expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

06 April 2013

Resipi : Laksa Utara


Aku ni tak pandai sangat nak masak. tapi jenis aku.. aku akan masak apa yang jadi feberet aku la..

Contoh : kalau Incit Somi suka makan nasi kerabu.. aku tak berusaha pon nak masakkan.

haha ! terukkan ? tapi sebenarnya aku tak rajin lagi nak try buat walaupun MIL dah ajar.

Ingat-ingat lupa .. hihihi !

Feberet aku LAKSA .. boleh nampak kot tu makanan kegemaran aku.. sebab aku selalu post pasal laksakan ?!  hihi !


sendiri tepek, sendiri terliur. haishh ! 

Meh aku bagi resipi.

TAPIII aku tak pandai nak cakap berapa sukatan. So, bagi yang beginner nak masak, amatlah tak dialukan ikut aku punya resipi nih. tapi kalau nak follow jugak..SILAKAN.. takde sesapa nak halang.
bagi yang dah biasa masak, maybe dah boleh agak kot bahan dia tu cam ne.. =)

Bahan-bahan :

Untuk Kuah :

  • Ikan selar/kembong/mabong  (tapi aku selalu guna ikan selar, mak aku guna ikan kembong)
  • Cili api 
  • Asam keping
  • Bunga kantan
  • Daun kesum
  • Cili kering yang telah dikisar dengan bawang merah (ada org paggil cili boh. tapi better guna yang buatan sendiri sebab lagi sedap dan wangi )
  • Garam / ajinomoto


Untuk Laksa :


  • Laksa (aku selalu beli laksa kering cap EKA)
  • Telur rebus
  • Daun selom
  • Timun
  • Bawang besar
  • Cili api
Cara-cara membuatnya... jeng ! jeng !! :

1. Rendamkan laksa kering yang beli kat kedai tu.. rendam dengan air biasa sahaja. jangan rebus lagi taw ? lebih bagus, korang rendam dari pagi-pagi.. padahal kuah tak siap lagi kan ? takpe. rendam jek,.. 

2. Rebus ikan. Ikan ni direbus bersama asam keping yea.. Dah rebus.. biar kan sejuk atau suam. Pastu korang buang tulang temulang dan blend. sampai hancur yea.. halus pon xpe.. 

3. Letak periuk yang akan digunakan ke atas dapur. masukkan Cili boh yang dikisar tadi.. (ok kat sini.. mase kisar tu.. kalau boleh, guna bawang merah banyak sikit. sebab bawang merah ni la yang buatkan kuah tu pekat dan 'manis'.) biar kan cili boh tu mendidih. ini bertujuan agar kuah laksa tahan lama. Mak aku la yang bagi petua nih..

4. Lepas tengok cili boh tadi dah mendidih.. baru masukkan ikan yang di blend tadi. masa ni dah boleh tmabah air secukop rasa. maksud aku, nak pekat mana kuah korang, korang tentukan sendiri.

5. masukkan asam keping,bunga kantan, daun kesum.

6. Sekarang baru la rebus laksa. rebus sampai agak-agak lembut. kalau tak lembut lagi.. masa matikan api.. biarkan laksa tu dalam perikuk dalam 30 minit.. mase tu laksa akan lembut.. :)

7. Kuah.. biarkan sampai mendidih dan naik bau

8. lepastu baru masukkan garam , ajinomoto ke.. ikut selera.. 

9. Tengok laksa dah lembut.. kuah pon cantekkk je dok mendidih. tutup api.

10. Potong daun selom, timun, bawang besar, cili nipis-nipis

11. Dah tengok laksa dah lembut.. Masukkan laksa dalam mangkuk, letak bahan yang dihiris-hiris tadi mengikut selera.( untuk hirisan ni ada yang letak daun salad. daun pudina. ikut selera k ? )



SIAP & MAKAN !   

Walaupon aku orang Perlis. Tapi ni bukan Laksa Kuala Perlis taww ? Laksa Kuala Perlis lain sikit. Sebab laksa dia dibuat dari beras. bentuk dia macam maruku. Bulat-bulat macam tu la.. yang aku share ni laksa biasa. senang cita, Laksa Utara. nak kata Laksa Penang, ada yang cakap, Laksa Penang ni ada nenas. Ntah. tak tau. Ni ja la Laksa yang selalu aku melantakk ! hihi ! 

3 comments:

nazurahcma said...

puan sela, utk pengetahuan hang,aku tak makan laksa utara, tp ritu bila aku rasa kat opis laksa hang bwk..aku trus tringat smpi rini. syabas betey kerana buat aku makan laksa utara, laksa mak aku pon aku xmkn tau...n tq bg recipe ni,nnt aku try

shela abd rohman said...

Puan Zura.. terima kasih.. pasni boleh try kat sanun tuuu...

shela abd rohman said...

Puan Zura.. terima kasih.. pasni boleh try kat sanun tuuu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...