expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

02 August 2015

Jalan-jalan Cable Car , Langkawi !

Masa cuti sekolah awal taon hari tu.. (tak pasti bulan 3 ke bulan 4) bawak adik-adik perempuan aku (yang lelaki tak ikut) jalan-jalan Langkawi. tapi tak jalan banyak tempat. bawak pegi Cable Car jek.. nape tak bawak jalan-jalan g tempat lain? sebab nak 'simpan' sikit bila nanti Mak Abah aku datang, tak la budak-budak ni jadi 2 kali pegi.. so, bawak je 1 tempat.. haha !

ragam dalam kereta.. namanya perempuan.. haa tuuu.. macam-macam ! perut aku macam burger?  lantak laa.. malas nak crop ..:P
Untuk trip ni.. kali ke 2 aku naik Cable Car nih. 1st masa Honeymoon Berjemaah Langkawi  


Budak-budak ni beria nak naik Cable Car. sebab adik aku si Amid tu (yang belakang tengah betulkan tudung tu) pernah la datang dengan kawan-kawan sekolah dia.. tapi tak de rezki nak naik Cable Car. hujan la.. kereta rosak la.. apa laaa.. haha ! 

Buat masa sekarang, aku memang tak pernah lagi bercuti dengan family. yea la.. ada 3 orang lagi tak kerja.. bajet kakak dengan abang agak ciput lah. tunggu la hampa 3 dah kerja sok.. senang la.. kumpul duit sorang sikit.. heheh ! 

Sampai Cable Car, cuaca memang panaihh lit lit orang utagha kata.. kalau bawak budak, memang disyorkan supaya bawak la payung ka apa.. panas sangat takut demam plak.. 

memang dia tu over :p
aku dengan adik aku 2 orang ni beza 10 taon. yang last tu 14 taon. masa zaman aku sekolah.. diorang ni kecik lagi.. lepas tu.. masa diorang membesar, aku jarang ada dengan diorang sebab aku sambung belajar, pastu kerja jauh pulak. hikmah sekarang aku dah pindah Langkawi.. aku makin rapat la adik beradik. sebab kerap jumpa. kerap jumpa dan kerap bergadoh la.. opkosss.. hehe ! 

Dulu sembang-sembang sekejap je.. gosip pon aku tak tau sangat. kira ketinggalan la aku ni sekarang.. alhamdulillah.. sekarang aku tak la ketinggalan macam dulu.. haha ! lagipon dulu mana ada whatsapp kan? sekarang dah ada whatsapp lagi erat la orang kata.. gosip-gosip pon ada jugak.. bila kekadang Mie outstation.. memang aku balik rumah Mak Abah aku la..

Adik aku yang tudung biru tu aku panggil dia Amid tu... (nama sebenar Hanim. dapat nama Amid sebab adik aku yang last tu.. yang tinggi dari kami semua tu.. masa tu dia pelat.. nak panggil Hanim, keluar Amid. nama Amid aku dengan adik aku no 2 memang lekat kami panggil Amid sampai sekarang) sampai dia buat pengakuan.. 

"masa aku zaman sekolah, aku tak kenai hang kak.. " 

hahaha ! yo lah.. kalau dia tak kenai aku.. aku pon tak kenai dia.. haha ! ya la.. waktu membesar ni la kita nak kenai adik beradik kita kan? macam aku kenai adik bawah aku. tapi tak best la. sebab adik bawah aku lelaki. geng dengan adik lelaki dengan adik perempuan berbeza.. hikmah la jugak ni disebalik penghijrahan ke Langkawi ni . dan kerap balik umah Mak Abah. hihi !

yang tinggi tu si bongsu.. bila hangout macam ni.. haa.. tak nampak dia bongsu dahh ;')

masa ni nak beli tiket. rilek-rilek je depan ni sebab orang tak ramai. abaikan anak gajah baju kotak-kotak tuh.. kihkih
masa datang dengan diorang ni la baru aku tau.. skarang dah ada skydom. patot la orang tak beratur panjang kat atas ni. masa aku datang ari tu.. panjang gila beratur kat sini. sejam pon ada.. dah la berdiri. kalau orang tua.. kesian nye la hai.. aku rasa.. sky dom ni diwujudkan untuk mengelakkan orang berbari panjang. sementara nak tunggu turn naik cable cab.. masuk skydom ni dulu. 

sekarang dah tak risau lenguh berdiri. boleh duduk-duduk sebelum masuk sky dom. 
 Masuk sky dom macam ko masuk panggung wayang. tapi bukan tengok movie la. nak tau tengok apa.. tu kena datang sendiri :P sekejap jek masuk situ. dalam 15minit kot..  lepas tu.. yess ! jomm naik sky cab !!
nak naik kena beratur dulu. 


perangai sangat .. 

kami 3 takde penyakit gayat. haha ! penyakittt :P 
masa naik sky cab ni, kitorang naik berlima. ada couple depan kitorang tu. dari Selangor katanya.. siap tanya kitorang ni.. 

"belajar sama ke? "

HAHAHAHA ! gelak besar aku ! untung la aku.. aku masih berlajar sama.. 

nampak macam aku sebaya je ke?? hahahaha ! kesian Adik.. dah la dia paling muda.. dah nampak tua :P 

nampak sikit couple tu.. haha !
Binti Abd Rohman. tapi muka tak sama . kan ?? 
Pemandangan Langkawi dari atas.. hijauu jekk.. gambar jadi blur skit sebab aku lupa nak lap lens kamera aku tuh.. 

cantek ? :)



Layan kan je la kitorang wefie.. jarang nak dapat wefie macam ni.. melainkan hari raya.. aku lagi banyak wefie dengan kawan sekerja aku berbanding adik beradik. sebab ? opkos la dah nama kawan sekerja.. dah ari-ari jumpa.. adik beradik aku jarang jumpa.. haha !





Perangai sangat si Amid tu .. tunggu la nanti masa dah ada duit sendiri bleh g jalan-jalan sama-sama. aku dengan adik-adik aku ni sama ja.. suka berjalan... 


ok, bye ! =)

3 comments:

cik hani said...

wahh...syoknya jalan-jalan.
saya tak pernah sampai langkawi lagi..

uwarghhhhhh.. nak pergi jugak.
nak paksa suami..hahaha

NabilaHasyim said...

Cable car, ensuami nk sgt naik klu pi langkawi nanti..amin

Shela Abdrohman said...

cik hani : meh la datang Langkawi.. boleh borong periuk skali .. hihi

nabila : bestt naik cable car ni. berbaloi baloi ! :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...