expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

19 August 2014

Susun Atur : Bekas Simpan Susu Pekat

Dulu sebelum kawen.. susu pekat ni.. bukanlah suatu benda wajib ada dirumah. kadang-kadang rasa nak buat / bancuh apa-apa , baru aku beli. memang jarangggg sesangat lahhh senang cita.. Lepas kawen.. susu pekat menjadi barang yang WAJIB ada dirumah. Mie ni suka minum teh letak susu, milo letak susu..

So, bila kita buat air.. tak kan nak letak semuaaa susu tu kan? Aku dulu suka tebuk 2 lubang. tapi mie ni.. cerewet la jugak.. tak sukaaa . dia suruh aku tuka letak susu tu dalam tupperware. kalau tak tuka bekas lain, tak bagus untuk kesihatan kata dia. nanti karat ! ohh ok.. baru aku teringat mata pelajaran Kemahiran Hidup - Ekonomi Rumah Tangga. Cikgu ada cakap.. 

"sekali kita bukak tin susu.. kita kena salin. kalau lama-lama dalam peti ais.. tin tu boleh berkarat. tak elok untuk kesihatan"

korang selalu bukak susu macam mana ? sejak Mie mewajibkan aku tuka bekas ni.. aku memang bukak macam ni.. 

Luas mulut dia.. hehe !
Lepas tu aku akan tuang dalam tupperware ke tipuware. tapi.. lelama. aku rasa macam tak praktikal la.. sebab susu kita akan amek guna sudu kan? sebab bila kita letak dalam peti sejuk.. susu pekat ni akan pekat sedikit kan ? ke beku eh ? nak tak nak.. memang kena ceduk guna sudu... jadi masalah pulak bagi aku.. kadang-kadang.. dah bancuh dah teh ke milo tu.. pastu rasa macam susu tak cukup la... air tak cukup manis la.. tak rasa susu la.. aku akan tambah lagi.. haa.. waktu ni masalah timbul. (ecewah) susu aku ni akan 'kotor' dengan milo or susu yang aku bancuh tadi. tak best pulak kan ? 

Lepas tu aku cari alternatif lain.. letak dalam botol Eco Tupperware. sebab ? sebabnyaa.. botol tu tak guna. aku isi air dalam botol Herbal Life. Botol eco tu kecik untuk aku. tak cukup aku nak minum ayor.. maklum la.. jenis orang banyak minum.. hehehe !

sumber : google
Tak praktikal weh ! sebabnyaaa.. botol ni keras. macam mana nak picit bagi susu keluar? aku ni sengal gak berkilo-kilo jugak.. haihhh ! dah satu hal kena tunggu dalam 15 minit ke.. bagi susu tu ok.. dan mengikut suhu bilik.  so, tak membantu mempercepatkan kerja aku.

Sekarang.. aku dah temui solusi. *hamboi pekataan aku*

Taraaaaa ! 

Aku guna botol sos ! 
Hehehehe ! Ulang suara.. aku guna BOTOL SOS ! kehkeh ! sebab dia? walauponn susu tu masih bersuhu peti sejuk.. aku tak payah tunggu susu tu ikut suhu bilik ke apa jadah.. aku hanya PICIT sahaja ! ngehngeh ! yessss !!!! aku sukaaa !

Kos untuk botol ni ? RM1.80 sahajaaa ! beli kat Speed Mart. tapikkk ! tu lahhh.. tak kaler putih.. sebab aku beli botol ni dah lama bonaaa.. masa beli ni belum dapat wahyu untuk berdeko , bersusun atur bagai lagik.. naif lagik. hahahaha ! sekali je aku guna botol sos ni. mesti la guna letak sos kan ? .. so.. bila nak letak susu.. aku dah rendam dengan sabun. dan basuh berkali-kali dahh ! takkan nak basuh memain kan? kang Mie minum teh ke ape.. ade rase sos pulak.. lagi naya aku !

kalau ni botol baru.. semestinyaa aku akan carikk kaler putih.. tapi tu lahh.. tak kan semata-mata nak kaler putih.. aku buang benda yang masih elok dipakai ni ? ishk.. ishk.. tak mau ikut perangai syaitonnnn !

Ni haaa.. susu pekat aku.. hehehe ! 


2 comments:

Mazura Mohd Ridzuan said...

Hi.. lamanya x menjenguk.. galak bersusun atur yer.. bagus2.. nt boleh susun kat rumah baru langkawi la pulak.. hehe..

Shela Abdrohman said...

tengah mood rajennn . MUAHAHAHA !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...