expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

13 July 2015

Ramadhan 1436

Assalamualaikum !


Berapa hari ja lagi kita sambut Ramadhan kan? tak lama dah Ramadhan nak tinggal kan kita.. :(

Blog ni pon lama jugak tak berupdate! kihkih ! mest korang ingat aku busy menjahit baju raya ke, buat kueh raya ke.. berniaga di param ke.. hihi! nonn hadoooo! aku tak busy ponnn !

Bila aku kenangkan Ramadhan.. kadang-kadang rasa kagum dengan diri sendiri. yea lahh.. dulu masa bujang.. aku mmg bangun hujung-hujung je nak imsak. aku sahur ape je pon.. dengan air masak jek.. sebab aku tak selera sangat nak makan masa sahur tu. amek syarat je orang kata.. haa.. sekarang dah kawen.. aku siap boleh bangun pukul 4 pagi.. goreng ayam/telor atau panaskan lauk malam tadi.. tapi selalunya.. Mie makan simple sangat . Kalau dia berselera, dia makan nasi dengan ayam goreng atau telor goreng jekk. tak de mintak tetiba waktu sahur nak kena ada sayur sejenis, lauk sejenis, ulam ulaman, pecuci mulut.. Alhamdulillah tak de.. hahaha ! tu kalau dia berselera. kalau dia tak selera, senang jek.. dia mintak telo separuh masak 2 bijik. tu jekk.. memang mudah keja aku lahh.. haha !

Untuk berbuka pulak.. seyes, minggu pertama je aku beria masak. masak pon.. masak menu tengah hari. sebab kitorang berbuka memang makan nasi.. minggu kedua, Mie dah ajak aku pegi param.. nak-nak pulak param dekat gila dengan umah aku. jalan kaki 5 minit dah sampai dah.. so, memang ke param je la sampai lah ke ari Selasa. Rabu kitorang dah nak gerak balik Kelantan. aku tak tau faktor Mie asek ajak aku pegi param. samada dia rasa aku masak tak sedap, atau dia kesian kat aku.. sebab asek terperuk ja dalam rumah 1 ari.. bila pegi param.. atleast bila keluar param sekejap.. kulit aku kena la jugak matahari ! hahaha ! maybe la..

param Pekan Kuah, Langkawi

ape je yang aku buat kat rumahh ??? ntahh.. buat keja hakiki je la kot.. kemas rumah, basuh/sidai/lipat baju.. tu je la.. yag lebih nya.. memanjang online.. layan Fb/instgram/blog . bunyi macam rilek gila je kan??

Seyes aku dah BOSAN ! hahahaha !

malam tadi aku cakap kat Mie.. aku nak keja lah.. bosan dah.. dia boleh suh aku bagi sebab untuk aku bekerjaa.. jawpaan aku.. sebab aku bosan, lama tak pegang duit sendiri nak shopping. haha ! seyes lain feel dia kalau ko shopping guna duit sendiri dari ko mintak dengan laki ko. kepuasan berbeza wehh ! seyess ! tak pe lah.. tunggu je la nanti. ada rezeki, dapat kerja. aku kerja...

Tahun ni tahun pertama puasa di bumi Langkawi.

Memandangkan rumah aku memang betul-betul dalam pekan Kuah nih.. memang terus rasa pelik. pelik apaa.. pelik.. sebab tetiba pekan yang ramai pelancong ni.. tetiba sepi.. yea lahh.. rombongan Cik Kiah mana nak datang Langkawi musim bulan puasa ni.. (untuk pelancong Melayu Islam) tapi ada ja aku tengok pelancong asing datang.. bagi aku kan.. untuk yang bukan beragama Islam.. datang la Langkawi musim-musim bulan puasa ni. tenang gilaaa ! ko nak shopping pon senang. lengang jekk.. petang-petang boleh pegi aram shopping makan. special je rasa.. makan tengah hari boleh makan kat kedai makan cina or fast food la. malam banyakk je restoran bukak..

kedai-kedai pon tutup awal. masa ni jalan kaki nak g param

pekan Kuah di bulan Ramadhan
sibuk Pekan Kuah ni, takde la jem memanjang macam KL tu..

erti sibuk Pekan Kuah ni, bila dah tak de parking. haha ! parking penuh.. pastu bas berduyun-duyun berhenti turunkan penumpang. tu erti sibuk Pekan Kuah..

Tahun ni kami beraya di Kelantan. memula plan nak naik flight jek, tapi mahei lahh pulakkk tiket musim-musim perayaan nih. buat kira-kira, bek naik kereta je la haii.. so, puasa pertama dah pegi booking nak kuar kereta. cadangnya memang nak keluar 2 hari sebelum raya. rupanyaaa.. dah full ! start minggu hari raya tu dah full bookingg! wahhh ! ingatkan tak ramai orang nak bawak keluar kereta.. rupanya ramai jugakk.. so, kitorang kuarkan kereta awal seminggu tinggalkan kereta di rumah makabah aku kat Kangar. bayangkan orang yang tak de tempat nak parking kereta.. sah-sah kena sewa parking.. duit lagiii ! raya punya pasal kan?

Baju raya? tahun ni aku dah shopping awal-awal dah baju raya sebelum puasa. kebetulan aku g Kajang bulan 6 ari tu.. bulan puasa kitorang tenang-tenang jek.. cuma baju aku, aku mintakkan Day tolong beli kan sebab masa aku pegi ari tu takde size aku. dah selamat sampai dah pon baju tu. so, taon ni kitorang xde berasak-asak pegi tempat shopping..

ok.. sebelum ke jeti, kitorang shopping dulu barang-barang orang jauh kirim..

ni memang benda wajib. haha

ok yang ni takde orang kirim. tapi Mie saja gatal nak beli. nak isap secara berjemaah kata dia.. 
so, semua barang ni kecuali coklat.. kitorang memang dah siap-siap masuk kereta. baju-baju pon dah settle masuk kereta. tinggal yang nak pakai je akan dibawa ari Rabu ni.. settle je shopping.. kitorag terus ke jeti.. 

sebelum keluar, kena lalu kastam dulu. WAJIB

aku ingatkan dia check biasa-biasa jek. rupanya detaik jugak.. naseb bek kitorang takde la nak bawak keluar barang banyak-banyak.. mcm kain batik samapi 2 kodi ke.. rokok 5 kotak ke..

masa ni dah nak nek feri dah.. kitorang orang ke dua. awal gak la kitorang sampai. tengok kat belakang, panjang jugak barisannye.. . 
Lama jugak dalam feri. 2jam setengah kalau tak salah. aku dah bosan. aku asek tido jek dalam feri.. sambung tido.. tak teruja sangat nak bergambar sebab cuaca mendung..

Sampai di Kuala Perlis, dalam pukul 4 macam tu.. terus beli tiket balik Langkawi memandangkan esok Ahad Mie keja. so.. bergegas balik umah parent aku.. amek Abah aku.. pastu hantar kitorang ke jeti semula.. naik feri 1 ari, ari nihh ! balik pon tidooo jugakk ! haha !


Selamat menyempurnakan ibadah di bulan Ramadhan
&
Selamat menyambut Syawal

Maaf Zahir & Batin 



**ni pengalaman pertama bawa masuk kereta ke Langkawi SINI

2 comments:

cik hani said...

alahaii..tak pernah ke sana lagi..
kalau ke sana memang havoccc la kami shopping.
kami gila coklat

Shela Abdrohman said...

hehe! ade rezki.. datang la.. honeymoon sini.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...