expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

06 August 2014

Abah Berhari Raya

Lebih kurang seminggu sebelum raya.. Abah dimasukkan ke hospital. Sakit apa? erm.. bunyi memang kelakar.. tapi tu lah. agak bahaya jugak..

BISUL.

Kelakar kan ? Jadi kat bahagian bontot. terseksa tengok Abah dok tahan sakit. nak duduk secara normal pon tak boleh. kena mengiring. tido pon bermasalah.. kena meniarap..la.. mengiring la..  so.. dah tak boleh nak duduk.. tak dapat la Abah bawak teksi untuk mencari rezeki. dah la nak raya nih.. 

Beberapa hari sebelum raya.. Abah dah operate. Adik-adik aku semua gilir-gilir tunggu Abah kecuali aku dengan Bang Cik. Bang Cik praktikal di Bera, Parang. Lagi pon.. dia memang tak lama dah nak balik beraya.. erm.. Aku pulak.. memang tunggu nak cuti raya la.. lagi pon selang berapa ari ja nak balik. Abah aku memang ada kencing manis. sepatotnya.. dah lama dah Abah pantang makan.. biasa la orang tua kan.. dia pantang jumpa ja.. bukan pantang makan.. dah masuk wad.. baru la ada rasa insaf nak berpantang. hehe !

air dalam badan kurang. garam kurang jugak dalam badan.. 

tidur pon mengiring. 

Bisul ni besar jugak.. sampai demam la Abah aku tu.. risau la jugak.. demam lama.. so.. sepanjang berada di hospital dan apa jua perkara.. adik-adik aku memang update dalam group we chat kitorang. Alhamdulillah.. ada teknologi macam ni sekarang.

Alhamdulillah.. segalanya selamat.. Abah pon dah operate. sekarang ni.. hari-hari kena g cuci luka tu di Klinik Kesihatan. Masa mula-mula.. Adik aku si Jeff tu ada.. Jeff tu la yang drive teksi Abah bawak g klinik. hehehe ! yea la.. kitorang tak de keta lain.. melainkan teksi tu.. sampai la aku balik.. aku merasa sekali ja bawak Abah g cuci luka tu.. tu pon masa pagi hari raya. orang lain sibuk g solat sunat hari raya.. kitorang g klinik. yang penting Abah.. solat tu.. taon depan pon boleh pegi.. In shaa Allah. lagi pob sunat kan.. tak pegi.. tak berdosa.. =)

Hari kedua.. Abah pegi sendiri Klinik Kesiahatan tu.. nak tau naik apa ? Naik MOTOR. haaa ! ai mengamuk la aku.. macam anak ni tak guna sangat dah.. Memang balik tu.. aku perli ja Abah..

Abah, tolong p kedai beli ketoi aih boleh ?

Diam ja la dia. Buat-buat tak dengaq pon ada.

dipagi hari raya

Sekarang Abah aku cakap.. dia dah tak pegi klinik dah untuk cuci luka tu.. Mak aku yang buat sekarang ni. hebat2.. kalau aku yang cuci tu.. mau nya lutut aku lembik.. bukan geli.. aku seriau.. sakittt ! Luka Abah kena cuci sampai tumbuh isi baru.. dengan umur pon dah berapa.. dengan kencing manis nya.. memang makan masa la nak baik.. tak pa.. kami adik beradik doakan kesihatan Abah.. =)

Sekarang hari-hari Abah makan pati ikan haruan. sebab susah nyaa nak cari ikan haruan.. walaupon duduk kampung.. pernah nak beli.. sekilo sampai rm60 ! wowww ! mahai bebenooo ! makan pati ikan haruan ja la.. pastu makan vitamin c. harap-harap luka Abah cepat baik.. 

Hari raya ? Hari raya kitorang di rumah saja. tak kann orang sakit pulak nak pergi beraya sakan.. kan ? kitorang punya raya tiap-tiap tahun.. raya pertama.. kitorang 'balik kampung' sekangkang kera. umah tok aku kat Smpang Empat, dengan Felda Chuping.  pastu pusing-pusing rumah sedara sekitar Perlis. so taun ni.. orang yang datang rumah kitorang beraya dan melawat orang sakit.. hehe ! 

Abah den gan Tok dan Adik beliau

Jangan ditanya mana baju raya Abah. dah kemana dah.. seronok dia.. ramai orang datang rumah. ni anak-anak sepupu Abah. rumah kitorang flat. kebetulan jiran-jiran semua balik kampung.. so.. angkat la semua kusi meja.. berkampung kejap kat luar.. =)

Tiap kali raya.. kitorang memang akan ke rumah cousin aku yang ini.. tapi taon ni.. depa pulak mai rumah kami.. ya lahh.. Pak Ngah kesayangan tak sehat.. hukhuk

Yang baju hijau tu.. Adik Abah yang bongsu..

ni dah petang dah.. haa.. Mie pon dah tukau baju dah.. biasa la dia.. bukan mau pakai baju melayu lelama.. 

Kitorang adik beradik.. memang mengambil berat. tapi bukan jenis cakap lembut-lembut kat Abah. haa.. sat g ada pikir kitorang adik beradik tengking-tengking Abah pulak.. tidakk lah.. cara kami.. kalau nak pesan.. kami guna cara PERLI.

Contoh. 

Abah, Kakak nak p kedai ni.. nak kirim rokok ?  
Abah, tak mau makan ayam ka ? teloq ka? (kena pantang, sebab menyebabkan gatal pada luka)

Abah aku muka redha.. geleng kepala. dia tau anak-anak dia kuat perli.. tak pon.. Abah aku buat-buat tak dengaq.. kuikui ! ni cara kami.. memang dari dulu macam ni.. Mie tak biasa.. aku kena pulak kena marah sebab dok perli Abah. HAHAH ! 

Lain orang.. lain cara kan ? 

Semoga Abah cepat sehat hendaknya.. =) 


*aku tau adik aku dok baca belog aku nih.. saheh dia tunjuk kat Abah ni.. *

3 comments:

Aty_Fared said...

alahai kesian nya kat abah...seksa tau sakit bisul ni.. sakit berdenyut2... ni pulak kat montot... alahai... alhamdulillah dah sihat.. :)

Shela Abdrohman said...

tu la kak.. denyut2 Abah cakap.. dengar mcm kelakar je kan ? hehe ! btw.. thanks akak :)

Shela Abdrohman said...

tu la kak.. denyut2 Abah cakap.. dengar mcm kelakar je kan ? hehe ! btw.. thanks akak :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...