expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

10 March 2014

Susun Atur : Tempat Simpan Bil

Hurm.. aku tak tau aku layak ke tak nak ceghita bab susun atur ni.. Tapi aku cuba lah k? walaupon tak sekemas mana.. tapi memudahkan.. dan maybe jugak berguna untuk korang.. =)

Macam-macam cara orang guna untuk simpan bil kan ? ada yang simpan dalam laci, letak ntah mana-mana.. Hurm.. aku pon tak terkecuali.. Hikhikhik ! aku jenis letak bil-bil aku ikut dan. (ikut suka) selit la mana-mana pon.. janji aku ingat. TAPI. kalau aku lupa.. memang haruuuu ! hikhikhik ! JANGAN contohi aku k ? 

Cara aku senang ja.. Aku letak bil-bil aku ni dalam fail TRANSPARENT.



KENAPA FAIL TRANSPARENT ?  kenapa tak guna pocket fail ? kenapa tak guna fail jenis ada ring tu ?

Sebabnya..

1.  Aku ni KASAR. kalau main tebuk-tebuk tu.. kejap je bil aku ni elok dalam tu.. tak sampai sebulan.. KOYAK ! 

2.  Aku ni PEMALAS. kalau aku letak dalam pocket fail.. aku jenis malas nak bukak check dalam tu.. bil apa.. lagi satu sebabnya.. tak nampak. senang cita.. tak nak nampak bil tu.. hokhok ! =)

kepada sesapa yang perangai macam aku,. boleh la ikut cara aku.. hikhik ! =)

Fail transparent ni boleh didapati di kedai alat tulis. kedai runcit pon ade.. 
aku beli kat kedai alat tulis.. RM0.80 jek.. kat speedmart RM1.00
Ikut suka koranglah nak beli kat mana eh.. janji dapat yang tranparent.. 
Lepas dah beli.. korag masukkan bil-bil korang ikut kategori.. 



Lepas tu buat lah label. label ni aku buat guna word jek. pastu print atas ketas sticker. senang. kemas je lekat kat fail tu.. tanpa gelembung-gelembung yang tidak dikehendaki. hikhik ! 



So.. dah siap ! senang jekk ! kacanggg jekkk ! hewhew ! senang carik. senang tengok. tak payah nk kuar kan kertas ke ape. (tapi make sure korang susun ikut turutan la.. yang paling baru letak atasss skali... ) dah nama transparent la..  



Tu je la.. hasil susun atur dari si pemalas ini.. hikhik ! bila nak rajin macam Uyah Nazura ni ntah.. Umah dia kemas gilaa kott ! insappp bila g umah dia.. jauhnyaaa beza dengan umah akuu !! kuikui ! 



Ok, bye ! =)

2 comments:

Fizah said...

kemas tersusun dan efektif! =)

Shela Abdrohman said...

thanks sis.. kite baru nak berjinak-jinak.. hehehe ! =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...