expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

22 October 2015

Dah Dapat Kunci Rumahh !! Yippiii !!

cewah.. tajuk macam aku dapat kunci rumah sendiri.. padahal....

RUMAH SEWA je ponn ! kahkah !

mesti macam pelik.. kejadah apa plak sampai aku ni rasa excited.. rumah sewa je kot.. lain la kalau rumah aku sendiri.. heee ! bukan apa.. sejak bujang sampai la ke sekarag aku dok rumah yang bukan atas tanah.. masa menyewa.. duduk flat tingkat 3. lepas tu pindah rumah aku kat Semenyih tu tingkat 4. semua tu naik tangga ok.. tak de lift.. bila duk Langkawi ni.. rumah yang sekarang ni.. rumah kedai. masih bertangga.. tapi setingkat je la.. rumah kedai betul-betul pekan Kuah ni. depan Haji Ismail Group.. haaa.. mesti nak cakap aku hangkut coklat kan hari-hari kan ??

yang aku jadi excited tu.. rumah sewa kitorang tu rumah teres ! yeayyyy !! gila tak excited ??!

Malam tadi lepas maghrib pegi rumah yang kitorang nak sewa tu. dalam 10 minit perjalanan. sebab tak jem kan. 10 minit je la.. jalan lancar jek.. tapi kitorang dah rasa jauhh dari Pekan Kuah ! hehe ! selama ni duk dalam pekan. cerah la dengan lampu-lampu. pegi supermarket or pasar pon.. dekat jek.. tak dan panas pungkoq orang kata.. dah sampai rumah..

nanti dah pindah.. jauh la sikit.. merasa la sekejap panas pungkoq tu.. erm.. tak panas sangat.. maybe suam.. ekekek !

Macam mana aku boleh dapat rumah sewa ni?

Facebook.

kuasa Facebook. bila kita menggunakan ke arah kebaikan.. makan kebaikan lah yang kita dapat..

Tak sangka dapat rumah cantik & bersih. ALhamdulillah.. siap perabot kecuali TV. Peti ais, mesin basuh, katil, tilam, untuk 3 buah bilik semua lengkap. sofa, seterika.. senang cita masuk bawak baju jek.. sewa sebulan RM550. aku rasa mahal. sebab selama ni tak pernah bayar sewa sebanyak tu.. tapi kalau pikir market sekarang.. dikira berpatutan.. yea lah.. sebab sekali perabot kan.. ok la.. alah membeli menang memakai.. so,kat rumah ni rasa semangat nak buat makan-makan. tapi.. tak de kawan-kawan pulak. melainkan ajak kawan-kawan yang kebetulan bercuti di sini, singgah la datang rumah kitorang !

Cuti sekolah ni tak tau samada adik aku nak datang lama ke tidak rumah aku nih. dia pon boring. kalau ada anak..boleh gak bergaduh dengan anak aku.. hahah !

Nak tengok takkk ?? kemain kauu mentanng-mentang rumah sewa cantik bersih..

aku terujaa ! alahh rumah sewa je pon.. bukan harta sendirik..


ruang tamu.. hijauuu uolss 


Ruang makan dan tempat gosok baju 

Ni lorong untuk ke dapur. aku rasa nak sidai baju ja kat sini. senang sidai kat dalam rumah

Dapoq. luas dan bersih. aku risau bab dinding dia tuh. putih bersih. aku ni dah la hari-hari masak.. rasa berat tanggungjawab ! selama ni dapur aku mengadap tingkap.. kali ni tak tau macammana nak ubah tak nak la nanti kuning dinding tu.. 

Bilik pertama

Bilik kedua
 Aku sendiri tak tau mana satu master bedroom. sebab nya.. bilik pertama ada ekonn.. bilik kedua ada toilet dalam bilik.. kalau ikut kan aku.. aku suka bilik yang ada toilet dan ekon . senang kalau orang datang ke.. bila mandi.. mandi dalam bilik je.. keluar bilik kita dah siap.. tak de la nak pakai baju dalam toilet ka apa.. aku tak berapa suka sangat macam tu.. tapi kalau p rumah mak aku ke, adik beradik ka, sedara mara ka, kawan-kawan ja.. aku ook je,, aku cakap ni berdasarkan kehendak sendiri. toilet kat luar pon aku boleh hidup ler.. tak mati aihhh... cuma aku cerita apa yang aku suka la.. apa yang aku selesa.. jangan salah paham pulakkk ! sat g kata aku ni belagak kaya..daq aihhhh ! ni kira bilik aku toilet aku rasa best gila dahh ! macam mimpi jadi  nyata.. cam tu lahh perasaan aku.. ingat naa.. jangan salah pahammm ! :P

Ni toilet dalam bilik. bersih yang penting nya

Bilik ke tiga. haa.. siap ada tilam spare.. sesuai sangat la kalau sedara mara nak mai rumah aku. 
Bilik mandi 

Jamban 
 Haaa.. ok kan rumah sewa yang aku nak duduk ni?? Untuk orang yang dah lama duduk flat macam aku.. memang excited lahh ! yea la.. nak duduk rumah atas tanah weyy ! rasa syukurr sangat tuan rumah pilih kami untuk duduk. Sebenarnya rumah ni homestay.. sebab tu ada segala perabot tu.. tuan rumah malas nak jaga homestay sebab dia cakap.. kadang-kadang bila hari cuti.. waktu dia nak keluar dari Langkawi.. waktu tu la orang nak sewa homestay.. so, dia maca susah nak keluar. dia pon nak bercuti jugakk ..

rumah cantik , bersih macam ni.. opkos la dia sayang. dia bagi sewa pon.. dia pilih orang.. dia cakap ramai yang nak menyewa. tapi dia tak terbuka hati nak bagi. tambah-tambah anak ramai.. ok.. aku paham kenapa dia pilih kitorang.. mesti la sebab kitorang takda anak ! wuwuwu ! kalau ada anak kan takut anak conteng dinding ka apa.. nak-nak pulak kalau anak ramai.. tapi tu lah..

jangan la cakap
"kenapa ingat anak ramai tak reti jaga rumah ke? " susah aku nak jawab tuh.. atas masing-masing.. lagi senang cerita.. dah rezeki kitorang..

orang tak da anak rezeki dia macam ni.. orang ada anak rezeki dia macam lain.. rezeki masing-masig la kan ? rezeki kita kata kan tak sama...


Semoga di kediaman baru mengukir memori yang lebihhhhhh indahh.. In shaa Allah . 



ok, Bye ! =)


7 comments:

Unknown said...

Wooot...wot
Seronok ooooo umah besar
-rosyacomel-

Shela Abdrohman said...

tersengeh-sengeh akak baca nama yang bagi komen ni.. kihkihkih

Qalesya fadzli said...

Wooot...wot
Seronok ooooo umah besar
-rosyacomel-

cik hani said...

Luas rumahnya..bersih.550 pun puas hati

rubiah kadir said...

Shela..akak dulu masa student duk kondo..tgkt 15xsilap.. kelas ku jahhhh...hahahaa...

Tapi 1 sem jelah..sem 2 kena tendang duk rumah sewa sendiri...flat...
Pun bkn atas tanah...hehehee

Murah sgt tu shela rm550..puas hati..kalo kt puchong ni..rm1000 ke ataslah...

Lagi2 ni fully perabot...lagi up sewa nya...

Skrg duk aparment..rumah bwh..merasa lah pijak tanah...hahaha...

:)

Shela Abdrohman said...

Cik Hani : Alhamdulillah.. :)

Shela Abdrohman said...

Kak Rubiah : Kak, bilaada rumah 'atas tanah' ni lain penangan dia kan. tak pe kak.. walaupon rumah bawah.. janji 'atas tanah'. hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...