expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

21 April 2015

Bersederhana


Kamis lepas kitorang balik Kelantan. kampung Mie. ni semua gara-gara gambaq ni..

Ini Medina Zhufairah

Sarah Zhufairah dan Medina Zhufairah
Perghhh ! aku tengok pon terasa meronta nak balik kampung ! kahkahkah ! rinduuuu gilaaa kat Kakak Suchan ni.. tengok gambar ni.. Lagiiiii lahh ! dah la jauhhhh sekarang nihh.. Diorang Kl.. kitorang di Langkawi.. tapi gambar ni kat kampung. Bachok, Kelantan. Kak Long berpantang kat kampung..

Maka.. pulang lah kami Kamis lepas..

Sampai ja pagi Kamis tu kat rumah.. tak de orang lain aku carik.. HAHA ! opkos la Kakak Suchan ! gilaa rinduuu ! sampai jek, terus peluk dia..

"rindunyaaaa kat Kakakkkkk..... "

cium-cium dia..

dia? sengeh jek.. muka macam bangga la ade orang rindu dia. HAHA !

Balik kampung, opkos la Mil aku akan masak sedap-sedap atau pon mengikut selera anak dia.. untuk aku.. aku ok jek.. semua Mil aku masak sedapp.. memang dasar menkedarah kan... =P

Ni antara makanan digemari. rugiii kalau diet. sedappp nihhh .. 
Adik beradik Mie memang penggemar seafood tegar. Balik hari tu.. siap pegi cari kepah. tu paling peberet lah tu.. sanggup pegi Pasar Tok Bali ok. kalau aku.. aku suka udang dengan sotong jek. tak pandai makan makanan lain.. maybe sebab tak diajar dari kecik kot.. ya  lah.. kat rumah memang tak beli seafood ni sebab mak aku ada alahan. so, kitorang makan kan je la. ikan pon selalu makan ikan kecik-kecik jek. ikan besar-besar tak pandai. dah kawen ni la baru aku belajar makan. siang. masak segala...

dekat 10kg kepah la jugak diorang makan. memula beli 3kg rasanya.. lepas tu biras aku kebetulan balik lalu ikut jalan yang kitorang pegi kepah tu.. so, Kak Long pon kirim skali. 5kg ok dia beli! memang makan tak ingat lahh ! nak-nak Mie la. aku mana pandai masak menda ni.. bukan main melantakkk lagi dia..

keesoakan hari, kitorang dah nak balik Langkawi, pukul 3 pagi dia bangun membuang.

Cirit - birit !

dalam masa yang sama, rupanya dia tak keseorangan.. Adik dia Anis pon samaa ! takpa.. berjemaah la korang. naseb bek aku tak makan. aku tak makan sebab ari tu aku makan, muntah-muntah. perut aku tak boleh terima. lepas tu aku dah serik dah . aku makan 2 kali. tu je la.. pertama dan terakhir. memang aku tak nak la..

Kitorang transit kt Klia 2 (dah ghupa obersea dah) sebab tak de flight direct Langkawi - Kota Bharu. disebab kan kitorang sampai pagi di Klia2, flight untuk balik ke Langkawi malam.. so, aku ajak la Day dengan Seli. diorang pon ok jek. amek kitorang, lepas aku bawak kitorang balik ke Semenyih. kira sambil-sambil tengook rumah la..Bukan tengook rumah sangat pon.. Mie yang malas nak keluar asek cerry berry.. melepak la kitorang kat rumah. Day dengan Seli pegi kenduri. Kalau Mie tak cerry berry.. aku pon pegi la kenduri tu.. dah jadi macam tu.. takkan nak pegi sesorang walaupon Mie cakap ok ja dia tinggal kat rumah sensorang.. memang takk la aku nak pegi.. serba salah tauu..

Lepas Day dengan Seli balik dari kenduri, diorang nak ambek la kitorang. plan nya nak melepak kat IOI City Mall.. bukan apa.. senang nanti nak hantar kitorang kat Erl Putrajaya. amek Erl je senang. terusss ke Klia2.Mie pulak tak nak.. takut sakit perut kata dia.. aku memang follow je la.. tapi.. lapar la pulak.. apa nak makan? Mie cakap masak nasi makan dengan telo goreng. hehe! dalam tengah dok basuh periuk nak masak nasi.. Dia suh call Day.. cakap dah boleh datang amek dah.. sebab pikir-pikir balik.. nanti nak bagi kunci macam mana kalau kitorang stay sampai petang, dan Seli pon memang ada hal petang tu. Jiran depan umah pon tak de.. dalam risau sakit perut tu.. gerak la jugak pegi Seksyen 7 Bandar Baru Bangi sebab nak makan sup Urat Keting. Aku suka sup kat situ.. Mie pon redho je.. lepas tu die pon ok.. sebab perut tak sedap kan.. atleast boleh makan sup kat situ..

Sudah makan baru g IOI City Mall. nak tengok Fast & Furious 7. tapi tengok masa tak mengizinkan pulak. takut kitorng rushing or terlepas flight nanti. haa.. satu hal pulak tu kalau jadi macam tu.. tapi dalam IOI City Mall pon perut Mie tak ok.. ada la 2 kali ulang laik g toilet.. kesian pon ada. disebabkan dia macam tu.. shopping pon tak dan. HAHA ! cuma dok mencari tempat nak duduk je kata dia.. tak larat. yea la.. dah cirit birit teruk kan.. badan pon jadi lemah la.. lepas tu pergi la mencar tempat yang boleh melepak minum-minum, sembang-sembang. so, pegi la Teh Tarik Place. lepak je sana sampai petang.

Lama tak melepak suka ria macam ni. lama tak lama pon.. 3 bulan ade la. huhu ! 
Flight kitorang pukul 9. tapi delay setengah jam. Kitorang dengan rasa belegasnyaa,, dan opkos la letih gilo.. aku duduk je.. terus lelap. sedar-sedar, aku dah sampai Langkawi. Muahahah ! letih nyaa ! pastu masa dalam kereta untuk kerumah pon boleh tertido. aku ni , sampai-sampai rumah terus la mandi-mandi dalam mengantuk tu kan.. nak tido.. Mie tak elok lagi perut dia. haihh.. kesian laki aku..

Hari ni, aku terbancuh milo susu untuk dia minum waktu breakfast. lepas tu kena tuka. dia tak nak minum perut tak lagi kata dia. nak minum teh kelat. dari semalam.. dah berapa cawan teh kelat dia minum. tapi untuk hari ni sekali jek. makan pon nak makan bubur jek. alahai.. tapi disudut lain ok la.. senang keja aku! HAHA !

menu tengah hari dan pagi. ni lah ni. senang keja aku gak kan ? hikhikik




Kesimpulannya.. bersederhana lah bila makan. terlampau banyak makan pon tak bagus. tengok.. dah spoil 1 hari.. huhuh !


Ok, Bye ! =)



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...