expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

11 November 2013

Cerita Konvokesyen Aku

Musim konvokesyen kan sekarang ? wahh !! kemainnn konvokesyen.. konvo sudehhh =P

Semalam aku pegi konvo adik ipar aku. kat UITM Shah Alam. dalam hati.. aku kataa.. "Bestnyaaaaa !! " maklum la aku belajar stakat sijil jek. tak de diploma. Ops.. salah. BELUM ada diploma. mana tau.. kot-kot lepas ni aku plak ada kan ? HAHA ! ok.. berangan dulu.. hikhik ! 

Teringat masa aku konvo Sijil Kemahiran Tahap 3 ari tu. 

Aku konvo tahun 2008. aku ingat 5hb je. bulan berapa aku tak ingat dah. masa tu aku dah keje kat tempat keje sekrang ni dah.. Alhamdulillah. ade duit sendiri. aku guna duit sendiri nak konvo sume. aku ingat tu.. pastu masa tu Mak & Abah aku ada masalah kewangan. maklum la aku anak pertama. adik-adik aku berderet masih skolah. 

So, aku cakap kat diorang..

"Mak dengan Abah tak yah mai la konvo kakak. Kakak konvo sijil ja pon.. tunggu la nanti kut2 kakak konvo diploma ka.. nant mak dengan Abah mai la.. " - eh ! tetiba ghasa macam mata aku masuk habuk laks nih... =')

Aku paham situasi diorang. Tapi memang yea la.. aku konvo sijil ja pon... so, orang yang bertanggungjawab bawak aku pegi konvo.. adalah.. kekasih hati, pengarang jantung, intang payung.. tak lain tak bukan.. Incit Somi. hiks ! 

kebetulan masa tu dia tak habis belajar lagi. aku lak dah habis belajar. so, aku konvo la dulu..

Ari tu die bawak aku, dari g amek jubah.. sampai la aku habis majlis. dari pagi, sampai petang la.. dia la yang tunggu aku kat dewan PICC tu. =)

Lepas semua selesai.. dah nak balik.. waktu tu hati aku tercuit jugak.. sedih bila tengok kawan-kawan bergambar kenangan dengan family, dapat jambangan bunga + teddy bear. aku takde family pon yang datang. tak de sape pon bagi aku menda-menda tu.. naseb bek la kawan-kawan aku jenis sengal gila. kira terubat la jugak. dok gelak-gelak. hikhik ! =)

Dekat-dekat nak balik.. suprise la jugak.. tiba-tiba.. kekasih hati datang dan sua kan paper bag. dalam paper bag tu ade la sekuntum bunga rose.. hehehe ! dia cakap :

"saya mampu bagi awak yang ni ja dulu. saya tak mampu belikan yang besar2. nant dah keja saya bagi yang besar. "

eh ! terharu plak aku masa tu. yea la.. aku paham.. dia pon student lagi masa tu.. tak mewah mana.. duit belanja mak ayah yang bagi.. so, tak yah nak beria sangat.  

Kalau nak tau bunga ros tu ada lagi sampai sekarang. biar lah kering macam mana pon. aku simpan jek. kalau boleh frame. memang aku nak frame. hikhik ! kalau boleh nak tunjuk kat anak cucu cicit. HAHA ! 

Oh ! lagi 1. baju yang aku pakai g konvo tu.. aku tak beli baru pon. aku pinjam yang Dayah punya. kasut aku tak ingat. tapi aku rasa aku pinjam orang jugak. hikhik ! memang la dah kerja. tapi aku baru sangat masuk kerja masa tu. so gaji nak bayar macam-macam.. so.. xpe lah.. pinjam je benda-benda tu.. janji aku konvo kan ? =)


gambar yang sentiasa menemani meja kerja aku. erm.. Incit Somi tak konvo. saja pinjam jubah member,nak bergambar same. =)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...