expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

18 September 2013

Makan Malam Bersama Fynn Jamal di Adam Western

Lepas aku 'kejar' Kok Ping di Alamanda...Alhamdulillah aku dapat jumpe Kok Ping lagi. 

Kisahnya bermula begini :
1 hari... kecoh kat group whatsapp shidiziwa aku.. yang mengatakan Kok Ping ada buat dinner ! Sesiapa saja boleh join.  tapi Kok Ping suh follow stegram sista Kay Yusoff tu. Sebab die yang handle bab2 bayaran bagai.

Dengan sepantas mungkin aku email. Dan Alhamdulilah.. rezeki aku. Mula-muka aku letak nama Incit Somi. Tapi last minute.. incit somi tak nak ikut. Sebab kata dia.. segan.. mest ramai pompuan. Okaylah. Aku pon ajak la Dayah. Dina & Aji pon join. Kitorang g sama2. ;)

Sampai kat kedai tu.. ngam. Waktu orang nak start makan. Haha ! Dengar Kok Ping buat pengumuman. Nampak Kok Ping secara live lagi. Dada berdebar2 macam jumpe kekasih hati ! Lepas Kok Ping buat pengumuman suh semua orang makan... sebelum kitorang makan... kitorang g la jumpa ' tuan rumah'. Bersalam-salam. Siap laga pipi macam dah lama kenal. Mulut Kok Ping tak habis2 'paksa' kitorang makan. Haha ! Jangan risau kak. Kitorang TAK MALU bab makan. Hehe

Aku salam dengan Kok Ping. Tetibe Kok Ping tanya... 

"Kita pernah jumpe ke? Akak ingat tahi lalat awak"

Aku senyum malu kuceng. Bukan ape... pestime dengar orang ingat aku sebab tahi lalat aku. Selama ni orang ingat hidung aku. Haha!

"Yea kak. Saya jumpa akak kat Alamanda ari tu.. "

"Haaa... akak ingat tahi lalat awak tu... dah2 g makan... "

Masa kitorang kat meja.. mata memang asek cari Juna. Sekali la dengan Kok Ping. Aduiii... sempoinyee Kok Ping. Tengok Juna.. erm... beruntngnya awak.. ramai orang sayang awak Juna... Aunty pon sayang awak. 

Sebelah meja kitorang ade lorong. Kat lorong tu ade la keta birthday Juna. Bila Juna masuk je dalam kete tu... terus ramai orang datang. Amek gambar Juna.. haaa ! Betapa famous nye Juna ni.... hihi ! Aku pon tak terkecuali. Makan ntah kemana ntah. Tetibe ase kenyang amat. Haha! 

Dah puas amek gambar. Baru makan. Sedap tom yam Adam Western ! Sampai sekarang dok plan nak g makan lagi kat sana.. nyesal sangat malam tu makan sikit. Haha ! Sibuk amek gambar. Lagi 1 sebab. Aku tak boleh balik lambat. So.. target dalam pukul 10 macam tu nak balik. 

Mase nak balik. Sempat la mintak Kok Ping sign autograph. Tapi masa tu Kok Ping sibuk nak susukan Juna. So.. pendek jek die tulis. Hanya tandatangan. Betapa jealous nya aku bila tekan #fynnjamal tengok ramai yang dapat ucapan comel2 dari Kok Ping. Aku hanya dapat sign. Haha ! Yea la.. orang tengah nak susu kan anak. Aku kalut nak suh orang sign aautograph ! Memang tu je la yang dapat..  Ala.. sorry la Kok Ping.. kalau rasa macam saya tak menyempat untuk tunggu.. bukan apa.. rushing nak balik cepat... suami dah pesan..  so.. mesti kena dengar cakap suami kan?? ;)

Kesimpulannye.. Kok Ping memang terrbaek. Ramah, penyanyang, sempoi, sengal, bengong, masuk air, berilmu..

Jumpa Kok Ping pon tak rasa segan. Macam dah berkali-kali jumpa pon ade.. ;) 

Terima kasih Kok Ping dengan segala ilmu kehidupan yang dikongsikann di stegram mahupon blog. Sangat bermanfaat. Tulisan2 Kok Ping.. boleh membuatkan saya ketawa & membuatkan saya menangis. Semangat Kok Ping... saya pinjam yea.. ;)

Semoga Kok Ping sekeluarga dilindungi dan dirahmati Allah..... ♥♥


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...