expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

14 June 2013

Sambung Kontrak

Kenapa aku macam beria-ia bila aku dapat tau kontrak aku dapat disambung?


Kali ni tahun ke 6 kontrak kerja aku akan disambung. Alhamdulillah,  syukur. Mungkin tahun sebelum ni aku tak de ar nak rasa macam ni.. banyak sebab untuk aku rasa lega.. banyak dugaan untuk tahun ke 6 nih..

Dugaan untuk memasuki tahun ke 6. Aku kena buat akujanji. Akujanji ini harus disiapkan dalam masa 6 bln. Dan aku rasa.. rakan-rakan seperjuangan pon paham kot.. sebab kerja sedia ada ni pon berlambak.. ni kan pulak nak buat kerja akujanji yang lari sikit dari kerja harian.

Dan aku juga kena hadiri sesi interview. Dah nama interview. . Opkos la cuak.. leceh gila.. sebab tempat keja aku ja jenis macam ni. Seyes ada kala down sangat nak keja. Sapa nak keja kalau dok nampak masa depan macam tak menjaminkan ??? Pengarah pulak asek suruh cari kerja lain jek. Memang terang-terang nampak tak sayang staff..stress tau tak ? Orang tetap lain lah.. stress nak siapkan kerja sahaja. Dari orang kontrak ni .?? Stress nak siapkan kerja 1 hal. Stress pikir masa depan kat tempat kerja sendiri pon 1 hal.


Kenapa tak cari kerja lain???

Bukan tak cari. Cari.. tapi tak ada rezeki. Rezeki masih disini. So.. hadap saja lah.. stress tu memang lah. Rasa tak dihargai pon ade. Tapi... layankan aje. Aku masih memerlukan income.. kalaulah.. cari kerja macam petik jari.. aku rasa dah lama dah aku tinggalkan tempat keja ni... serious ! dan kalaulah suami aku tu orang kaya... memang bye ! bye ! 


Suami aku cakap :
"Bersyukurlah awak masih ada kerja. Walaupun kontrak.. tempat kerja awak stabil. Gaji okay. (Untuk kelulusan macam aku) Awak kene tingkatkan performance sahaja. Jaga disiplin. Jangan tangguh kerja. Tengok orang lain.. gaji diorang macam mana? Tempat kerja pon tak stabil. Tak banyak kemudahan yang diorang dapat macam awak dapat. Bersyukurlah.. hadap je apa nak jadi. Semua tempat kerja bermasalah. Stress.. Awak tukar kerja bila awak dapat tempat kerja yang lebih baik dan lebih menjaminkan masa depan awak. Kalau tak dapat kerja lain.awak stay je situ sampai betul-betul dia nak buang awak. Masa tu.. baru awak pikir nak kerja kat mane..sementara nak cari kerja tu pon.. saya rasa saya boleh tanggung awak. sekarang.. awak kerja betul-betul.. takkan diorang nak buang orang yang kerja betul-betul ? tak kan semua kerja orang bawah ni pegawai yang nak buat ? Rezeki dari Allah... awak hargai betul-betul kerja yang awak ada sekarang okay ?! "


Menangis aku dengar.....


Allah Maha Mengetahui


Semoga diperluaskan rezeki.. Aminn.. :')

2 comments:

Hana_Nana said...

huhu seyla..mmg stress bila pikirkan. tapi kite masuh bernasib baik dari org yg tak ade keje n income tak stabil kan...at least utk masa sekrang.btol ckp hubby ko tu..terharu aku..

Shela Abdrohman said...

tu la hana,.. kalau kene slalu tgk orang 'dibawah'... huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...