expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

22 September 2013

Syurga buatmu Muhamad Qhaliff

Petang 19/9/2013.. aku dikejutkan dengan berita tentang kematian anak saudara aku. Muhamad Qhaliff.. di TASKA ! ya, Allah !!! Macam tak percaya ! Selama ni aku tengok kat tv.. or baca kat surat kabar jek... sekarang.. family aku sendiri yang kena....Allahhuakbar ! Sampaikan aku cakap kat Incit Somi... 'Tipuuuu !!!!!!!!!!!! ' depan Uyah..

Terus tak sabar tunggu Incit Somi datang amik nak terus ke Setiawangsa. Nak jumpa Kak Long. Aku tau.. waktu macam ni Kak Long memang tunggu kedatangan family. Masa tunggu Incit Somi datang.. aku terus call Anis. Adik ipar aku. Aku bagitau dia. Dalam aku bagitau.. aku dah sebak. Memang suara dia tekejut. Maknanya.. takde sesape bagitau die lagi..lepas telefon Anis.. Mak Tam call. Kami nangis same2. .. kami terkejut sangat2 ! Aku terbayang2 si Iqi.. (panggilan manja kami untuk arwah) si comel yang senang dijaga. Tak banyak karenah. Pandai bawak diri... Sabtu lepas aku baru jumpa dia.... :'(

Sabtu lepas.. masa aku jumpa dia.. memang aku asa happy. Sebab bila Iqi nampak aku.. dia nak sangat2 kat aku.. Allah.. dalam hati.. memang aku suka.. suka sebab anak saudara ingat mak saudara dia... Aku ada cita kat Dak Leya. Sebab sepanjang minggu tu aku terbayang2 Iqi senyum.. pastu nak kat aku... rupanya... tu la kali terakhir aku jumpa Iqi..... T_T

Bila kitorang sampai umah Kak Long kat Setiawangsa. ... terus aku cari Kak Long... masa tu.. jenazah Iqi dibawa ke Hospital Kuala Lumpur. Untuk post mortem.  Aku salam.. teruk peluk Kak Long. Masa peluk... Kak Long cakap... " Shila... Iqi dah tak de..... " berjurau air mata aku.. teresak-esak aku kat bahu Kak Long.... Incit Somi tego.. suruh banyak-banyak bersabar....

Kitorang tunggu sampai jenazah Iqi dibawa pulang. Masa jenazah sampai kat rumah... dah pukul 1.30am. Ade sedara mara yang dah balik. Bila jenazah sampai.. bila dibuka kain yang menutupi muka jenazah.. Allahhuakbar !! Aku tak tahan dah.. terus peluk Ain... kami nangis same2.. terlampau sedih tengok arwah berkeadaan begitu.... kepala penuh dengan jahitan. Jahitan yang umpana 'jahit guni ' . Tu... aku baru nampak kepala dia.. kat badan dia tak nampak lagi... Ya Allah........

Malam tu.. kitorang bersengkang mata.. tapi aku dan suami... tak bawak pulak baju lebih malam tu. Solution contact lens aku pon tak bawak. Dalam pukul 3 pagi.. kitorang balik umah. Kul 5 bangun siap2 untuk ke rumah Kak Long. Tido dalam 2 jam sahaja.

Sampai umah Kak Long.. dalam pukul 9 macam tu.. orang yang mandikan jenazah datang. Ukur2 badan Iqi.. siap2kan Iqi.. Biras aku.. Ayah Iqi yang pengang Iqi mase Iqi dimandikan. Allahhuakbar !!! Sepanjang Iqi dimandikan... kitorang adik beradik menangis... sedih tengok jahitan dibadan Iqi. Penuh dengan jahitan kasar di badan bayi berumur 7 bulan.....T_T

Masa Iqi dikapankan. Aku berada didepan sekali bersama2 Kak Long, Asma, Anis. Bila diberi peluang untuk mengucup Iqi untuk kali terakhir... Aku kucup Iqi..

Iqi sejuk.
Muka Iqi cutee sangat.
Tenang.
Macam tengah tido..
Wangi
Ya Allah... anak ini yang aku timang-timang.. dah kembali. Syurga tempat kamu Iqi. Allah sayangkan kamu... kami redha... tapi kami tetap sedih dengan apa yang berlaku...
Masa on the way balik... Incit Somi bersuara...

"Iqi dah pergi... dah la Iqi rapat dengan Abang. Berapa kali dah tido dengan Abang.. takpe.. Iqi dah kat syurga... Allah sayang Iqi... "

Aku diam. Sebak.

Iqi...

Walaupon Iqi dah takde.. bila Ummi ada kat umah Iqi... Ummi masih terbayang-bayang Iqi ke sana sini. Iqi pendiam. Tapi suka senyum. Pastu aktif. Semua orang rindu Iqi.

Iqi...

Raya lepas.. raya terakhir kita kan? Paling ummi tak lupa.. bila Iqi nak orang lambung2 Iqi. Naseb baik semua ayah & mak sedara iqi suka melayan.. so.. kitorang lambung2 iqi bergilir2. Lenguh. Tapi kami suka iqi ketawa suka.



Banyak lagi kenangan dengan Iqi. Tak tertaip dah.. ummi rindu Iqi. Tapi Ummi tau.. Ibu Iqi lagiiii rindukan Iqi.. kan? Bertuah Iqi dah jadi ahli syurga.. Ummi sayang Iqi dunia akhirat.

Al-Fatihah untuk Muhamad Qhaliff Bin Muhamad Norman.










2 comments:

saidatul syahirah bt mohd ya'acob said...

kakyong nangis baca post akak :( kakyong rindu iqie sangat2 :'(

Shela Abdrohman said...

akak sedih jugak. tp tak pe.. iqi dah kat syurga ;')

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...