expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

08 November 2012

Sehari Menjelang Aidiladha 2012

Sehari sebelum Raya Haji lepas, aku dikejutkan dengan pangilan telefon dari Incit Somi mengatakan dia kemalangan. Perghhhhhh !! Tetiba tangan menggigil.. Dada berdegup pantasss ! Mase dia call aku tu, lepas maghrib. Biasa la.. Aku mesti lah sibuk-sibuk nak masak kan.. Sebab lepas masak nak g Uptown Jalan Reko tu dengan Day & Dak Liya. Hajatnye nak beli tudung baru la. Raya kan.. Pakai pakaian baru. Tak kesah la walau murah sekalipon..

Ok.. Aku sambung cita, lepas ja dia call.. Kat kepala hotak aku ni tak daq orang lain dah.. DAY!!! Terus call Day cakap cakap tak jadi nak g shopping tudung.

Aku : Laki aku eksiden woii !
Day : Laaa.. Ye ke.. Kat manaa?
Aku : Puchong. Weh, jom pegi amek dia. Ajak Seli skali. Dia cakap dia tak boleh bawak moto. Kaki dia luka. Aku g ambik ko eh..
Day : Ok3. Kitorng tunggu ko.
Sekali dengan aku tak mandi terus sarung tshirt dengan suar. Masam pun, masam la.. Dalam kelam kabut tu, tangan aku menggigil jek. Yea la.. Mesti lah risaukan? Kita tak nampak keadaan dia. Kalau ikut dengar suara, macam ok.. Aku baru je turun rumah, dia dah call.. Tanya aku kat mana. Mak datukkk ! Lagi aku gelabahh ! Aku dok cool down diri sendiri.

"Jangan mengelabah, tenang, kang tak pasal2 aku pulak kang" cakap lepas je kan aku??
Nak kuar dari taman aku tu plak.. Jalan jemmed.. Masak la.. Incit Somi call lagi..
Incit somi : kat mane ?
Aku : baru nak kuar taman ni haa.. Asal waktu macam ni jemmed??
Incit Somi : tak pe lah. Cepat sikit.
Aku : yea.. Nak cepat la nih.. Eh, syg ok ke? Ada rasa nak pitam tak ?
Incit Somi : okk. Cuma kaki ni.. Luka. Berdarah lagi ni..
Aku : oo ok.. Nak g amek Day & Seli nih.
Incit Somi : cepat sikit..

Darah ???? Kat kepala otak dah pikir bukan-bukan.. Ya Allahhhhhh !!!! Jauhkanlah !!!!
Masa aku kelam kabut g rumah Day, punye la nak cepat, aku boleh pulak masuk lubang ! So, tayar kereta aku masuk dalam lubang. Kereta tak boleh gerak ! Ya Allahhhh !!!! Terus aku kuar dari keta. Terus jalan tu Jemmed !!! Sebab akuuu !!! UwwAaaaaaaa !! Perasaan aku masa tu, antara malu + takot + risau kat Incit Somi . So, masa tu, ramai orang yang datang tolong. Ya lah, yang masuk lubang tu PEREMPUAN plak kan.. orang Cina, Melayu, India. Yang aku pasan.. Waktu ni seyes aku rasa 1 Malaysia (tetiba kanzzzz.. ) Diorang pon cepat2 tolong settle kan keta aku. Nahh koo.. Bercalar haaa.. Malas pikir dah.. Terus cakap TQ kat semua. (Sebab ramai sangat yg datang tolong) terus g rumah Day..

Sampai je kat guard umah dia. Dah nampak dah laki bini tu tengah tunggu aku. Terus aku mintak tolong Seli drive. Tangan still menggigil sejuk.. Sepanjang jalan, Seli drive.. Sepanjang tu jugak la Incit Somi asek call ! Arghhh !! Stressnya akuuuu ! Nak marah pon ade.. Ingat Puchong tu boleh sampai dalam 5 minit ke?? Terus telefon Mak Tam mintak tolong Mak Tam sampai dulu kat LDP tu. Dah Mak Tam dok Shah Alam. Tapi masa tu Mak Tam sekeluarga dah jauh, nak keluar Shah Alam dah nak balik Perak beraya. Dia terus call Incit Somi, Incit Somi la cakap dengan diorang supaya jangan datang. Dia ok. Besa la.. Dah aku bagitau Mak Tam, terusss sampai MIL aku yang kat Kelantan tu pon tau. Bukan main risau lagi dia.. Yea la.. Anak kannn... Terus call Incit Somi tanya keadaan. Last sekali, aku pulak kena marah sebab bagitau orang tua. Habiss tu.. Nak buat macam mana lagi kan? Kebetulan pulak malam tu, geng2 Kak Long and the gang tesesat sampai nak masuk Tapah. Fuyooo ! Balik Kelantan, sesat sampai Tapah.. Ouhh ! Malam tu kecoh perihal sesat & kemalangan. Comfirm MIL & FIL aku tak tido lagi sampai la Kak Long and the gang sampai rumah..
Alhamdulillah... Sampai je kat Shell LDP tu.. Jumpa Incit Somi. Incit Somi cedera ringan sahaja. Luka di kedua - dua lutut dengan tapak kaki. Akibat terseret. Overall koyak kat bahagian lutut. Luka pun dia dah siap basuh .. Dia cakap dia tunggu kitorang lambat sampai, so dia pegi basuh dulu luka tu dengan air.. Euwwww ! Aku sendiri asa pedihhh... Pastu mintak tolong Seli tlong bawak moto. Sebab Incit Somi dah tak boleh nak bawak. Dalam keadaan macam tu, aku la terpaksa drive. (Aku ni kalau naik dengan Incit Somi, aku tak suka nak drive. Sebabnya.. Semuaaaaa tak kena. Hahaha! Senang cita bagi je la die drive.. penah je balik Kelantan or Perlis die drive sorang-sorang. Hewhew! )
Terus kitorang pegi mediviron Taman Kajang Sentral tu. Alaaa.. Yang dekat dengan Miros tu.. Sampai je sana, Seli dah sampai. Alhamdulillah.. Sebab sepanjang jalan dari Puchong tu, kitorang cari die jek.. Nak follow blakang dia la kan.. Hambekk.. Sampai Mediviron baru jumpe. Hewhew. Kitorang yang lewat sebenarnya.. Sampai sana, tengok2.. Klinik Mediviron tu ramai pulak orang.. So Incit Somi bagi arahan, suh pegi Mediviron Bandar Teknologi Kajang. Terus pegi sana. Alhamdulillah.. Tak ada orang. Terus ja dapat masuk bilik rawatan. Aku pon follow Incit Somi masuk.. Aku tengok la doktor tu cuci luka dia. Lembik jugak la tangan aku. Incit Somi boleh pulak selamba sambil tu dok cakap telepon. Haiyaa !! Ouhh! Lupa, Seli jugak la yang tolong bawak moto ke Mediviron tu. Dayah dalam keta dengan kitorang. Thank beb.. Banyak jasa korang. Habis rawatan, sekarang nak bawak balik moto ke rumah pulak. Mintak tolong Seli lagi. Kali ni start moto tak nak hidup pulak. Seli cakap die simpul wayar ape ntah sebab minyak asek kuar jek. Sebab wayar tu la.. Moto tak hidup. Susah payah Seli start. Lepas tengok sekian lama Seli start tak hidup-hidup.. Incit Somi yang sakit tu pulak take over. Nak jugakk.. Start moto macam orang tak sakit.. Tolak moto la.. Haiyaaa... Sampaikan ade India dengan tokei kedai urut datang tolong sebab ingatkan 'plak' yang rosak. Tak hidup jugak moto tu. Last-last masing-masing give up. So amek keputusan nak tinggalkan moto tu kat situ, then esok amik. Kebetulan balai polis dekat, Seli decide, tinggalkan motor tu depan balai polis. Haha! Aku pulak rasa kelakar. Ok la.. Balik, terus hantar diorang laki bini balik rumah. Diorang pon kelaparan, kitorang pon kelaparan. Disebabkan dah lewat, tak lepak la sebab esok nak kerja pulak. Pas tu Incit Somi plak tak selesa. Yea la.. Orang baru jatuh moto kan. Kata Incit Somi, dia jatuh sebab jalan licin sebab minyak diesel tumpah. Kata dia la. Alhamdulillah.. Incit Somi selamat. Bersyukur..

Balik rumah, kesiannyer.. Lapar teruk. Naseb bek la aku masak sebelum dia call tadi. So, melantak sampai nak tekeluar balik makanan tu. Bukan tak sedap.. Tapi aku suapkan.. Memang haruss habis lah.. Hihi ! Mandi pon seksa.. Tu laa.. Tadi hero sangatt.. Haha! Walau apa pun terjadi, saja la tanya kat Incit Somi..
Aku : esok jadi tak balik raya kat Kelantan?
Incit Somi : jadiiiii !! Kalau Abang tak larat drive, B ganti Abang eh..
Aku : yea la sayang..
aikkk ? Semangatnyaaaa !!! Mentang-mentang turn Kelantan eh, taun ni... Jangan buat main bab nak balik raya kat kampung ni. Yang sakit pun boleh jadi sihat taw !! :)
Alhamdulillah.... Segalanya selamat. Terima Kasih, Allah...



*sorry la.. Korang terpaksa baca karangan aku yang berhari-hari aku taip nih. Gambar tak daq. Sebab, aku post guna email. Dah try untuk post beserta gambar, email itu tidak 'publish' di sini. So, selamat membaca karangankuu !! ^_^




Sent by DiGi from my Blackcherry® Publicphone
















No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...