expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

01 December 2013

Surirumah Separuh Masa

Hari ni datang mood mengemas. Mood mengemas luar biasa maksud aku. Dari pagi.. sampai malam... baru habis (kalau diikutkan tak habis lagi)
Sapa kata.. weekend ni hari rehat? TIDAK bagi wanita. Betol kan? Tambah2 yang ada anak. Mana nak layan anak. Mana nk mengemas.. mana nak masak.. mana nak layan suami. Erm.. tapi jangan dilupa.. semuaa yang kita buat tu.. PAHALA.

Alhamdulillah.  Bila weekend.. berlipat ganda pahala kita yang surirumah separuh masa ni. Sebab kita extra mengemas. Extra membasuh. Extra masak. Kan? Untuk surirumah sepenuh masa.. LAGIII banyakkkk pahala kan? =)

Memang salute kepada mak aku. & mak mertua aku. Balik kerja penat2. Terus masak untuk anak2.  Dah la anak ramai. Bayangkan. Aku yang belum ada anak ni pon.. macam nak tercabut pinggang. Itu la dipanggil kuasa ibu.. kan? Tu belum di kira mengemas lagi. Pergh... memang superwoman lahh... =)

Ntah apa aku dok bebel kan? Aku tengah penat 1 ari mengemas , memasak.. dok  cakap dalam hati.

"Macam ni la mak2 kita. Patot la dia selalu membebel umah bersepah. " =)

Kesimpulan.

Takde istilah cuti untuk wanita. Weekend pon 'kerja' =)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...