expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

23 January 2014

Nasi Kerabu Sedap Tanjung Malim

Ahhaaaaa ! Entry aku kebelakangan ni memang bab melantakkk jek. 

Kali ni macam rajin nak buat entry makan sedap. Selama ni aku tak buat. Rasa rugi pulak.

Ok. Kali ni cita bab Nasi Kerabu.

Aku outstation kat Tanjung Malim. Bagi orang yang outstation, semestinya blur . Nak makan kat mana?? Untuk sarapan pagi. Aku memang suggest warung ni. Warung ni tak de nama. Aku pegi pon bila si Shahril opismate aku sebokkk je suruh pegi makan situ. Die yang sepatutnye ke Ipoh.. sanggup singgah makan kat sini sebelum meneruskan perjalanan ke Ipoh.

Kalau korang dari KL, exit tol Tanjung Malim, amek kiri. Sampai jumpa traffic light simpang 4. Sebelah kanan traffic light ade Hotel Sahara Inn. Pastu amek kiri. Warung ni kat dalam kampung. So, aku serta kan koordinat untuk memudahkan korang nak pegi. (Moga2 murah rezki peniaga warung ni) 
Aku dengan Sue makan nasi kerabu Ayam goreng. Harga RM5 sepinggan. Nasi dia.. mak oii ! Meriahhh ! 

Untuk sesiapa yang berdiet, memang disyorkan, mintak nasi separuh. Die punye sambal cili garam tu.. agak pedas.. so, kepada yang tak tahan pedas.. makan sikit-sikit dulu. Agak macam 'boleh pegi' baru betul-betul gaul, k ?

Kitorang sampai dalam kul 10.30am. Tinggal nasi kerabu. Kata si Shahril, pagi-pagi ada nasi berlauk macam kat Kelantan jugak. So, kepada   sesiapa jenis perut pagi-pagi nak kena makan nasi berlauk, boleh jugakk makan kat sini, dan opkoss untuk sesiapa yang tak kesah makan di warung. Hihi ! 



Ok.. selamat menjamu selera, uolsss !! =) 



siap koordinat aku bagik 




Sue tengah melantak :P







No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...