expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

10 August 2014

Susun Atur : Tempat Letak Span Cuci Pinggan

Heeeeeeeeeee ! Lama tak post pasal susun atur. hehehe ! Sebenaqnya.. tak ada mood. mood rajin belum sampai.. selama ni 'serap' ilmu dulu.. samada dalam group Kami Suka Susun Atur di FB atau pon di blog para otai.. heeeee !

Yang ni aku 'serap' dari blog Uyah Nazura .

Dah lama tengok post dia pasai susun atur singki tu. tapi.. amek masa lamaa jugak untuk aku aplikasi di rumah aku.. bukan apa.. aku cerewet. sebab aku nak cari menda ni kaler putihhhh jugakk.. selain kaler putih.. aku tak nak.. 

kenapa PUTIH ?

Dimata aku.. ulang suara.. dimata aku la ehh.. sebabnya aku tak nak nampak barang-barang kat rumah aku berwarna warni. bila kaler putih. nampak kemas. selaras.. ecewahh aku ni bukan main lagik kann.. padahal.. tempat susun pinggan aku kaler pink. tempat letak sudu kaler biru.. ehem !!  tu zaman belum terjebak dengan Susun Atur lahh wehh ! mihmihmih ! 

sejak aku terjebak nihh asek carik yang kaler putih ja.. padahal.. aku ni.. penyakit malas lagii banyakkk dari penyakit rajin.. tak sedaq diri.. putihkan orang cakap susah jagaa.. cepat kotor.. kuikuikui ! =)

Taraaa !! tempat letak sabunn ! :) 

Kadang-kadang jumpa jugak kaler putih. tapi dia bukan jenis melekat. aku cari yang jenis melekat. sebab tak nak tebuk lubang. kalau aku nak kena tebuk lubang.. alamatnyaa lagiii lambat nak siap tempat letak span ni.. bukan apa.. aku kena tunggu mood Mie. Kalau mood dia rajin nak menebuk.. ok la.. kalau tak de mood.. makan tahun jugak aku kena tunggu.. tak sanggup lahh akuuu... 

macam ni la maksud 'melekat' aku tadik. . 
Taraaaa ! haa.. kan dah siapp.. senang kan ? tak payah nak drill bagai. tapi.. kalau untuk dinding yang bersimen sahaja.. memang terpaksa lahh drill atau pon paku. 
haa.. dah boleh letak span and the geng. 

pandangan jauh sikit. ehemm.. perasan tak kat kanan tu bekas susun pinggan kaler pink ? masa beli tu belum punya kesedaran lagi. so.. tak kan nak buang kan ? =)
Lupa pulak nak tepek gambar sebelum.. ok.. nah.. 

Tak best kan ? makan space. ohh ! aku memang pakai 3 beradik ni. =)
Aku jumpa tempat letak sabun ni kat Billion PKNS Bandar Baru Bangi.. Hargaaa.. tak berapa nak ingat harga yang tepat. tapi aku yakin.. harga dia RM15 kebawah. TAPII ! tak semestinya menda alah ni ada kat Billion jer.. tempat lain pon ada.. kena rajinn la. g carik.. erm.. kalau tak silap aku. aku penah terbaca.. tempat letak sabun macam ni ada je kat Daiso.. OMG !! berapa banyak pembaziran dah belaku ni ?? Nyesal tak g cari dengan bersungguhnya di Daiso. Kot-kot korang ada plan nak buat macam ni. cuba-cuba lah rajin belek kat Daiso.. jimat sikit.. jangan jadi macam aku. T_T tapi.. nak buat macam mana.. da beli...


Selamat bersusun atur ! =)  


12 comments:

Fara Dilot said...

dah susun atur pon tabagi kwan2 dtg... hahahahha :p

Shela Abdrohman said...

ngekkk !! la kauuu ! kul 10 baru bitau nak datang.. dah la tak prepare ape-ape untuk dikunyah.. len kali habaq awai skit lahh ! haihhh !

Hana_Nana said...

mende tu kalau hang pakai setahun tak jatuh, habaq kat aku naaa...hehe..

Fara Dilot said...

hahahhaha.. ok nnt ktrg bgtau subuh2.. takde laksa siap! hahahahhaha

Shela Abdrohman said...

HAHA ! kalau nak request menda tu.. kena bitau seharis sebelum la wei ! ngengade ehh !

Shela Abdrohman said...

Kalau tak salah aku.. aku dah pakai setengah tahun menda ni,. skrg baru post kat entry. HAHA !

JATUH jugak. tapi keadaan masih TERKAWAL la.. hihi ! tunggu setahun la eh.. nanti aku buat entry.. samada benda ni jatuh ka tak. ekekekeke ! :)

uyah nazura said...

Good job sela...buat lagi entry susun atur...hehehh

masz said...

Dah dua orang buat benda ni, nak kena cari gak ni..baru kemas gak sinki :P

Shela Abdrohman said...

HIHI ! kak mas ! cari kak.. jangan tak carikk ! =)

Shela Abdrohman said...

HAHAHA ! malu puak rase bila uyah yang suruh. kihkih

nur hifzan said...

Kemas dan tak banyak makan ruang. Good job!

Jemput ke blog saya, www.vitamin.com. Terima kasih.

Shela Abdrohman said...

Terima Kasih Nur Hifzan.. in shaa Allah :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...