expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

27 October 2014

Berenang

Lama dah aku tak pegi berenang. paling terbaru bulan 1 2014. tu pun sebab masa pegi bercuti kat Langkawi.

Sabtu lepas.. akhirnya.. pergi jugak berenang. Alahh.. istilah aku.. berenang la. walaupon, antara kami berempat, (aku, Mie, Day & Seli) aku je la terkebil2. ntahhhh.. macam mana boleh lupa... aku stakat tau apung badan, tahan napas dalam air je la sekarang ni.  beberapa taon lepas, ade jugak pegi kelas berenang yang Miros buat. lastt sekali.. aku baruuu je nak pandai berenang. masa tu baru berjaya. kiranya.. dari hujung kolam.. ke tengah kolam tu.. aku berjaya berenang dengan step yang betul lah.. tu je la last. lepas tu.. takkkk pernah pegi dah.. baru boleh berenang sikit. dah tak pegi. tu yang aku jadi lupa tu... Day memang dari dalam kelas berenang dah macam ikan dugong dah.. ke sana ke mari. silap aku la.. masa pandai sikit tu.. aku dahh takk pernah pegi berenang dah. yea la.. dapat ilmu sikit masa tu.. dah tak pegi. tak praktik. lupa teros. Day ada ajar skrg.. ntah.. asek tenggelam je aku. tak terkayuh. kuikui ! maybe kena pegi banyak kali lagi. biasa la.. practice make perfect.

Dari dulu lagi aku selalu ajak Mie pegi swimming. Dia selalu cakap tak nak pegi. Alasan dia.. dia malas nak beli seluar swimmimg. jadi.. secara automatiknya.. baju swimmimg aku pon terperuk la. beli baju, simpan je.. ape daaa aku ni. tapi tak syok la kan.. kalau pegi swimming pool.. aku sorang yang dok galak berendam macam hyppo. dia duduk tepi dok tengok aku. ape baranggggg ! tak besttt ! punya lama aku tunggu dia ok nak g berenang, sampaikan swimming sut aku tu.. dah mengecil. kehkehkeh ! 

Akhirnyaaa Sabtu lepas.. dia dah terbuka hati. maybe sebab Day & Seli mengajak... so, nak tak nak.. kali ni dia memang kena beli seluar. baju dia dah ada.. company bagi. sebab dia keja melibatkan air-air ni. ala-ala beach boy.. company dia bagi 1 set dengan seluar. tapi seluar dia macam beach boy tu.. mana lepas nak masuk swimming pool kan?

pada mulanya.. (ecewah ayat aku ! haha !)aaku beria-ria cakap aku yang nak belanja. HAHAHAHA ! last-last dia bayar sendiri. nak tau kenapa?? sebab aku pon beli swimming sut baru. kan swimming sut lama dah mengecil.. kali ni aku beli.. betul2 muslimah. memang besar. bukan sebab badan bakal mengembang.. tapi senang. tak melekat kat badan. so, aku tak la segan bila baju tu basah.. maklum la.. badan mengalahkan model bikini. kuikui ! aku harap, badan aku berhenti la mengembang.. HAHA !
Aku beli jenama Arena. sebab, murah dan kain dia tebal la jugak.yang Ogival harga Rm200++. tapi kain nipis. tak syok ar. dulu pon aku beli Arena. kali ni pon Arena jugak jadi pilihan aku. amacam? muslimah tak aku? HAHAHAHA !

Aku ni spesis manusia rabun.aku pakai la gogle (betul ke tak aku eja tu?) tak bagi lens terkeluar. mesti korang ingat aku terer berenang sampai pakai menda alah tu kan?? padahalllll.... aku RABUN ! tak nak bagi air MASUK MATA ! HAHAHA ! jangan terpedaya okay?

Dua ekor dugong ni rabun. hewhew

Kitorang pegi mandi manda di Pusat Maritim, Presint 5, Putrajaya. Masuk untuk dewasa Rm5. fasiliti memang puas hati. tempat mandi. tempat solat.. kot-kot ada yang risau terkejar-kejar untuk solat.. jangan risau.. semua ada. dalam tu ada gym jugak, sauna, nak berzumba ke.. gelanggang squash( betul ke aku eja tu? ) cuma tak berapa best, makanan dia mahal sikit la.. tempat ada class gitu.. harga makanan pon ikut rate hotel. aku tak mampu nak lepak situ. hehehe ! aku bawak bekal je. sebab dah tau. lepas mandi mesti lapor gila. dan.. nak pegi tu.. beli la air mineral siap-siap... kang kebulur macam aku...  haha ! untuk aktiviti selain swimming, harga masuk tu.. aku tak tau. kena check balik kat sana. 

perangai masing-masing
walaupon tak mampu beli gopro.. Alhamdulillah dah, ada handphone Mie yang waterproof tu. walau pon jenuh dok ikut timer die... syukur.. ade gak gambaq dalam ayaq... hahah

Balik dari berkubang.. Seli cakap nak belanja Pizza Hut. Alhamdulillah... rezeki.. lama gak aku tak merasa Pizza Hut. hehehe ! Terima Kasih Seli ! 

tudung aku nampak pelik. mungkin kombinasi warna tak begitu kena. abaikan. aku malas nak gosok tudung lain masa ni. HAHA ;)

orang yang bermurah hati belanja

Lepas je melantak.. Aku ajak Seli dengan Day melepak rumah aku. memang dah bjasa dah kitorang melepak. kadang-kadang saja melepak tengok tv sesama. tu je la.. lepas tengok tv.. memang nampak gaya Seli malas nak balik. tido la umah kitorang. hehe ! sama la situasi nya kalau aku g umah diorang. sembang-sembang beria.. pastu malas nak balik, tido je la sana. walaupon kadang-kadang tak bawak baju... ape ada hal... baju Day, baju aku gak. HAHAHA ! solution kontek lens pon tak risau. sebab.. dua-dua kan rabun.. so.. tak de masalah. 


ok, bye ! =) 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...