expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

19 June 2014

Warung Nasi Lemak di Tampin

Bagi korang yang bukan orang Tampin.. mesti menjadi suatu masalah nak cari tempat sarapan pagi di Tampin. (melainkan korang ada sedara mara or rakan taulan yang belanja korang makan dirumah diorang)
Semalam aku ada pegi Tampin. awal pagii lagi. cari kedai nak sarapan.. bapakk la susah. banyak restoran cina. tak kan nak makan itik gantung pulak kan? 

Redah je.. so.. jumpa la gerai makan ni. tengok ramai pegawai kerajaan makan. so.. kitorang pon benti la...
Sampai sana.. menu dia.. Nasi Lemak & Mee Rebus. untuk orang macam aku.. kuah-kuah ni memang tak masuk anak tekak la waktu pagi-pagi ni. so.. aku pilih nasi lemak. sebab lain pilih nasi lemak.. sebab nak bagi kenyang lamaaa skett. sebab kemungkinan tengah hari kitorang tak makan.
tapi tu lahh.. buat aku pertama kali junpa gerai.. yang menyajikan..
nasi lemak ada sayur kangkung..

Aku jadi jakun..

kalau korang dah biasa.. takpe ar. tapi.. untuk orang yang macam katak bawah terpurung ni (aku la tu) memang rasa jakun. yea lahh.. selama hidup 2* taon ni.. (ekekeke ! umor dirahsiakan?) inilahhh pertama kali jumpa nasi lemak bersayur.

Kot -kot la.. dapat membantu korang.. 

Nahhhh koordinat. (aku tak reti nak cerita tang mana tang mana )
2.475555 
102.233612

Mee Rebus aku tak rasa pon. tak tau nak komen. tapi tengok meja sebelah.. ramaiiii ja yang makan mee rebus dia. sedap agaknye.. kalau tak.. takkkannnnn lahh ramai yang order.. yea dakk? 


Selamat Menjamu Selera !!  =) 



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...