expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

21 January 2014

Chalet Murah & Cantik di Langkawi

Kitorang tido sini 1 malam. Kitorang tak booking pon chalet or hotel dihari ke 3. Bukan apa. Kitorang rase macam boleh cari yang lebih murah. Murah disini tak la bermaksud murah sampai tempat tido ntah ape2. Murah disini bermaksud berbaloi la dengan apa servis yang diberi.

Chalet ni dekat dengan airport Padang Matsirat tu. Tak sampai 10 minit dah sampai dah airport.  Kitorang memang plan nak cari penginapan yang dekat dengan airport tak bagi kelam kabut keesokan harinya. Memang very recommended la chalet ni.

Harga untuk 1 malam RM80. Yea la.. aku ulang sekali lagi. RM80 sahaja ! Apa ada kat chalet ni? Astro channel basic dengan Citra. Kalau nak tengok Maharaja Lawak Mega tu.. memang boleh la. Kitorang g mintak kat reception tuka channel 132 mase tu. (Jumaat malam Sabtu) memang legaaaa . Boehh jugak tengok.. poyo kan? Hahahaha !.kitorang 4 orang memang tak penah tinggal la live Maharaja Lawak Mega. Tu yang macam besttt !

Selain Astro, macam biasa, ada jug kettle, water heater, aircond, WIFI. peti sejuk tak de. iron dengan board tu boleh mintak. Haa.. telefon ko nak intercom kawan ko yg duduk chalet sebelah tak ade yea.. so, siap sedia la whatssapp. Hihi ! DAN ! untuk dapatkan WIFI tanpa sangkut-sangkut, SILA mintak chalet yang depan-depan. kira berdekatan receptionist tu.. ok ? aku dapat yang belakang, WIFI sangkut-sangkut. HEHE ! biasa ar, walaupon ada data plan.. pakai WIFI, syokkk sikit. =)

Yang aku tido ni. Memang untuk berdua. Bukak2 je pintu.. dah nampak katil. Pastu ade ruang nak solat sikit. Bilik ni ngam2 je. Tak besar . Tak kecik. Aku rasa, duduk chalet macam ni, aircond pon tak payah sebenarnye. Dah memang sejukkk pon. Breakfast?  Breakfast TIDAK disediakan yea.. kalau nak breakfast kene pusing2 cari. Sebelah chalet ni ade la warung makan. Tapi bukak petang ke malam je. So, nak tak nak.. memang korang kena pusing cari. Alah.. tak jauh pon.. dalam 10 minit sampai la.. banyak pilihan warung-warung ni. Makan pon aku rasa.. murah jek.

Dah alang-alang.. aku cita ni. Haaa.. kereta sewa kitorang dapat RM160 untuk 4 hari 3 malam. Amek keta Viva. Kitorang tak booking pon. Sampai je airport. Haaa.. besepahh orang sewa keta. Jangan risauu lahhh ! Minyak untuk 4 hari kitorang kat sana.. RM50. tu pon sebenarnye ade lebih. Masa dapat keta minyak dah berkelip. Isi RM30. Pastu nak naik cabel car.. kitorang isi RM20. Masa bagi keta balik.. minyak tak berkelipp pon.. rezeki orang sewa keta tu la... tu pon dah habis pusing la tu.

Untuk chalet aku.. aku rasa yang kurang die.. air die slow sikit. Tambah2 waktu pagi. Waktu memasing nak mandi nk kuar. Untuk bilik Dayah & Seli pulak.. bilik berbau sikit.

Kat sini aku sertakan business card chalet ni.






cantikkan ? aku memang suka view macam ni. 

pokok buluh tu pon aku bekanan. hihi

tenang ja. 

merasa la duduk umah papan 1 malam. hehe



bukak-bukak pintu.. dah nampak katil. 

Incit Somi memang kerja dia la.. check semua benda.. 

Selamat Bercuti , uolss ! =)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...