expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

28 May 2014

Redha

Bismillahhirrahmanirrahim...


erm.. macam mana nak mula yea..
erm.. ok.. aku nak cerita pasal ANAK.
oh ! aku belum mengandung. Tolong doakan yea ! ;)


28 Mei 2014 -  genap tahun ke 3 kami bergelar suami isteri. Ya, Kami belum dikurniakan rezeki yang satu tu. Sedih. tipu sangat aku tak sedih. Tapi.. APALAH DAYA AKU ? apa yang aku mampu buat ? semua tu kuasa Allah.. kan ?

bila diajukan soalan :

"Shila BILA lagi ? " sambil menjeling bangga dia dah ada anak.

Nak tanya.. ada anak dengan tak de anak ni suatu perlumbaan kah ? Luluh hati aku.. bila orang tanya macam tu.. kalau boleh set masa.. bila aku akan ada anak.. aku nak set cepat-cepat.. MALAM ni aku nak mengandung. kan best ? tapi.. APA DAYA aku ? SIAPA aku ? bila aku sentap dengan pertanyaan macam ni.. aku cuba rilek. aku anggap je dia ni nak sembang. tapi takda topik lain. T_T

Aku pernah diajukan soalan :

"Aik ? dah kawen 3 taon.. sepatut nya dah 'teror' dah.. dah 'pandai' dah.. tak daq isi lagi ? ishkkk... " buat muka bangga sebab dia nak dapat cucu.

sentap ! aku pujuk diri sendiri. orang tua ni nak mengajak bersembang. tapi tak de topik. so.. dia bukak topik ni.. T_T.

luluh hati.. sedih. hanya DIA yang tahu.. T_T

Sekarang.. kawan-kawan aku.. ada yang lambat bagitahu dia dah mengandung. Alasan. sebab takut aku terasa. TERIMA KASIH sebab sensitif dengan aku. Tapi.. sampai bila nak sembunyi, kan ? nant aku akan tau jugak. Aku happy bila dapat tau kawan-kawan mudah mengandung. sebab aku tau..

REZEKI SETIAP ORANG TAK SAMA. ALLAH BAGI TAK SAMA SETIAP MANUSIA. MANUSIA TAK SEMPURNA

Dalam apa situasi pon aku masih berfikiran positif..

Kalau aku ni dikira MENYEDIHKAN. ada orang LAGI SEDIH. bersyukur aku masih ada suami yang masih menyokong. dan tak pernah merungut. ALHAMDULILLAH

dalam kuat.. kadang kala aku 'jatuh' juga. sedih jugak bila dapat tau kawan-kawan dah mengandung. menangis. ( tapi selalunya kejap je.. takde sampai berhari-hari aku bersedih) BUKAN cemburu. menangis SEDIH dengan nasib sendiri, selalu mohon padaNYA. semoga kuatkan aku..

Pernah.. bila aku dengar kawan-kawan mengandung. menangis,. padahal masa tu aku happy untuk dia. nangis sedih dengan nasib sendiri. macam sedih tak dapat baju yang ko idam-idamkan.. tapi dah habis stok. tak sempat nak beli. cenggitu la lebih kurang..

Tapi korang.. jangan la takut nak bagitau berita baik kat aku.. memang aku sensitif. tapi aku kena berpijak dibumi yang nyata. Aku kena terima hakikat. ni dah takdir aku.

AKU REDHA. tapi dalam aku redha.. aku masih berusaha. Aku tak pasrah. Aku tak nak mengalah. Tapi kalau ditakdirkan aku.. hingga hujung nyawa tiada zuriat. Aku pasrah,..


ALLAH maha mengetahui segalanya.

Bila direnung nasib aku..

Aku kena bersyukur..

Bersyukur sebab aku dah kahwin
Bersyukur dapat suami yang bertanggungjawab
Bersyukur rezeki diberi olehNYA (rezeki orang kawen ni lain macam sikit)
Bersyukur family & family mertua yang sangat baik .

Alhamdulillah...

Ada sebab Allah buat jalan cerita aku macam ni, Ada hikmah. Allah nak uji .



Please...

Doakan..

"semoga Shila & Azmi mendapat rezeki zuriat yang soleh & solehah, aminn " 



Semoga Allah membalas jasa baik kalian. :')



4 comments:

Hana_Nana said...

Seyla...been in your shoes once, cuma rezeki aku sekarang dh dapat. tapi aku faham ape ko rasa..bertabahlah seyla, jgn berhenti berusaha+berdoa.Aku pun dulu akan nangis jugak bila tau org lain preggy, esp kawan2 yg baru kawen, tapi bukan sedih jeles , sedih kt diri sendiri je..kawan2 pn byk tenangkan dan doakan aku, yg penting hubby and family support each other. kuadkan semangat! hugs ~*

Shela Abdrohman said...

thanks Hana :')

ummu said...

sa ar shila... kite pon da masuk 3 tahun kawen xde rezeki lagi... imagine we have group.. and 4 of us very close then kite dpt berita 3 org kawan kite ni pregnant...most of the time mmng kami berempat... diorg prgnant bulan yg sama... can imagine macm mana kita rasa bila klua dgn diorang??

Shela Abdrohman said...

kita kuat kan? :')

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...