masalah pemalas update blog ni??? Ada apa² petua takkk? Haha!

Kalau diikutkan kerja aku.. Aku ada ja masa kalau setakat merapu sat kat blog ni. Tapi tu lah aku cakap tadi. Baloq liat. ( Pemalas gilaa orang key ell kata )

Nak cerita pasal apa eh...

Haa.. Esok malam aku nak ke Kajang. Yeahuuu!! Buat apa? Berjimbaa dengan kawan² h2m. Hikhik! Alahh, berjimba secara sihat. Lepas tu aku nak kemas rumah aku kat Semenyih tu. Cadangnya nak buat sewa taon depan. Gitu la cadangnya...

Tengok la macam mana nanti. Maybe akan ada barang² rumah yang aku nak let go. Jual murah². Sebab aku rasa rumah aku tu banyak ja barang. Ntah apa² la aku beli..

Esok aku amek cuti dah. Walaupon flight aku malam, tapi sesambil esok nak bawak kucing yang aku selamatkan ke klinik haiwan waktu pagi tu. Lagi pon, kalau aku kerja, kalau aku mintak half day kat bos aku.. Aku cakap bak bawak kucing ke klinik mesti dia gelak. Susah sebenarnya nak explain benda macam tu kat orang yang tak pernah bela kucing ni. Maybe dia rasa macam..

"Hahaha! Amek half day semata bawak kucing!! "

Padahal dia tak tau, klinik haiwan bukak ikut masa pejabat.(di Langkawi la. Luar aku tak tau)  So, memang tak ada pilihan lah memang terpaksa amik cuti. Memang dah ghupe ada ada anak dah pon... Hahahha

Melalut dah. haha! sorry ni memang post tak dak motip. merapu semata. eh, dah baca sampai habis? kecewa tak baca aku melalut ni.. biasa la.. dok cari mood ni.. hehe !

ok, bye!

08 June 2016

Anniversary Ke 5 !

Dah 5 taon aku kawen. Rasa macam baru ja lepas pakai baju pengantin yang panas, tak selesa tuh.. haihh.. dah 5 taon dah masa berlalu? Pantass... pantas...

28/5/2016 genap 5 tahun.

di tahun ke 5 ni.. Kitorang dah tak berdua dah. Kami ber 6 sekarang!


Cheminah


Milo


Yen


Opie

kucing yang menjadi penghibur kami suami isteri. Dan bakal ber 8 lepas raya nanti ! Hehe! Sekor datang dari Melaka. Sekor lagi dari Alor Setar. Tak pa.. yang tu kendian kita cerita.

Sepanjang 5 taon berkahwin, kitorang tak pernah lagi la bercuti sempena anniversary ni. Haha! Tak de rezki selalunya.tak pa.. maybe anniversary yang akan datang. Selalunya anniversary kitorang just kuar makan sedap la orang kata.

Berlainan pulak untuk tahun ni...

Aku pon tak tau kenapa. Laki bini tak da rasa apa.. haha!

Maybe jugak sebab aku kerja. Maybe jugak kitorang baru ja lepas makan sedap sebelum tu. Maybe jugak sebab tak banyak tempat sedap kat Langkawi ni. Tempat cantik tapi makanan tak sedap maksud aku. Jangan percaya sengat la yang viral tu. Kadang yang viral tu.. tak kena dengan tekak kita. So.. kita rasa tak sedap la.

Last-last.. kitorang g makan pasemboq ja kat Pekan Rabu. Tepi jalan. Hahahaha !


Sempoi ke tak??

Naseb bek lah pasemboq tu sedap. Servis bagus. Koteow goreng pon sedap. Layaannnnn... tapi sebelum tu ingat nak beli kek. Mie dah pesan. Tak payah beli. Nanti membazir. Lebih tak da orang makan. So.. tak beli la..

Pasemboq tu punya la banyak Mie amek. Kebetulan kitorang memang betul-betul lapar. Sebab memang sediakan perut untuk kitorang nak makan malam ni. Amek punya amek, sampai orang kat gerai tu tego. Banyak nyaaa kitorang amek! Tapi aku dengan Mie ni kompiden boleh habis kan.. sekali dah makan.. haaa.. penuh perut ! Rasa macam nak keluar balik semua tu! Yea la.. pasembor. Pastu koteow goreng lagi. Macam mana laaaa tak terkeluar balik kan??

Last-last.. surrender. Tapau je. Haha!

Di tahun ke 5 ni memang tak mintak lain lah. Memang nak baby tersangat-sangatlahh! Mohon doa dari korang.. moga lahirlah Azmi / Shela jr nanti.


Amin...

07 June 2016

Selamat Berpuasa!

Ramadhan tiba! Ramadhan tiba! Ramadhan tiba!

Alhamdulillah hari ni dah 2 Ramadhan.

Ramadhan yang ke 5 untuk aku dan Mie.

Ramadhan yang ke 2 di bumi Langkawi Permata Kedah ni.. (nak jugakk letak Permata Kedah tuhhh)

Semoga Ramadhan kali ni kami memperlipat gandakan segala amal ibadat kami..

Ramadhan kali ni jugak, aku dah tak berdua dengan Mie. Kami dah ber 6! Meriah Ramadhan kali ni.

Ramadhan korang macam mana taun ni? Meriah macam aku takk? Hihi!

Semoga segala amal ibadat kita diterima oleh Nya...


Selamat Berpuasa !

25 May 2016

Cerita Pasal Tido

Pasal tido. Korang pernah tak tido tgh ari dalam 15 minit or 10 minit?

Ada setengah orang, tak boleh. Sebab pening katanya.

Aku pon tak terkecuali. Masa aku masuk blaja kat IKBN Kuala Perlis dulu.. ada sorang kesatria. Bagi tips untuk segat di bengkel masa tengah hari. Dia cakap, tido la sekejap. 10-15 minit. Tidoq habuan terlelap orang kata.. pastu bangun. Masa tu mata segar. Pemikiran pon macam fresh. Macam bangun pagi-pagi. Yang penting badan TAK LETIH.

Memang aku ingat sampai sekarang.

Aku tak suka tido siang. Melainkan aku betul-betul penat. Tp kalau betul-betul penat pon. Takkan lebih dari 30 minit. Sebab apa? Tido siang ni buat aku laaagi letih. Laaagi malas. kita tido nak bagi badan fresh. Bukan nak bagi badan lagi letih. Kan?



Bila tengok kat fb. Ada artikel ni. Terus teringat kata kesatria aku dulu. Lagi 1, sunnah nabi kita sendiri kan tido sekejap sebelum Zohor.

Aku? Bila aku rasa terlampau letih. Aku akan tido sekejap. Bukan hari-hari la aku nk tido ni. Tido siang ni tak de dalam jadual harian aku. Haha!

Tapi bila baca balik.. macam kena amalkan jek. Haha!

Mungkin kah ini port tido aku yang baru?? Hikhik!



Aku boleh je lelap sekejap sambil duduk. Tak de masalah. Tapi lagi best kalau boleh tido baring la kan? Kat opis ni tak de port best la. Surau ada. Tapi panas. Tak de ekon. Hehe!

Jadilahhh! Bawah meja ni pon. Duduk pon duduk lahhh!


Ok, Bye ! :)

Instagram.

Ceyy.. macam retis pulak kan.. ig kena hack. Ntah hape ntah.. ig aku tu murah je kot..

lepas aku post kat fb cakap ig aku kena hack, ramai tanya

'macam mana boleh jadi?'

Ntah la. Aku sendiri tak tau nak jawab. Maybe jugak, kena selalu tukar password atau kena add no telefon kat situ. Aku tak pernah tuka password aku. Lepas tu aku tak letak pon no telepon kat situ. No telepon tu macam penting jugak la bila jadi kes macam aku. Die nak buat confirmation boleh melalui hp. Aku tak letak no telefon kat situ. Aku letak no telefon kat ig berniaga aku....

Ada 1 ig terr create.

@abdrohmanshela

Aku lupa nak printscreen. Maaf. Aku baru delete ig tu sebenarnya. Kihkih!

Ig tu terrr create bila banyak tangan nak menolong. Tu budak opis aku punya kerja. Aku tau ada notification kat kan? Sebab budak opis aku tu sign in with FB. Terus create la jawabnyer..

Aku mintak tolong adik aku. Adik aku pon dah cuba sehabis baik. Dan aku pon dah email instagram mengatakan akaun aku kena hack dah. Sekarang ni.. memang aku redha ja la. Tak tau nak cakap apa.

Sebab pikir, aku ni manusia biasa pon sedih ig kena hack. Macam mana la retiss tu yang kena hack. Follower berjuta..

Gambar2 dalam tu.. memang sayangg sangat. Tapi nak buat macam mana? Bukan ku pinta ini terjadi... sedeyyy tau takkk!

Ada gambar dalam tu yang aku masih simpan dalam lappy. Moga2 jangan lappy pulak virus. Lagi sedeyyyy hakakkk.. lepas ni rasanya, nak buat album hardcopy lah. kembali ke zaman gambar cuci. Haha! Agaknya.. berapa tebal la album aku tu?? Hakhak!

Buat masa sekarang, aku uplod gambar kat we chat.. kat fb je. Ig aku takde. Ig berniaga je ade. Kalau nak tengok ig kawan2 aku guna ig Cotton Varniella je. Jangan tekejut pulakkk!

Belum tergerak hati nak ada ig baru. Kecewaaaa sangat.

Korang, kalau aku follow guna Cottn Varniella tu.. approve je la..



K, aku janji, aku tak komen "Visit my ig" kat ig korang k? Hihi !


Ok, byeee ! :)

23 May 2016

Tolong report IG ni !

ig aku kena hack kan...

Hari ni kawan aku sent print screen ig aku tu.



Agak biadap jugak ayat dia kat kat situ...

Kalau ikutkan sayang.. aku memang sayang ig aku tu. Bukan sebab follower. Tapi sebab gambar-gambar kat situ, memang ada kenangan yang manis untuk dikenang. Dengan location disetiap gambar. Ada orang, mesti macam cakap..

"alahh gambar je pon..."

Alah gambar je pon ke ape.. aku tetap sayang. Aku uplod gambar dalam tu bersebab. Selalunya sekali dengan location.. tak pon, ada gambar yang aku dah delete dari simpanan. Aku harapkan gambar yang aku uplod ja...

Tak pa.... aku redha.. mesti ada hikmah disebalik kejadian..

Dengan ini, aku minta jasa baik korang..

TOLONG REPORT akaun instagram ni.

Tak pa. Biar hapus terus. Dari dia letak caption yang bukan-bukan..

Naseb baik lah aku tak banyak gambar selfie. Naseb baik jugak gambar profil tu gambar dengan somi. baru betul, susah senang bersama.. haha !

TOLONG , ya... report ig ni. Biar terhalus. Dan tak wujud lagi.

Aku pon tak tau aku nak ada akaun ig lagi ke tak. Rasa kecewa.. tengok lah dulu macam mana....


Jangan lupa eh...

REPORT !

TQ korang ! :'(

22 May 2016

IG Aku Kena Hack, Tolonggg!

Tak tau nak luah macam mana. Tetiba ig aku kena hack !

Ceyy bunyi macam serius. Tapi memang serius lah untuk aku ni. Bukan apa. Aku banyak simpan gambar dalam tu. Kenangan dalam tu. Lokasi setiap gambar dalam tu. Sedihhh !

Ingatkan retis or selebriti yang follower juta-juta je kena hack. Aku ni follower tak sampai 1k pon kena hack jugak! Ape lah dugaan ni.

Sedihhh ! T_T



Tetiba nama jadi soniaa !

Bila jadi macam ni. Pendapat aku.. instagram adalah TIDAK SELAMAT. Ade ke sape-sape sudi menolong?

Pleaseeeee !

Sangat tak sukaaaa !

28 April 2016

Tempat Kerja Baru

sekarang aku dah kerja. bukan keja hebat mana pon. hanya kerani tapak dekat-dekat rumah aku. bosan duduk saja kan. kawan pon tak de.

aku dah start keja pertengahan bulan 2 ari tu. nak kata busy sangat.. biasa-biasa ja pon. dari bulan 2 hingga bulan 3, opis aku tak de internet. memang mengharapkan data plan kat hp memasing jek. bosan la jugak. jenuhh juga dok jimat data la apa.

kat opis ni, tak ramai staff pon. aku , site supervisor, driver, pekerja asing (bangla, indon) engineer . engineer tak de kerap sangat kat site. sebab dia sebok buat paper work kat HQ. HQ company aku keja ni kat Alor Setar nunn.. engineer(pai) ade 3 or 2 hari jek kat site ni. yang kerap ada di site, aku, supervisor (pendi), driver.(alep)

diorang tu memang baya adik aku la. driver tu paling muda. 23. keja part time ja dia tu. baru habis study diploma. sementara nak konvo, nak dapat kerja lain.. kerja ja la kat sini. ayah dia projek koordinator kat sini.

pastu kat tapak ni.. memang aku sorang ja pompuan. dari pekerja asing.. sampai la ke label orang atas. untuk disini, memang aku sorang ja pompuan. pastu kawan-kawan dengan diorang ni pon sempoi jek. macam kawan-kawan, adik beradik gitu.bergurau, memang masuk kepala. time serius.. serius la.. kerja aku kat sini, selain jadi kerani, aku ni merangkap kakak, mak, bibik, delivery girl. kenapa aku cakap macam tu? pagi-pagi aku tolong belikan breakfast. pastu biasa la laki kan.. sudu lambat basuh. plastik bekas makanan dok peruk atas meja. aku jadi mak-mak kejap. bebel. sekali harung aku bagi. engineer ke, supervisa ke.. driver ke.. tapi paling teruk aku bg ke driver tu. si Alep. bukan apa.. dia ja yang rilek. kang aku bebel tak pasal-pasal kat engineer.. kot tak kena angin.. mau kena balik aku. sebab dia kerja banyak pikir kan. sama la dengan supervisa tu. tengok masa jugak aku bebel. pai dengan pendi ni jarang sket la kena bebel dengan aku. sebab diorang selalu stress pasal keja. kang tak pasal-pasal aku plak kena. haha ! kalau alep  ni memang selalu la aku bebel. sampaikan dia cakap..

"kak ni tak adil la. awat tak hingaq kat depa 2 tu? depa lambat basuh camca kak x beletiaq pon"

hahaha ! aku selalu beletiaq si alep ni.. bukan apa. dia yang paling rilek kot. haha ! kalau dia kerja banyak macam pai dengan pendi... memang tak la.. oh! aku bagitau Mie yea.. aku selalu keluar dengan alep. yea la.. aku tak de pilihan kot. semuaaa laki kat sini.. kalau ada pompuan pastu aku gatai kuar berdua dengan laki memang mencari penyakit ya.

kenapa aku selalu keluar dengan alep? sebab dia yang paaaaling free sekali. hihi

kadang-kadang aku jadi kaunselor jugak. diorang bertiga ni memang suka mengadu kat aku..

"kak.. saya kan...."
"kak.. ok tak kalau saya buat macam ni.."
"kak.. ni awek baru. saya baru chat dengan semalam. comey tak.."

gitu la.. selalu diorang akan mengadu bila aku tinggal berdua la. mula la dengar cerita. kadang-kadang tengah buat kerja pon stop kejap semata dengar cerita. naseb la yang dok cerita tu boss... kakakakak !

buat masa sekarang ni memang aku enjoy la kerja sini. walaupon engineer ni bos aku.. bila bercakap aku ber-aku hang ja. sempoi. dia pon tak kesah. dia sendiri cakap. tapi dia tetap bahasakan diri dia saya la. 3 orang ni memang bahasa kan diri diorang saya dengan aku. kecuali alep tu kadang-kadang bahasakan diri dia alep. mengada ja aku rasa. layan ja la...

ni la tempat kerja aku
bangla ? indon ? masa mula-mula aku masuk ada la kakak indon ni keja. kagum aku pompuan buat kerja berat-berat. sekarang dia dah berhenti. bangla aku kawan dengan sorang je la. panggil dia Mama. ntah kenapa ntah nama dia mama.. seronok jugak kadang tu dengar cerita dia. cuma.. bila dah dengar cerita tu.. otak ko sekali kena bekerja. haha ! ayat bahasa melayu tunggang terbalik. pastu sebutan pon mix dengan bangla kan.. hihi !

masa naik lori. alahh dari depan ke belakang jek. sebab malas nak berjalan tengah panas dan berdebu. naseb bek laaa tak de bau bawang... hahaha !
ni opis aku
meja tu memang tak dapek la nak kemas. bila kemas je lagi teruk diorang sepahkan.. hahaha! bukan sepah ape sangat. diorang dok letak plan segala dokumen atas tu. aku la tukang kutip. kalau ada sampah aku la tolong buagkan semua. tak ke aku dikira cleaner jugak tu?

pakaian aku ke opis ni..tak jauh beza sangat la dengan kerja tempat lama dulu. cuma bezanya.. sekarang hari-hari. dulu kat site je..

ni pakaian harian.yea lah aku gemok kan? haha ! 

muka memang malas nak make up. muka togel je. tudung ni aku pakai hari-hari. sebab tudung ni warna hitam, tak payah gosok, basuh guna mesin, labuh . instant.

haa tu diaa.. hari-hari dok basuh tudung ni. sekarang segan sikit nak pakai bawal. sebab bawal macam tak tutup sepenuhnya bahagian dada. segan disitu. tu yang aku hentam pakai tudung ni hari-hari.

muka aku selebet gila kan? lantak lah.. tapi masa mula-mula masuk kerja aku rajin la jugak. pakai bedak, lukis kening..dalam seminggu dua je kot aku dok rajin macam tu. lepas tu togel je la. malas sungguh nak bercantik-cantk. sebab orang kat sini semua pakai selebet. tapi diorang selebet-selebet ponn poket diorang tebai. aku selebet, poket nipiss. haha !

kemain kan siap jubah?
pernah la sekali aku pakai jubah datang opis ni. kena gelak dengan budak-budak ni. motip aku pakai jubah? sebab nak senang solat. sini memang la ada surau. tapi dah tentu-tentu sini ramai laki kan. mana ada tempat wanita pon. kang aku tengah bukak tudung.. ade orang masuk pulak. aku pakai macam ni dengan harapan, mudah aku nak solat la. bukan nak tiru fynn jamal okayyy :P

sehari je aku pakai. sebab aku rasa baju aku terrlamau cantik kat sini. dah la baju paaling cantik, kena panas pulak. poket plak nipis. orang len baju buruk poket tebal. rilek jek. esok nye aku tuka pakai seluar balik. haha! solat? aku balik rumah solat. senang.

ni gambar 2 hari lepas. kitorang memang jenis breakfast sama-sama. tak kesah pon hang tu pangkat apa. semua hentam. jadi kawan-kawan.. 
selebet kan aku? ni tanda malas nak iron tudung jugak. tudung hitam tu aku lupa nak basuh.

masuk ja pintu.. alep tego.. "kak nak p markit(pasar) ka?"

tudiaaa.. hahahah ! selebet sungguh la aku. sebab kadang terpikir nak elok-elok sangat pon buat ape ntahh.

aku tunjuk gambar ni kat kawan aku.. diorang cakap..

" bawak-bawak bersiap sket weh, selebet sangat.."

hahahah ! ok.. so, esoknya aku berazam.. nak make up la skit. alah bukan make up apa pon, setakat pakai bedak, lukis kening, maskara, blusher, lisptik sket. tepek lembut-lembut je warna nye..

ni muka aku make up la
bila kaki aku melangkah ja pintu.. (diorang ni datang awal dari aku) alep dok tahan gelak. pastu pendi nampak aku.. terus...

" KAHKAHKAHKAH ! kakkk !!! fuyooo ! kak make up !!!! KAHKAHKAHKAH ! "

alep pulak..

"mana kak kami ni?? mana kak kami?? ni bukan kak kamii !!! "

aku peratiii ja diorang.. kuang ajaq...

"Kemarin hampa kata aku macam nak p markit. hari ni nak la nampak segak sikit. pelik ka aku make up? awat? aku ni jantan ka? "

alep dengan pendi..

"kak, kami lupa kak POMPUAN ! kami dok rasa kak laki ! " KAHKAHKAHKAH

grrrrrrrrrrrrr

balik rumah masa lunch, aku cuci muka. buang semuaaa make up. muka kembali togel..



Sampai pintu...

"Yesss ! kakak kami dah kembali !! ni baru kakak kami !! "

what the...........

dari sudut lain, baguih la.. suka tengok muka aku selebet. muahahahahaha !

gambar hari ni. sebab semua pakai baju hijau belang-belang. HAHA





ok, bye !


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...