expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

01 August 2015

Sabah : Rumah Terbalik

orang cakap.. kalau pegi Sabah, macam tak lengkap kalau tak pegi rumah terbalik. aku pon opkos la teringin nak pegi. selalu tengok orang je kan.. nak tengok apa yang istimewanya rumah terbalik selain semua barangan dia terbalik la..

destinasi rumah terbalik ni tepi jalan besar je uols

ni kawasan parking. aku rasa macam cinonet jek.. aku tak tau datang time cuti sekolah, macam mana

Ayuhh lah kita membeli tikett ! 
nahhh.. aku tepek harga tiket. aku tau.. mesti nak tau rega tiket kan ?? 
Lepas bayar tiket, moh ler kita masukkk ! kitorang pegi bukan masa musim cuti sekolah. maybe sebab tu la lengang kottt.. 
akhirnyaaa ! ohhh ! ini lah rumah terbalikk ! 
Untuk masuk ke dalam rumah ni.. rupanyaaa.. tak boleh amek gambar dalam rumah tu.. bawak camera boleh la.. tapikk.. tak dibenarkan amek-amek gambar. geri geri anda akan dipantau oleh petugas disitu.. masuk dalam rumah ni, kena group by group. dia tak bagi masuk serentak ramai-ramai orang. ko tak geng dengan aku.. ko masuk dulu. aku and the geng masuk kendian. macam tu la lebih kurang cara dia.. geng ko keluar, baru geng aku masuk.. haa cenggitu ar.. 

Sementara nak tunggu geng tak kenal tu selesai masuk dalam tu.. ada la tempat, boleh la amek-amek gambar.. terbalik jugak menda alah kat sini..

Dua budak gemok :P


Apa yang ada dalam rumah terbalik ni?? 

opkos lahh segala macam perabot dan kelengkapan terbalik. dah nama pon rumah terbalik kan. aku rasa istimewa bila ada jugak orang pandai pasang segala macam benda dalam rumah dalm keadaan terbalik. yea lah.. salah pasang, boleh jatuh dan rosak. contoh, gelas. kalau salah pasang.. bila-bila masa boleh jatuh atas kepala.. graviti. tak gitu ?? 

amboi.. garangnye aku cekak-cekak pinggang plak.. dah la pinggang tak rampinggg ! :P
Lepas puas bergambar kat sini.. baru la staff panggil masuk. kat sini 1 group, akan ada 1 staff akan escort.

okayyy ! kita dah nak masuk rumah terbalik dahhh ! yeayy ! :)
setakat ni je boleh amek gambar. bukak je pintu tu.. dah tak boleh bergambar dah.. segala apa yang ada dalam rumah tu.. ko ingat sendiri jek.. tak boleh amek gambar yea... 

dah selesaii ! sekejap jek dalam tu. tak sampai 30 minit rasaya.. apa yang ada dalam rumah tu? semua benda terbalik tu je la jawapan aku.. hihi ! 

Pandangan dari selepas keluar dari rumah

 
Lepas keluar dari rumah tu.. ade la.. tempat parking kereta kononnya tu.. 

nampak bayang-bayang aku selfie tu.. aduhaii huduh nau.. tapi bila nampak dalam gambar.. biasa je kan? hahaha


Day cakap kat aku.. maybe taon-taon akan datang.. kitorang macam diorang pulak.. aaminnn :')
tengah tunggu turn nak bergambar. alahai, bang.. ko boleh pulak jawab phone kat situuu .. 

hanimun berjemaah versi Sabah ! 
Kat sini kiranya lokasi terakhir la dalam kawasan rumah terballik ni.. tak besar pon kawasan nye. ngam se buah rumah dengan sedikit laman.. untuk keluar, kita memang akan keluar mengikut kedai cenderamata. untuk kami berempat.. tak beli ape pon.. hihi ! 




sabun aromaterapi
tshirt rumah terbalik
poskad pon ade
sape yang suka kumpul fridge magnet, mesti suka ni.. 
cafe pon ade jugak.. sebelom balik.. kot nak makan untuk alas-alas perut.. sesuai lahh. 


nak jugak ada gambar kat sini.. panas pon panas lahhh 
Kalau tanya aku.. nak datang lagi tak.. hurm.. takkk kot.. cukop la sekali.. atleast seumoq hidop aku dah pernah datang.. sebab bagi aku.. biasa saja. jangan marah aku.. pendapat aku jer ni.. tapi kalau dah datang Sabah, tak masuk rumah terbalik pon tak boleh jugak.. kena jugak merasa masuk walaupon sekali.. 

Alhamdulillah.. selesai 'hutang' aku untuk hanimun berjemaah Sabah walaupon lambat. hehe ! 

Byeeee !!! Sabah !! ada rezki kami datang lagi !! 

ok, byee ! =)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...