expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

31 October 2014

Macam-macam Hal !

Macam-macam hal hari ni.. tak sampai pon 1 hari. baru pukul 8 je ni. matahari tak naik tinggi lagi.. 

Hari ni Mie pegi keja tak boleh bawak transport sendiri. sebab balik ni, dia dah nak bawak balik van company untuk isi barang yang akan dibawa ke Langkawi. dah bawah balik rumah, opkos la untuk isi barangan peribadi. 

Nak dijadikan cerita. Kali ni kawan Mie yang selalu dia tumpang(kalau ada hal sebegini) g tempat keja tu.. outstation la pulak.. jenuh la mencari teksi malam tadik. Mie nak guna apps Mytaxi tu. Tapi.. dia macam was-was. Boleh harap ke tidak sebab nak gerak pukul 7 pagi. kebetulan, dalam handphone aku.. ada lagi no teksi yang aku penah naik masa zaman aku ulang alik Kajang - Terengganu tu. call la malam tadi. Teksi tu cakap ok. Dia boleh datang amek pukul 7. tup! tup! pukul 2 pagi dia sms. bagitau dia tak boleh hantar. call la no sekian-sekian. Pagi-pagi tadi.. Mie call. Teksi tu pulak cakap hari ni dia tak hantar orang.. so, Mie pon call la teksi yang pertama tadi. call banyak kali tak berjawab. aku dah bengang dah. Aku tau Mie nak naik teksi sebab malas nak dengar aku mengadu kena marah dengan bos... asek-asek hantar suami. nak buat macam mana. kitorang ada 1 je keta. kalau tak hantar dia.. aku nak g keja naik apa pulak... tak pe lah.. teksi pon teksi lah. hal peribadi kan.. mana boleh campur dengan urusan kerja. 

Alhamdulillah, teksi tu call balik Mie. Naseb baik, ada lagi sifat tanggungjawab tu. kalau dari malam tadi dah cakap tak boleh datang ambik, tak pe lah jugak. malam tadi jugak kitorang pikir jalan lain nak dapatkan teksi. last minute ni yang sakit hati. semua serba tak kena. Apa apa pon.. Alhamdulillah.. datang jugak akhirnya dan Mie pon otw g Shah Alam tempat keja dia.. 

Dan aku pon senang hati. boleh pegi kerja macam biasa. pastu tak la kena marah dengan bos aku dan aku pon tak payah dipaksa-paksa untuk bercuti (kot-kot lebih dari 4 jam keluar atas urusan peribadi. selalunya boleh keluar atas urusan peribadi, tapi tak melebihi 4 jam la. tapi tu pon atas budi bicara bos la.. kalau bos dah suruh amek cuti, walaupon ko keluar 2 jam je.. kene la amek cuti.. bos kan... )  mood aku nak kerja hari ni. bukan nak bercuti. bunyi macam poyo. tapi ada tugasan kena selesaikan. kang tak siap.. mengamuk lagi bos aku. tak sanggup aku nak mengadap bos tengah mengamuk. tapi, sape yang suka dan sanggup kan?? kepala otak aku memang dok imagine bos aku ngamuk jek.. takottttt !!

Sebagai hadiah, semua urusan berjalan lancar... 

Roti canai banjir 2 keping ! kehkeh ! =) 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...