expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

24 January 2013

Happy Belated Birthday , My BFF ! (Part i )





Mesti memasing berpikir-pikir kan ? Birthday siapakah ini ? Jeng ! Jeng ! ini cita bulan November la weh ! aku ulang.. bulan NOVEMBER yea..  biasa la aku.. mood nak hapdet ni memang selalu ke laut.. aku rasa macam banyak ja cerita aku tak cerita kan ? teruk betoi ! ceghita taun lepas, taun ni baru sebokk nak hapdet.. haish ! bila nak berubah nih ?? :) maybe belum terlambat kalau aku cakap, aku nak rajin hapdet belog pada tahun 2013. Tak salah kan ? hehehe ! Disebabkan azam tu la yang aku dok sebok hapdet cita taon lepasss ! kihkihkih ! naseb la.. belog aku kanzz ? lepas ni kena letak nama lain lah. maybe 'Belog hapdet tapi.. cerita dah basi'  maybe sesuai kot kan ? kan ? 

Aku kenai Dia masa sama-sama belajar.  kami 1 asrama. tapi lain-lain kos. Dia ni perangai macam jantan. sempoi. senang. entah macam mana kami boleh rapat. So, habis ja belajar, kitorang still berhubung. Tu pon melalui sms, kadang-kadang tu Friendster (masa tu internet tak macam sekarang, so, selalu aku g cc la.. ) Masa aku sambung belajar kat Nismilan, Dia dah keja masa tu. so, kadang-kadang aku sms dia.. mintak tolong die topup kan.. hehe ! jahat ke aku ek ? tapi bukan aku tak bayar tau ! 3-4 bulan baru aku dapat bayar. sebab, biasa la.. student.. kiki ! masa tu.. bagi aku.. RM10 tu banyakk kott ! pastu yang paling aku ingat, masa aku nak bayar, Dia cakap. "Tak pe, aku belanja. lagipon ko kan student". Dalam hati aku terus cakap.."Bapak ar kaya !! untung laaa gaji lebattt ! " haha ! aku ingat sampai sekarang... :')

Sebelom aku habis belajar aku terus telefon tauke kedai spek yang aku keja dulu. Miss Ong Aku cakap nak keja. Alhamdulillah.. masa tu ada kosong. so, die terus tanya bila aku nak masuk. mesti la aku cakap secepat mungkin !! Pastu Miss Ong suruh aku masuk keja lepas Raya Haji. Ngam dua hari sebelom Raya Haji, aku dah habis dah belajar kat Nismilan.. haish ! bapak la boring.. dan tak sabaqqq nak kejaa.. sebab aku ni jenis suka cari duit poket sendiri. tak suka mintak duit mak abah aku. So, aku start keja kat sana, dalam sebulan macam tu.. lepas tu aku benti. Biasa la.. kalau Melayu kerja dengan Cina. Kalau tak cukop kesabaran yang tinggi.. ko jangan kerja dengan Cina.. Aku ni antara orang yang habis sabar la nih.. 

Nak dikatakan rezeki.. Dia call aku. tanya nak kerja ke tak. Mesti la aku nak kerjaaa !! Tapi kena datang keja kat Kajang la. Dalam hati aku dah terpikir.. Abah aku ni nak bagi ka aku p keja jauh-jauh ni.. Memang tepat apa yang disangka. Abah aku memang berat nak lepas aku masa tu. Mesti la aku kena soal siasat ! dah la tak de surat tawaran ! interview pon tak ! kata Dia.. Dia nak tolong aku. Dia nak aku gantikan Dia. sebab Dia dapat jawatan lain. jawatan sekarang dia nak bagi aku. Dalam soal siasat tu aku still buat persiapan untuk g Kajang. (huhhh ! duk refresh cita lama ni, buat aku rasa nak menangiss ! wuwuu ! ) aku memang dengill... Dalam hati aku.. aku sangat yakin dengan Dia.. Dia tak tipu aku.. 

Abah tanya : Betoi ka nak p jugak? rumah macam mana. nak tinggal mana.. ??
Aku : aku cakap aku dok rumah sewa dengan Dia. Kalau Kakak tak dapat keja tu. Kakak balik la Bah..
Abah : Okay, bagi no telefon mak Dia. Abah nak tanta betoi ka tak ni dapat keja.
Aku : Okay. 

Aku terus terang kat Dia, aku takde duit untuk bayar deposit. Dia cakap, Dia dah tanyakan kawan Dia. boleh tak aku duduk dulu sebelum aku bayar deposit. So, kawan Dia pon cakap ok. Alhamdulillah. Aku dipermudahkan.  

Abah : nanti sampai sana sapa ambik ?
Aku : Dia ambik
Abah: Nanti dah sampai sana jangan lupa telefon.
Aku : Okay , Bah. :'(

Akhirnya Abah bagi jugak. maybe dia tak sedap hati. seyes masa tu aku nak nangis. tapi aku tahan. masa dalam bas.. aku terpikir-pikir apa naseb aku. Aku dapat ke tak keja tu. Ya la.. sapa nak percaya aku dapat keja tak interview !

Seyes cakap, aku tak penah sampai Kajang. stesyen bas Kajang pon aku tak tau macam mana rupa. So, bila bas dah hantar orang kat Pudu, aku dah tak tido dah. Abah telefon tanya macam mana keadaan aku. Dan aku tenangkan Abah. Aku okay ..  Aku sampai Kajang. Aku telefon Dia. dan Dia cakap Dia datang amek aku ditemani Ayah dan Ibu Dia. okay. Aku rasa aku tunggu dekat 2jam. Diorang sampai. Alhamdulillah. Dipermudahkan lagi, Aku ingat masa tu. Aku pakai jeans, tshirt lengan panjang kaler merah. Bawak beg balik kamping adidas hitam merah, toto, bantal. tu ja benda yang aku bawak untuk aku menapak di bumi Kajang. Aku tak taw apa naseb aku. 

Sampai ja di rumah sewa.. Alhamdulillah.. rumah sewa selesa ! Aku duk bilik master bedroom. Aku share bilik. Roommate aku okay. Banyak cakap. So, Alhamdulillah. Aku dapat kawan yang baik.. Aku melepak di rumah 3 ari jugak. tanpa kerja. Abah call. selalu tanya betul atau tidak dapat kerja. Dan Abah suruh aku BALIK kalau aku tak dapat kerja. Aku cerita kat Dia. dan Dia menenang kan aku. Aku call Abah..cakap, bagi masa kat aku seminggu. Kalau tak dapat kerja.. memang aku balik. Lepas 3 hari, Alhamdulillah.. aku diterima bekerja di sini. Dan aku kekal bekerja di sini hingga sekarang. 

Susah senang aku.. Aku memang dengan Dia. Aku ingat semua.. pahit manis.. waktu susah, Dia ada dengan aku .(dari aku belajar sampai sekrang) In Shaa Allah aku senang, aku tak lupa dia. :') thanks everything Siti Nurhidayah Bt Osman ! Awak sahabat sejati saya ! 



" Happy Belated Birthday Friend !! "


9/10/2012



8 tahun lalu.. macam tak caya dah 8 tahun. Muka aku pon macam ustazah. ahaha ! seli yang cakap kan ?

Gambar terbaru.22/1/2013 dah jadi isteri orang dah.. :)







*emosi tak post aku kali ni? kihkihkih ! aku bukan jenis Melayu yang mudah lupa ! Sayang seribu kali sayang kita  tak amek gambar mase malam 10/11/2012 kan ? moga memori tu tersemattt di kepala hotak ko dan aku ! muahaha ! 


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...