expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

13 May 2015

Sabah : Desa Dairy Farm, Kundasang


Selesai di Kinabalu Park.. kami ke

Desa Dairy Farm.

Kenapa kami ke sini? Sebab Desa Dairy Farm ni dekat dekat dengan penginapan kami. 1 jalan jek. ikutkan nak pegi check in. sebab dah booking bilik lamaa dah.. tapi tak sampai pukul 2 lagi nak check in pon. pegi check booking semua.. okla.. memang ada la nama aku. fuhh lega.. kalau tak.. siap la aku kena bebel dengan Mie. cuma kitorang tak nak buang masa. lepas check tu turun balik ke Poring dan last skali ke Kelah. next entry ya ! ;)

Desa Dairy Farm  ni opkos aku tengok kat blog Uyah Nazura . lepas tengok kat blog dia baru aku nampak orang lain bergambar kat sini. erm.. maybe sebab aku dah tau tempat Uyah pegi.. pastu bila tengok gambar orang lain.. aku terus dah tau tempat. maybe macam tu la kot. hekhek. Sebelom ni maybe dah penah nampak.. tapi tak tau kat mana.. hikhikhik !



Redhakan la kami berpoyoan disebelah kandang lembu nih.. pakej dengan bau taik skalikk.. 


Kundasang. Lawaaaa ! 


Ni pintu masuk. erm... masuk sini pon kena bayar tiket yer... RM8 sekepala. maaflah untuk kanak-kanak aku tak tau..










Best kan view dia? mendamaikan.. tenang jek.. mata pon rasa sehat.. ecewahhh aku cakap bab sehat pulak dahhh ! erm. parking kat sini luas.. jangan dok risau kot-kot susah nak dapat parking pulak nanti..

Selain kita tengok keindahan padang ragut ni.. dalam ni ada tempat perah susu lembu, ada jual susu, tshirt senang cita ada kedai cenderamata lahh..










Tengok susu yang display.. uhhh ! rasa aku ni sehattttt ! susu ni semua freshhh ! rugi plak kalau tak beli kan. sebab takde kat tempat len.. so, beli la seadanya.. tak la beli sampai tak ingat dunia tu.. beli sorang satu jek.. pastu kan.. aiskrim dia.. sedappp woahhh ! serius ! kena try! aku hari tu konon dah sejuk.. pastu aku memang selesema.. so aku tak nak la makan aiskrim. sekali Day beli aiskrim.. pastu share la.. rasa sorang sikit.. perghh ! sedap baq hanggg ! cuma jadi malas nak beratur balik g beli jek.. tak pe lah.. atleast dah merasa.. kan??



ni tengah makan aiskrim la ni.. 



Selain jualan susu dan cenderamata.. dipersekitaran tu opkos lah ade kandang lembu. tempat perah susu segala.. kitorang hanya pegi kedai cenderamata tu jek. lepas tu dari kedai tu.. nampak la alat-alat untuk perah susu tu. hanya tengok dari situ jek.. ada orang jalan-jalan sampai betol-betol ke kandang dia. kitorang tak jalan sampai situ pon.. kitorang just jalan-jalan area padang ragut nih.. dah raaaaaaaamai gilaa orang bergambar.. tu dah termasuk kitorang lahh.. gila x bergambar? cantekkkkk yang amatt ! dengan cauca sejuk... memang best !




3 gambar ni ada lah lokasi wajib KENA bergambar bila datang sini. hahahaha !



Ok, Bye ! =)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...