expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

20 January 2014

Laksa Terbaik Langkawi

Baru2 ni aku g hanimun berjemaah ke Langkawi. Walaupon Langkawi tu sebelah Perlis. Nilahhh ! Pertama kali aku jalan-jalan sini. Sebelom ni ada . Tapi just g umah Pak Cik aku ja. Tak la enjoy macam ni.

Ok.. aku mulakan entry aku #jalanjalancaripenatlangkawi ni dengan makanan.

Kat sini kalau korang datang.. jangan risauuu lah pasal makanan. Bersepah2 kedai makan. Dari makanan Jerman, Melayu, Siam, segala bagai lah.

Satu-satunyaa tipss aku gunapakai untuk cari 'kedai sedap' adalah.. tengok orang ramai ke tak kat kedai tu. Kalau tu kedai cina.. ko jangan la g pulak. Dah sah2 tak halal. Cina muslim tak pe. Hihi ! Pastu kalau ko tengok dalam restoran/ warung (restoran halal melayu/siam) ada pulak bangsa lain pegi makan.. so, ko patut cuba lahh makan kat kedai tu. JANGAN sekali-kali berani mengambil risiko pegi restoran/warung yang tak de orang. Aku dah kena. Dah la makan tak sedappp ! Di'ketuk' nya kita. Pastu buat muka happy. Apakahh jenis manusia ini??? Grrrr ! Pestime g makan laksa tak habis. Tak sedap masalahnyaaa. Teruk nauu rasa. Gerai tu kat Dataran Lang. So, korang hati2. Aku tak nak bagitau la gerai mana. Pandai2 korang pilih nanti.

Okk.. yang ni aku memang recommend.  Tip top ! Sedapp baq hang !

Laksa Kaw Ikan Sekoq.

Nama pon macam bestt jek.. macam sedappp je.. macam... macam-macam. HAHAHA !

Gerai ni tak susah nak cari. Kalau korang dari airport kat Padang Matsirat tu.. Gerai ni.. sebelahh jek dengan airport.  Tak payah pening2. Korang gerak je dari airport g Pantai Cenang. Follow jalan tu jaaa.. comfirm. Jumpa punya lahhh !  Senang jaa nak cari. Warung ni sebelah pantai. Ermm.. warung ke? Die macam bukak lori.. pastu kat tepi pantai ade meja.

Dah sampai situ.. korang jangan lepak kat meja je. Comfirm sampai malam takde orang datang amek order. Kat sini servis LAYAN DIRI. so, kena la order sendiri yea...

Harga sepinggan laksa letak ikan seekor ke.. letak telur ke.. sama je. RM4. yea la.. Rm4 ! Aku tak salah taip lahhh ! ;)

Hari tu aku order lai chi kang. Erm.. kurang. Tapi.. Cendol die memang terbaekk ! Gemok2 ! Lemak rase.. manis gula merah pin rasa. Sedappppp ! Nihhh.. aku tengah taip ni pon ghasa macam " uishhhhhh ! Lapaqnyaaaaa ! "

Kalau korang g Langkawi.. singgah la makan laksa. Seyes tak menyesalll !




handbag aku paling mahal. made in Haji Ismail Group. hihi ! 

nampak tak cendoi dia? gemok2 weh ! selalu jumpa kurus2. 




Ok Bye ! =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...