expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

12 May 2015

Sabah : Kinabalu Park (Gunung Kinabalu)

kaki gunung je yer.. bukan puncak gunung. puncak gunung tak tau la bila dapat peluang. tapi niat tu dah ada. aku tunggu green light Mie ja..

Kinabalu Park.
Ni tempat wajib bergambar kalau datang sini.. kalau tak caya, ce tengok blog-blog lain. hehe

Dah nama Gunung Kinabalu, harussslah jalan bengkang bengkok. tapi jalan dia.. tak boleh celenn bengkang bengkok Wang Kelian lagi.. Wang Kelian ka.. yang duk belakang ni.. memang macam duk dalam mesin basuh.. seriusssss.. walaupon pakai seat belt. Kinabalu ok lagi. untuk aku lahh ! tapi kalau kaum senang mabuk.. better spare minyak angin ke, balm ke, buat hidu tak bagi pening. contoh aku bagi pon tak jauh. Si Day ni je la. jalan benkang bengkok dia memang la mabuk. kalau tengah naik bukit, jalan bengkak bengkok pulak.. tengok dia tutup mata sambil dok hidu minyak angin ka.. pepaham ja la.... aku naseb bek la bukan spesis tu.. Alhamdulillahhh.. ihihi

Naik ja. Seli saja suruh benti kat toilet kat sini.. rupanya.. dia nak suruh kitorang merasa air kat toilet ni. sejukkkkkk gilaaaa ! serius macam air dalam peti ais yang ko buat minum tu.. 

tu bangunan kuning tu toilet. macam biasa lah.. kalau dalam tempoh menunggu.. aku ni tak boleh duduk saja. mesti 'buat perangai'.. hihi


Ni masa nak mendaki. mendaki la sikit. sikit-sikit pon Day semput la jugak.. kihkih. tak sampai 1km pon tempat parking dengan pintu masuk tu. tapi dah berbukit-bukit.. penat gak la.. basah cik keti walaupon sejuk. untuk memudahkan pendakian yang tak seberapa, jalan ja mengundur. tak penat sangat. 


Masa mendaki tu, nampak pulakk view ni.. tuuu atas tu.. Puncak Gunung Kinabalu la tu..


Akhirnya, sampai jugak. tak pa lah.. walaupon hanya di pintu masuk. mana tau.. esok lusa aku sampai puncak pulak kan? aaaminnnn ! nak sampai puncak Gunung Kinabalu adalah salah 1 benda yang aku nak buat dalam hidup. atleast sekali. untuk kepuasan diri sendiri. 



 Kat board blakang tu tertulis la rekod pendaki-pendaki yang berjaya menakluk Gunung Kinabalu. oh ! bukan semua yea.. pendaki terpantas la. kalau aku, daki.. 3 hari baru sampai.. jangan la nak mimpi nama terpatri disitu..


Timpohan Gate merangkap checkpoint 1.

Ni tempat paaaaaaaling jauh la untuk pelancong sampai. Tak boleh masuk dah. yang boeh masuk hanyalah pendaki. 

masa ni, bersemangat nauu somi aku ni.. nak daki. mungkin terkobar-kobar sekali dengan semnagat brader-brader yang tengah bersiap sedia nak ke puncak tu..

 siap cakap.. nanti nak datang lagi. tapi masa tu datang sebab nak hiking. ok lah somiku.. nak hiking jangan lupa ajak isteri. isteri pon teringin. bukan apa. nak buat rekod peribadi. atleast penah la jugak sampai puncak Kinabalu tuu..


Timpohan gate ni ada 2 tingkat. kat atas ni boleh la lepak-lepak. kat bawah tu.. nampakkan 6 brader tengah standby tu? brader-brader ni dah nak start hiking.. 


Ni pulak pemandangan sekitar Pondok Timpuhan tu.. nun jauh disana.. Puncak Gunung Kinabalu.. 


Masa kitorang nak balik.. ada sorang akak ni tengah tunggu team dia nak naik Kinabalu. Siap mintak tolong Day amekkan gambar. tanya perasaan akak tu.. dia cakap dia tengah nebes. tapi tengok luaran.. nampak la akak tu fit. mesti akak dah sampai atas dah kan.. tahniah yea kak... budak gemok ni tak tau bila la dapat naik.. sob! sob!


ok, masa turun balik.. jalan macam biasa ja. ko jangan mengada nak jalan mengundur ehhh .

nak masuk Kinabalu Park  ni kena bayar yea.. Rm 6 seorang. dan jangan buang pulak tiket tu lepas naik.. Tiket boleh digunakan pulak nak masuk Poring nanti.. 


Bye Kinabalu Park ! moga berjumpa lagiii !! In shaa Allah... 




ok, Bye ! =)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...