expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

22 October 2015

Cerita Pasai Kopi

Ntah sejak bila aku suka minum kopi. bukan tahap suka ja.. tahap SANGAT suka.

sebelum pegi Ho Chi Minh lagi aku suka. bukan semata-mata penangan kopi kat sana jek. tapi kopi sana pergh.. memang betoi sedap ! sampai sekarang dok terlioq..

sebelum ni aku tak heran sangat pasal kopi. tapi bukan lah sampai aku tak minum langsung. minum jugak . tapi tak de la sekerap sekarang. sekarang ni hari-hari woi ! nak-nak pulak dapat Kopi O' Seri Kawah ni.. lagi mudah kerja aku. sedap pon sedap. sedap maksudnya di sini.. kena dengan tekak disamping memudahkan kerja aku. hekhek !

Aku penggemar kopi kampung jekk dik nonn ! kopi yang 3 in 1 tu aku tak layan. Nescafe pon tak layan.

Sebelum ni aku minun kopi Che Nah . haha ! sapa yang duk area utara tau la kopi ni.. memang pemes la area utara. sedap dan murah (semestinnya) tapi yang tak berapa best.. bancuh kopi Che Nah ni kena jadi 'rajin' skit ar.. nak kena tapis bagaikan.. boleh je nak minum tanpa tapis.. tapi aku lagi suka bertapis.. tak de serbuk-serbuk melekat di gigi ! ekekek !

Sejak kawen ni.. FIL aku memang penggemar kopi. so, tengok kat dapur MIL aku.. Kopi O' Seri Kawah ni macam menarik ar. sedap dan memudahkan kerja.

ni ha rupa dia.. hambek kauu sekali harga kau basitauu 
Murah je kan?

mampu sangat sapa-sapa nak beli..

Apa yang memudahkan kerja tu kan ?

ni ha.. dia dah siap paket macam teh 
Letak dalam mug

Letak air panas.. biar dia kembang sat.. letak gula/susu pekat.. SIAP ! 
sebab tu aku cakap senang kerja ! sebab dia paket-paket macam teh ! yang penting TIADA gula ! ohh !! senangnya hidupkuu ! proses pembancuhan kopi ku semakin pantasss ! pastu tak guna banyak bekas ! hahaha ! dasarrr pemalassssss !

sejak duduk Langkawi.. banyak kedai gak kitorang cari kopi jenis macam ni. hampa.. memang tak ada ! area Perlis pon pernah cari.. Alor Setar pon.. tak jumpa-jumpa !

Sehingga lah baru-baru ni kawan kitorang dari Terengganu datang. kitorang mintak tolong dia beli kan ! asalnya nak beli 10 bungkus.. hampa lagi.. ada 4 bungkus jek.. jadi lahh ! dari takde langsung kan..

Pelik dia.. kenapa sampai macam tu sekali order kopi.. sebab kopi kuat ke ape..

tak de lahh ! kopi ni mudahkan kerja.. sedap, senang, pantas ! kihkihhh !

Kalau tak salah aku, aku Terengganu ja ada kopi ni..

alahaiii.. matilamaknakkk ! nak pegi Terengganu semata nak beli kopi nihh !!

pastu tak semua kedai plak tu yang ada.. hurm... aku rasa la kan.. tak lama lagi kawan kitorang tu kena tolong pos kan kopi ni kat kitorang ! vavavava ! kenmain kauuu ! kopi dari Terengganu ! nih, kalau kitorang pegi Terengganu.. aku berani jamin lahh ! confirmm punyaaa beli kopi ni banyak-banyak buat stokk...

Dulu boleh la MIL aku selalu pergi Terengganu dok antar SIL aku belajar kat UiTM Dungun tu.. sambil-sambil singgah beli kopi ni kat Marang. Sekali beli memang banyak la.. pastu bila kitorang balik Bachok, pastu nak balik ke rumah masing-masing.. dia siap bekalkan untuk setiap orang anak dia yang dah kawen kopi ni..

Disebabkan dulu aku bukan penggemar kopi.. maka bertahan la kopi tu dalam 6 bulan macam tu.. sebab Mie ja yang minum.. sekarang ni tidak lagi.. aku ni kalau boleh kena pekena kopi hari-hari. sejak bila ntah suka kopi nih.. aku syak.. sejak pertambahan usia.. koh! koh! koh!!!

Ok, bila dah bancuh kopi..

Amek biskut ni.. lepas tuu cicah dengan kopi o ! perghhh ! nak-nak waktu hujan.. yummehh !! 

Aku boleh je makan biskut ni jek satu ari. tak yah makan nasi.. haha !

eh, kalau korang pernah jumpa kopi ni area utara.. habaq mai na.. senang aku p beli.. tak payah pos-pos bagai..



ok, bye ! =)


**ini BUKAN iklan berbayar **

1 comment:

Zie Azi said...

pehhh..mmg sedap kopi. biasa beli kopi hang tuah @ aik cheong.
sekali minum kopi tb2 rasa nikmat walapun warnanya hitam..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...