expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

05 August 2014

Balik Kampung & Birthday Mak

Tahun ni birthday mak aku jatuh 3 hari sebelum umat Islam berhari raya. hari Jumaat. Aku.. memag tak sent sms bagi ucapan ka apa.. bukan lupa.. saja buat-buat lupa.. hikhik !

Yang bebeno nya.. aku dengan adik aku si Jeff dah plan nak beli kek birthday dah. kami bincang dalam group we chat kami yang diberi nama. The Rohmans.. nama nak omputeh ajeee...

Tahun ni turn raya pertama di Perlis. so.. memang cantekk ar.. boleh celebrate bithday mak skali..walaupon lambat 1 hari.. alahh.. tak kesah la.. lambat pon.. kami adik beradik.. ingat ja birthday mak.. walaupon kadang-kadang aku terlupa.. kuikui ! (Tapi.. adik-adik aku selalu ingatkan.. )

Sabtu pagi-pagi buta.. nak gerak kata Mie. nak gerak kul 3 am kata dia. takot jem.. maklum la.. ramai yang nak balik beraya kan.aku packing barang semua malam tu.. bukan tak excited nak packing awal.. mengenangkan aku penah tertinggal barang masa packing awal.. so..sekarang.. kita packing last minute. last minute pon.. bukan dalam keadaan tergesa-gesa. masih rilek2.. lepas Isyak hari Jumaat tu.. baru aku start packing.. Mie.. aku dah suh tido dah.. die nak drive kan aku tak tido pon tak pe. sebab dalam keta nanti confirm aku tertido ! MUAHAHAHAHAH ! selalunya macam ni la.. tetiap kali nak balik kampung.. kitorang memang akan gerak dalam pukul 2 am or 3 am dibulan puasa. dan 4 am masa cuti am. macam cuti Raya Cina ka.. kalau dapat cuti panjang.. memang masa macam tu lah kitorang bertolak. tak kira balik Perlis ataupun Kelantan. azab betol nak balik kampung.. 2 2 kampung jauh.. dan kena plan bebetul. kalau tak.. makan jem la berjam-jam.. Kajang - Perlis 7 jam. kalau jem.. 15 jam pon adooo.. tahun ni kitorang memang plan balik kampung betul-betul. bukak Waze. bukak Google Maps. siap install aplikasi Plus Expressway. Sebab dalam aplikasi Plus Expressway.. boleh tengok secara live jalan-jalan yang ada kamera di sepanjang Lebuhraya PLUS tu.. boleh la tengok.. jalan tu jem ke tak.. yang kitorang ni.. sahur bawa bekal. tak nak benti masa sahur. rugi masa kata Mie. dalam keta.. aku suap2 dia ja la. dia drive. hehe ! Sampai exit Sabak Bernam.. aku bukak Waze.. nampak jem. so.. terus la exit. ikut jalan lama. naseb baik lahhh.. jalan clear.. kalau tak.. makan jem la nampak gaya. sampai Ipoh.. macam tak pasti jalan tu.. aku pandai-pandai tengok Google Maps.. ikut jalan pintas. pintas bagi aku la.. ntah kampung mana aku bagi jalan. yang Mie.. asek tanya.. pasti ke jalan aku bagitau ni.. HAHA ! opkos aku kata confident la. sangat pasti. aku jadi macam tu sebab aku tengok Google Maps. kalau takk.. ntah mana-mana la kitorang pegi melawat hari tu.. kehkeh ! Kitorang masuk balik highway Plus balik kat Kamunting. HAHA ! aku ikut Google Maps yang tunjuk jalan kampung semua tu.. sampai Kamunting bebb ! tawakal ! Masuk hihgway.. ok cantekkk .. jalan lancar.. sampai la R n R Gurun. Mie tak tahan dah.. ngantuk sangat.. so.. tido la laki binik dalam keta.. lepas setengah jam.. kitorang gerak balik.. Alhamdulillah.. jalan lancar.. aku tengok kat Fb.. ada opismate aku tu.. gerak balik Penang ja pon.. sampai 15 jam woi !! gilaaa apa.. KL - Penang.. 5 jam je kot.. cane la dia handle 2 orang anak dia dalam keta.. jem pulak tu.. 15 jam pulak tu !!! haihhh !! 

Ok-ok.. jauh aku cita.. padahal nak cita suprise kami adik beradik untuk Mak. hehehe ! Lepas kitorang sampai.. rehat-rehat.. tido-tido kejap.. petang sikit kitorang kuar dengan Mak sekali. nak beli baju raya adik aku 2 orang tu.. tak daq baju raya lagi katanya.. kul 4 pulak tu baru keluar. memang tak bagus la time macam ni baru nak keluar pegi shopping baju raya.. tak puas pilih.. sekejap ja la diorang pilih.. lepas tu dah sibuk-sibuk nak cari makanan untuk berbuka pulak. masa sibuk-sibuk shopping la.. aku dengan Jeff dok bincang-bincang nak kek apa.. nak tulis apa.. aku ok ja apa yang dia pilih.. taon ni merasa la aku p Bazar Ramadhan kat Kangaq tu.. bukan nya nak beli sangat.. just nak rasa meriah ja.. yea la.. namanya Bazar Ramadhan.. bulan Ramadhan ja ada.. eh.. tapi beli la jugak.. sebab Mak ikut g shopping.. tak sempat la nak masak bagai.. hehehehe ! 

Ballik rumah dah buka puasa semua.. masa rilek-rilek.. baru adik aku kuarkan kek. bukan main senyummmm lagi Mak aku.. suprise la kannn... suka letteww... 

sweet 49 kauu ! hahaha ! layan kan ajerrr

Nampakk tak muka Mak aku bukan men happy ? gelak malu-malu kucing.. hewhew ! 

Selamat Hari Lahir , Mak. 
Terima Kasih mengandungkan kami 5 beradik. Dan membesarkan kami dengan 'sehattnya' 
semoga Mak sentiasa dipelihara olehNya, Aminn

Dari :
Anak-anak Mak.

2 comments:

Fara Dilot said...

Mudanya mak hang

Shela Abdrohman said...

Muda ler.. sebab aku ni anak 1st. mak aku kawen umo 19. dapat aku umo 20. anak dia ni.. dah 28 taon.. tak beranak lagik. sob3 ! :(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...