expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

23 April 2015

Honeymoon Berjemaah Sabah [ Day 1 ]

Bulan 3 lepas aku g hanimun berjemaah lagi. tak lain tak bukan dengan Day & Seli jugak.. memang tak de org lain . sebenaqnya.. tiket ni dah beli dari bulan 6 2014. hahaha ! mula-mula beria-ria nak beli tiket untuk ke Bali. tapi, bila masa nak beli tu.. harga tiket naik. pepaham la Air Asia kan.. dalam 'eberiwan ken fli' tu.. terus tak jadi. untuk mengubat kekecewaan, kitorang decide g dalam Malaysia je la.. ok, pilih Sabah. tengok rega tiket pon ok.. terus beli. jangan ditanya berapa harga tiket yea. opkos la lupa.. taon lepas oii ! tapi yang pasti.. kitorang kalau jalan-jalan semua bajet ciput-ciput jek. tak de la nak hotel yang berbintang-bintang beria. janji murah, dapat baring, dah cukup dah. ala backpakers la kunun nya..

Disebabkan kitorang laki bini dah pindah ke Langkawi. nak tak nak.. terpaksa la amek flight ke Klia2. boleh nak naik kereta or keretapi, tapi kena amek cuti 1 ari dan kos bawk kereta lagi banyakkk dari naik flight.. so.. amek flight ja ler..

flight ke Kota Kinabalu tengah hari. so, kitorang sampai sana pagi la. kira macam transit lah.. hoihh.. dengar perkataan transit macam pegi obersea uolss ! kuikui !



Naik ketebang, tak best ar tak amek gambar macam ni, kan? nak-nak pulak siang hari.. dapat seat tepi tingkap. aku kalau beli tiket, tak pernah nak pilih seat. nak bayar RM10 semata nak tuka tempat tu tidak lah.. redho jek dapat duduk kat mana pon. pernah ja aku dok asing-asing dengan Mie. die kat depan.. aku kat blakang. Die cakap..

"buat apa lah nak membazir ni.. kita ni 1 flight jugak. setakat Langkawi - Kl je pon.. "

hurm..yolahhhhh...

Dari Langkawi dipagi hari.. so, aku ni tak ngantuk la. rasa tak sabar nak sampai Kl. 1 jam tu rasa lame.. so, sepanjang 1 jam tu aku dok amek-amek gambar je la.. hoho!



Sampai kat Klia2, Seli dengan Day dah sampai dah.. ok la.. lepak-lepak dulu.. Day siap bawak bekal sandwich bagi alas perut takut kebulur. sooo swettt !



orang lain sebok cari tempat. aku sebook selfie.. 
Seterusnya.. perjalanan ke Kota Kinabalu makan masa dalam 2 jam. so, dalam flight, aku bosan, sebab aku teruja. HAHA ! poyo kan ? so, aku main tangkap-tangkap gambar lagi. kali ni Mie pon join. Aku tak tau la kalau pegi obersea macam mana. ari tu masa aku g Bandung aku terlelap kejap je.. sebab aku sensorang. takot.. kalau pegi dengan Mie tak tau la apa kitorang buat..


yang boleh aku dok selfie macam ni.. sebabnya dalam flight pasang lagu.. 

"but first, let me take a selfie"

aku pon.. apa lagi.. ni sengeh macam kerang busuk sebab pramugara tu tego. 

"kena dengan lagu laaa "

terus senyum malu, siap Mie gelakkan aku. cehhhh ! 



naseb bek la kali ni diorang naik xde orang yang tak mandi. tahun lepas masa cuti-cuti g Langkawi, Seli duduk sebelah orang tak mandi. 1 jam pon jadi lama la.. sesakk napass.. haha !


Bila diatas ni.. memang tak lepas peluang amek gambar awan.. cantiknyaaa Subhanallah..


Sempat warnakan kuku wei ! tak boleh nak tido lagi waktu ni.. aku tengok Day la.. dok warna kan kuku. pewarna ni halal punya. tapi nak solat kena buang la. siap Mie tolong warnakan sebelah kuku aku. hahaha ! 


last aku tewas. bukan main lagi muka laki aku.. dapat pedajal aku.. yang aku boleh tido ni bukan apa.. masa tu flight asek langgar awan jek. sampaikan aku rasa jantung aku kat atas, aku kat bawah. masa tu aku terbayang MH370 tu. lepas tu, selamber aku cakap kat Mie, (kunun nak ajak sembang la)

"Yang, macam mana la MH370 tu kan.. haihhh ! b rasa jantung kat atas dah ni"

panggg ! aku kena penampaq kat peha...

"Boleh diam tak? apa cakap benda macam ni? "

kena marah beb ! aku rasa orang sebelah aku mesti gelak-gelakkan aku.. dalam masa yang sama mesti dia kutuk aku. aku celupar. kot yea pon nak cakap.. biar la dah selamat sampai, kan? hoihh ! tetibe aku rasa bodohnyee akuuu ! Alhamdulillah laaa.. aku sampai dengan selamatnya.. sebab tu la la aku tido.. senang.. aku tak nak cakap dah. tapi tido-tido ayam jela.. dalam hati... dok istigfar jek..

Dah selamat touch down, Mie cerita dekat Day dengan Seli apa aku cakap masa dalam flight tadik.. dah kena maki dengan Day..

"Bodoh la ko nihh ! "

hahaha ! aku pon rasa bodoh weyy ! ntah macam mana aku boleh slumber cakap macam tu.. muahahaha !



Kami sampai sana, Abang Seli yang datang amek. Kitorang bermalam di rumah abang Seli. tumpang tido sana 1 malam. So, masa tu abang dia cam lambat sikit sampai sebab nak amek anak dia balik sekolah semua.. so, kitorang pon melambatkan perjalanan kitorang. kitorang jadi orang last keluar flight. masa ni nak beratur isi form tu.. aku bawak passport. haha ! sebab passport tak penah guna lagi. nak jugakk la pasport aku tu ber cop. kihkih !

Rumah abang Seli ade la dalam 30 minit dari Kota Kinabalu. rumah abang dia di Tuaran. dekat dengan Rumah Terbalik tuuu.. sebelum sampai rumah, abang dia bawak kitorang dinner dulu. baru ku tahu, Kota Kinabalu sangat pemes dengan kepak ayam.. hoihh ! pestime aku makan beria.. aku tak minat makan kepak. selalu aku makan dada ayam. memang minat sangat dengan isi. tak minat sangat makan tulang temulang. so, kat Kota Kinabalu ni la makan dengan bersungguh nyaa.. sedapppppp sangatttt !


Sebelah Mie tu, Abang Seli. sebijik muka Seli. rasa macam tengok cerita Doraemon Stand by me plak . Nobita sekarang dengan akan datang. ehehe ! macam ni la. so, nak tengok Seli masa tua.. tengok abang dia sudah.. kehkeh ! muka aku tu nampak nau ngantuknya.. tu sebab tak de kening je tu.. betapa effectnya kening untuk muka aku. KAHKAHKAH ! 



Tq , Abang Din dan isteri. Semoga murah rezeki dan dipermudahkan urusan.. :)



Selesai hari pertama merangkap hari perjalanan kami. 


ok, bye ! =)



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...