expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

02 July 2014

Ramadhan Tanpamu

Ramadhan 1435 , Ramadhan pertama tanpa Muhammad Qhaliff. Aku tak tau macam mana perasaan ibu dia. Dari segi luaran.. yang aku nampak.. Kak Long aku tu.. kuat.. dalaman.. aku tak pasti. Aku doakan semoga dia tabah.

Sebelum puasa. Dia ada melawat kubur arwah. Dia sent kami gambar.(melalui whatsapp group) dengan caption.

"tadi g melawat Iqi. Iqi kem salam semua.. "  T_T

lepas pengebumian arwah. aku memang tak pernah jejak kaki ke kubur arwah. pernah plan sekali. tetapi tak jadi. maybe next time..

Kalau arwah masih hidup.. sekarang.. arwah dah boleh berlari-lari dah. Mesti melasak je keje dia.. nama pun.. lelaki kan..

Al-fatihah.







Selain itu.. awal Ramadhan.. kami sekeluarga mendapat perkhabaran gembira juga. Alhamdulillah. Kak Long mengandung lagi. kiranya.. ni adik Iqi lah.. Semoga selamat semuanya.. Amin..


*aku ? ntah bila.. :) 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...