expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

04 December 2013

Suprise !!!!

Seperti title tuh.. kali ni memanggg aku buat suprise kat Incit Somi. Kehkeh ! Menjadi jugak rupanya...
Sebenarnya ada 2 plan. 1 plan aku kena SABARRRR sikit. Tapi aku ni jenis TAK SABAR. So.. aku pilih plan yang aku buat nilah. Hasil idea Uyah & Dilot. (Sebenarnya aku tak sure sapa yang bagi cadangan. Hikhik )

Hadiah Incit Somi taon ni memang sengaja bagi lambat. Sebab.. last minute gak aku decide nak bagi hadiah nih. Kihkih ! Aku beli Rayband. Motif lain aku beli Rayband tu adalah... supaya dia tak berebut lagi dengan aku nanti ! HAHAHA ! selalu dia akan pakai Rayband aku. Tapi.. bukan la yang original. Original 1k lebih okayy ! Tak mampu iolsss ! =)

Okay. Pagi Isnin yg baru lepas ni aku dah dapat rayband. So, petang tu aku pulak berdebar-debar. Jenis orang tak cool memang macam ni. HAHAHA ! Rayband tu aku letak dalam handbag aku . Naseb lah muat. Selalunya aku sampai rumah dalam pukul 7 lebey. Kebetulan hujan.. terus masuk bilik. Masa tu incit somi tengok tv. Aku masuk bilik kononnya nak charge handphone. Masa tu.. aku dah cepat2 letak kat bucu bantal die.

Lepas tu aku terus kuar bilik. Masak nasi. Sementara nasi aku nak masak. Aku mintak incit somi tolong amekkan gambar aku gayakan telekung-telekung yang aku nak jual tu. Lepas amek gambar.. aku kembali lagi ke bilik. Dalam hati.. rasa tak sabarr nak suruh incit somi pakai. Nak tengok ok ke takk. Naseb bek la terkawal. Incit somi datang baring2 kat tilam kitorang sembang2. Masa dia baring tu..tak kena pulak kat bantal tu. Die pon baring2 pon bukan la dalam kedudukan nak tido tu.lagipun menda tu aku lindung sikit dengan bantal lain. Yea la.. tak kan senang2 je dah jumpe kan? Tak suprise laa... =)

Masa nak tido. Aku memang tido awal ari2. Pukul 10, 11 tu kira awal la tu.. pastu aku sibokk konon2 membebel kat dia tido lambat susah bangun la.. kena tido awal.. bagi banyak tenaga la.. dia tak perasan pon.. HAHA ! aku ni plak berdebar bukan main. Tengah pejam mata tu pon aku boleh senyum2. Dalam hati.. dok rasa.. lambatnyaaa dia nak masuk tidooo !!

Jeng! Jeng! Masa yang ditunggu telah tiba !! Bilik memang sedia gelap. Incit Somi pon mula la nak baring. Masa tu ya rabbi !!! Nak gelak ada.. excited pon ada! Bila dia baring ja.. die terkejut.. sampai terlompat sikit lah.. HAHA !

"Apa ni?!!!! Apa ni?!!! "

Amek hp.. suluh...

"Laa.... " pastu senyum lebaq.. muahhhh kiss kat pipi aku. Tanda terima kasih kononnya ! =p (takpe ke aku cite mcm ni? Hahaha ! )

"Naseb baik tak patah"

Dalam gelap2 tu dia bukak hadiah die tu. Berlampukan lampu hp. HAHAHA ! aku pon excited suruh dia try.  Dia pon try. DALAM GELAP. pastu suluh2 dengan lampu hp. HAHAHAHA ! tang ni aku rasa memang lawakkk. Bukannya nak bangun bukak lampu ! Try rayban tu dalam gelap pastu suluh dengan lampu handphone. Kahkah ! Punye la PEMALASSS memasing.



Yeayyyy ! Suprise aku MENJADIKKK !!! ♥ ♥

2 comments:

Fara Dilot said...

lepas tu ape jadik?? hahah debar aku baca last2 tu je? ngahahhaha

Shela Abdrohman said...

cehh ! ape punya soklan ni ?? sengal !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...