expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

20 August 2014

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Opis

Hari ni ada majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat opis aku.

meriahkan pusat aku.. 

Ada makan-makan sikit.. pastu setiap pusat diwajibkan untuk sediakan kudap-kudapan. macam pusat aku kena sediakan Pencuci Mulut Basah dan teh tarik. macam.. koktel, bubur kacang ke, cendol ke.. 

Selain menyediakan Pencuci Mulut Basah ituhh.. kami juga perlu menghiassss booth kami.. se-kreatif mungkinn.. 

Selama 7 tahun di opis ku.. kami.. TAK PERNAHHH sepakat nak hias-hias booth ni.. selama ni.. memang asal bolehhhh jek.. sebab apa? sebab.. SEMUAAA orang busy dengan kerja hakiki. so, nak deco-deco ni.. macam buang masa la.. bek tumpu kat kerja hakiki.. so, tak pelik bila tiap-tiap taon booth kami dapat no last. yeaa... no LASTTT ! kami redho. sebab memang koboi je pon meja kitorang. 

Taon ni.. berubah.. bila kami, para ARORA, sepakatt untuk menghiasss booth pusat kami untuk taon ni dengan semangatnya.. malam semalam.. punya la bincang whatsapp.. sampai ke tengah malamm.. orang tu bawak itu ini. orang tu buat itu ini. memang terbaekkk ! semuaa SEPAKAT ! best ! bersungguh-sungguh la semua orang.. 

Hari yang ditunggu telah tiba. Maka. awal pagi lagi.. bagi yang datang awal.. dah siap dah hias-hias booth. yang anyam ketupat lah.. pelekat lah.. lipat lah.. haaa.. kitorang siap bawak turun sofaaaa lahhh ! punya lahh nak lain dari orang.. dalam hati.. memasig harap dapat no 3 pon jadi lahh.. dari dapat no last... 

Pagi-pagi lagi dah set up. aku dengan pejal ni memang datang awal.

dah nak hampir siap..

dah siap ! dan ada sikit -sikit nak touch up.. nak letak ketupat pulak.. naseb bek ada yang pandai anyam ketupat. aku nih.. ketupat palas pon tak pandai anyam. ni kan pulak ketupat nih.. 
Ni jela gambar booth kitorang yang sempat snap.



gigih nena buat prop. tak pelah.. mana tau boleh guna taon depan kan ? kan ?

rojak. dessert la kan ?

Kek lapis ni Pejal bawak. nak meriahkan meja kata dia

Keputusan pon diperolehi. 

kitorang dapat no LAST ! Hahhhhhhh ??? tak boleh terima beb ! TAKKKK bolehhh ! sebab taon ni.. kitorang hias bersungguh-sungguh kott.. ada yang sanggup buat prop baru.. yang pinjam kain, prop segala dari kawan bawak pelita. sekali.. result diaaa... LAST ! apa nih ?? apa nih ? TAK ADIL okayy ! 

Yang dapat no 1 tu.. memang tak pelik. memang cantek pon..  memang layakkkk la.. ada booth yang lagii simple dari booth kitorang. tapi boleh dapat no atas dari kitorang. Sedeyy kot ! kalau macam ni cara.. bek kitorag buat booth koboi je macam diorang. senang. tak sakit hati macam ni. 

So, taon depan.. kitorang nak koboi je. tak nak hias-hias dah.. dapat no last pon tak pe.. tak sakit hati cam nih... 

untuk taon nih.. TERBAEK lahh ARORA ! kerjasama yang amat bagossss !


ok bye !


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...