expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

21 March 2013

Happy Birthday, Sista !

Hari ni genap umor adek aku 13 tahun.

Paling bongsu.
Paling manja.
Paling senang.

Sebab ? Dia anak bongsu. Mak Abah pon dah tak garang macam batch kitorang.

13 tahun dulu..
Aku yang jaga dia. Dari dia merah lagi. Umur 1 ari aku dah kelek macam anak aku.

Semuaa tu sebab aku ni Kakak. Anak Sulong. Aku tolong mak aku..

- mandikan
- tukar lampin
- pakaikan barut
- bedung
- buatkan susu
- bagi minum
- tepok belakang bagi sendawa

Senang cita, aku buat semua , macam anak aku sendiri.

Cuma sekarang aku macam pelik.
Kenapa aku macam takut-takot pegang baby baru lahir.
Maybe jugak sebab pikir anak orang .

Nama dia pon aku yang pilihkan.
Maksud aku, aku tolong pilihkan nama yang Mak aku dah listkan.

Dulu, bila Mak aku kerja malam.. Bila masa dia demam, melalak-lalak tengah malam, aku la yang bangun tengah-tengah malam buatkan susu.
Abah aku pulak dukung-dukung dia. Pujuk-pujuk dia jangan nangis.

Kadang-kadang, bila aku penat.. Nak tidur awal.
(Sebab dulu aku selalu g training basikal. Aku join lelaki.
So, tahap letih tu.. Memang terrrlampau letih la.. )

Dia tak nak tidur lagi. Mak pulak kerja balik pukul 11 malam.
So, nak tak nak, aku terpaksa buat.
Aku masukkan ubat batuk dalam susu dia. Hikhikhik !!
Pastu.. Elok ja dia tido sampai pagi. Kehkeh!
Disebabkan dia selalu dengan aku..
Dalam kereta pon, nak duduk riba aku. Tak nak duduk riba Mak.

Kepada adik aku :

Nurshahida Hanie Bt. Abd Rohman..

Selamat Hari Lahir.

haa.. la ni dah tinggi dari aku.. huh ! 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...