expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

21 August 2014

TIPS : Hilangkan Bau (II)

Kabinet dapur korang berbau tak ? hehe ! kebinet aku ni berbau. sebabnyaa.. aku letak segala bawang, kunit, halia., aku sumbat sini. bukan apa.. kalau letak kat luar.. sakit mata memandang. ecewahh ! bukan main lagi aku ni kan.. padahal.. kekadang bersepah pon aku buat tak tau.

bakul aku yang kaler putih tu.. kiranya.. selepas aku menjinakkan diri dengan susun atur la.. yang berwarna tu.. bakul hamper. taun-taun lepas.. opis aku selalu buat pertandingan. bila menang je. hamper. hamper. hamper. so.. ade la bakul-bakul berwarna-warni itu. 
Kalau perasan.. gambar kat atas tu.. ada sekeping roti terdedah. Ada sebab aku letak situ.. 

Haaa... tu lah.. tips aku.. untuk hilangkan bau kat dalam kabinet ni.. aku letak roti. roti aku ni dah expired. kaau nak letak roti tak expired pon boleh jeeee.. tak de salahhh pon... nak letak roti jenama apa pon tak salah.. macam aku.. aku letak Gardenia. bukan sebab dah kayoo. tapi roti ni dah expired. 

Selain letak dalam kebinet dapur ni.. bole ja letak kat dalam kereta. kekalau susu anak korang tumpah dalam kereta.. dah 1 hal bau masam.. betul ? yang tu aku suggest letak bebanyak dalam kereta. semalaman yea.. semalaman... in shaa Allah.. hilang bau tu.. 

Dalam peti ais pon boleh letak sebenarnya.. selain gunakan arang macam entry yang lepas tu. tapi.. kalau letak roti.. sekejap je la. sehari dua je. lepas tu roti ko tu keras. dia tak serap bau dah.. sebab tu aku letak arang dalam peti. dalam kabinet dapor ni. aku letak bila ada roti expired je. nak letak selalu pon boleh. 4 ari ke.. tuka la roti tu.. letak yang baru.. 

roti sekeping
macam kabinet aku ni.. seleloknye.. letak la 2 keping. atas 1. bawah 1. standart la.. lepas tu kabinet tu bau roti.. ok la.. dari bau busuk masam.. hehehe !



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...