expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

13 October 2015

Ke Ho Chi Minh Ke Kita ? Part 2

aku tak boleh tido dengan lelapnya.. sebabnyaaa sejuk aircon satu hal.. cerah 1 hal. pukul 6.30am dah terang wehh !

6.30am nih..

Aku tido sebelah tingkap pulak tuh.. terganggu.. asek rasa terlewat jek.. last-last aku bangun bersiap ! senang cerita. memandangkan aku mandi lama.. memang sesuai lah aku yang bersiap dulu.. last sekali yang bersiap Liya. memang cepat gila. aku tak habis lilit shawl.. dia dah siap. bayangkan .. betapa lama nya aku bersiap. mandi lambat. siap lambat.. adoiyaii..

so, plan hari ni.. Liya cakap nak shopping... nak g Benh Than pastu nak cari pakej nak ke Sungai Mekong tuh..

Blakang kitorang tu la Malaysian Street
Moh ler kiterrr 

Bagi aku.. bab nak melintas jalan.. memang Vietnam terbaik. kalau korang baca kat blog-blog lain pon.. akan cakap benda yang sama sebenarnya.. erm.. bagi aku la.. aku suka melintas jalan di Vietnam lagi daripada negara sendiri. sebab apa? bila diorang dah nampak kita melintas.. diorang dah alihkan laluan diorang dah. maksud aku.. diorang ni dah standby nak mengelak dah.. jangan risau.. walaupon banyak motor yakin je melintas tu.. kadang-kadang aku anggap ja aku buta. hahah ! memang diorang elak beb ! tak tipuu ! tu kalau tengok orang Vietnam melintas.. lagi kauu seriauuu. bapak teror. macam tak sayang nyawa pon ade.. tapi alhamdullillah.. selamat je diorang. takde kene marah ke ape.. tu perkara yang aku suka pasal Ho Chi Minh ni..

Jalan punya jalan.. dah sampai Benh Than Market. baru aku perasan.. aku tertinggal handphone kat hotel ! mengelabah balik hotel amek handphone. naseb lah hotel dekat.. lepas aku amek handphone kat hotel.. sambung balik shopping. tapi benda pertama aku beli..

Ni haa.. beg duit. beli bukan sebab apa.. sebab au sendiri guna masa kat Ho Chi Minh ni. Day yang bagi. Aku malas bawak purse tebal-tebal.
sebenarnya.. aku macam nak survey harga jek.. tapi diseabkan muka penjual tu macam tahi. aku tak boleh belah.. lepas tu harga aku rasa murah.. tak pikir banyak.. aku amek je la.. dah memang nak beli pon natang tu..

tu benda aku tak suka. memang la.. ikut suka kita. tapi sementara nak biasa keadaan macam tu.. tu pon mintak kurang dia kata dah kurang dah.. konon special sebab kitorang 1st customer. dah la tak letak harga. Dina ada pesan.. kalau pegi Benh Than Market kalau pergi pagi.. kalau tak berminat nak beli benda tu.. jangan la tanya harga. nanti dia macam paksa suruh beli.. paksa maksud aku.. dia macam suruh kita kurang sampai dapat harga yang kita nak.. tapikk... muka macam tahi. moga kuat laahhh korang kalau pegi nak shopping kat Benh Than ni. susah sebenarnya. nak-nak macam aku jenis suka tengok harga. bukan jenis suka tanya harga. survey diam-diam la kononnyaaa.. phhuii !

Suasana di Benh Than Market 
Jalan-jalan dalam ni.. memang banyakkk lah prada lace.. kain cotton.. disebabkan aku sekarang 'home manager' makanyaaa.. tak berapa nak menarik perhatian aku. lain pulak dengan Liya, Uyah, Day.. aku rasa.. kalau aku masih bekerja.. memang tak mustahillahhh aku tergolong sama. tapi aku dok usha jugak blouse yang longgar-longgar.. tak banyak pilihan. hat kicik-kicik banyakk lah. bukan size aku.. kalau ada size aku pon.. tak bekenan dengan design. so. kesimpulan aku buat sendiri, Benh Than Market memang syurga untuk prada lace, kain cotton, & untuk tempahan baju. beli kain, disitu jugak kita boleh tempah baju. boleh siap dalam 1 ari ja. baju kurung ka, jubah ka.. tu macam gambar kat atas ni.. boleh tempah sut.. senang dah.. tak payah pikir nak hantar kat tukang jahit mana balik Malaysia nanti.. kat Benh Than ni aku hanya beli beg souveniar dengan magnet Vietnam ni ja.

kiri kanan ole-ole. yang pink comey tu untuk diri sendiri. kenangan sampai sini 
Sepanjang dalam Benh Than.. aku banyak amek gambar dari sibuk tengok barang.. haha ! walaupon diorang tengah beria-beria pilih prada lace.. aku tak bernafsu. sebab apa? sebab aku pikir.. ada 3 dress kat umah.. baru pakai sekali.. haha ! kalau aku keja.. memang kompommmm aku terjebak sekali nihhh ! kain cotton pon sama. tak bernafsu. Jenis Liya bila dia membeli.. memang jenis survey. dia sanggup tanya banyakk kedai janji dapat harga yang dia nak. untuk orang macam aku ni. jenis tak bekenan sungguh la dengan cara orang Vietnam ni berniaga  nih.. sangattt beruntung ! nak tau kenapa?? sebabnya.. Liya je la kena mengadap muka tahi peniaga kat sini. tanya itu ini. mintak kurang sampai dapat. pastu bila dia cakap kedai tu murah.. so..kitorang tumpang sekaki. bila dia mintak kurang.. aku tunggu masa nak hulur duit ja.. untungg wooo join Liya shoppinggg ! kihkihhh ! contoh barangan yang aku 'guna' khidmat Liya, frige magnet. ihikkss ! Thankssss Liyaaa ! Saranghae !!!!!

Tengok kat tangan Liya tu.. dok pegang lace.. tu dok mintak harga la tuh.. hehe!
Kat sini.. kalau yang jual kain tu.. memang jenis samaaa je la.. depan tu ade cotton.. sini pon ada.. depan tu ada prada lace.. sini pon sama.. tak da beza. beza dia.. harga dengan servis ja. tapi yang pelik sikit bagi aku.. peniaga sini tak macam peniaga Cina kat Malaysia. sebab apa aku cakap macam tu.. ko datang kedai ni.. bila kebetulan ko dok tunggu kawan-kawan ko.. sambil-sambil tu ko tengok la pulak kain kedai sebelah sini. jangan harapppp dia nak layan.. muka tahi ja. nak bagi masuk pun tak.. tu pengalaman kitorang la.. pengalaman orang lain tak tau..

Tapi bila ko macam dah confirm nak beli kain kat kedai tu.. kedai tu memang servis kau kaww kaww.. biasa la tu kan ? pastu bila ko macam jadi tak jadi.. dia buat muka kesian.. lepas tu macam 'paksa' ko amek. kadang-kadang dekat 1 jam pon ada Liya dok mintak kurang.. kalau diorang tak bagi.. kitorang memang blahhh.. muka peniaga tu.. seyes tahi . pastu macam sumpah seranah dalam bahasa diorang la.. tapi.. ade haku kesahhh ??

mesti korang dah macam rambang mata kan? nampak kain banyak-banyak.. aku tak de perasaan. seyes ! 
oh , lupaa.. kan aku cakap tadi.. kalau beli kain kat sini.. boleh terus upah buat baju kan? mesti terpikir..

'eh, diorang ni tau ke buat baju kurung moden?'

'eh, tau ke fesyen baju di Malaysia macam mana?'

jaaaaaangan risauu ! diorang ni siap print contoh-contoh design terkini. kira yang tengah 'in' kat Malaysia. yang aku nampak.. diorang print design jubah dari instagram Bellaammara. haaa! kaki ciplak tau diorang nih..

Sebut pasal ciplak.. teringat aku tudung Naelofar yang bersepahhh kat Malaysian Street. Kat dalam Benh Than ni tak jumpa pon Naelofar.. haa.. berbalik kepada cerita tudung Naelofar.. Naelofar tuhhh.. banyakkkk yang ciplak kat sini.. naseb la tau jugak jenis kain Naelofar original.. bila datang sini tak la tertipu.. Memang sebijik-sebijik dia tiru. dari design, tag kat tudung tu.. sekali plastikk kata kooo ! apa yang beza? JENIS KAIN. sapa yang pernah pegang Naelofar original.. akan dapat beza..

So, kalau korang beli Naelofar make sure beli dengan pengedar sah atau pon pegang dulu kain tu. tengok dulu jahitan tu kemas ke tak. kalau takk kemas tu.. tak ori la tuh.. ada jugak nampak orang Malaysia beli borong buat jual kat Malaysia. moga-moga dia tak menipu lah.. Macam kak ipar aku cakap.. ade kawan die jual Naelofar Vietnam.. tapi dia cakap Naelofar reject. sebab jahitan kurang kemas. harga kurang brapa hengget je dari original. kalau kurang  berapa hengget tu.. baik beli yang original beb ! tambah sikit jek lagi..

Liya macam tak puas hati dengan harga kat sini.. so decide nak pegi 1 lagi tempat. nama tempat tu China Town. tapi kena naik teksi. so, kitorang on ! kalau nak tau aku panggil teksi tu.. teksi tu sedang berada di lane tengah di roundbout ! slumber je datang kearah kitorang.. fuhh ! kalau kat Malaysia ni.. mau exciden kat situhh !

Bayangkan kat tengah-tengah roundbout tu.. selumber je datang ke arah kitorang. 
Sebelum naik.. kitorang tanya harga dulu. Alhamdulillah la driver ni pandai jugak omputeh sikit-sikit. tapi bila sebut China Town.. jenuh jugak banyak kali. tak paham terpaksa la tulis. bila tulis dia angguk. dia setuju bagi harga VSD 100 000 ke China Town. ok lah.. aku tak tau murah ke mahal. tapi kitorang pikir murah lepas dibahagi 4. muahahahah !

Macam pengalaman lepas.. kitorang akan selfie dengan driver teksi ! sama motif dengan semalam..

Kalau dia ni menipu, nak viral ! kahkahkah !

senanggg kalau jadi apa-apa.. bagi gambar je kan...

sengeh je dia

siap amek gambar kad dia. 
aku rasa taktik ni perlu diteruskan. supaya diorang ni tau.. jadi apa-apa.. viral jek muka diorang.
kalau kena report sebab pukau (alhamdulillah kami selamat) kami ada bukti skali dengan gambar kad dia.

Masa on the way.. Rasa macam jauh. risau jugak sebenarnya kot dia saja jauhkan perjalanan sebab untukk dapat banyakkan bayaran. yea la teksi Vinasun ni guna meter. kitorang pon tengok meter tu berjalan jek.. rupanya.. dia nak antar kitorang at Russian Market ! ohh ! salah la.. lepas tu dok terangkan kat dia lagi.. China Town.. dia tak paham jugak.. lepas tu dia call kawan dia. naseb bek la kawan dia tau la jugak.. kalau tak.. tak tau la dia nak bawak kitorang pegi mana.. benda yang payah sikit.. slanggg tu tak sama..

Alhamdulillah sampai jugak. tapi herann ! nama dia lain ! maybe nama China Town ni dalam Vietnam.. ahhh bedal jekk ! haha !



Pengajaran kat sini :

KENA google tempat. lepas tu printscreen ! tunjuk kat driver teksi kat mana nak p ! got it ?

Masuk dalam ni.. mak aihh ! padatnyaa ! bukan padat dengan orang.. padat dengan barang ! kedai yang sebetulnya kecik je. pastu selambak barang sampai ke kaki lima. kiranya tak boleh nak jalan berdua la. kena jalan sorang-sorang.

Nampakkan ? sorang je boleh lalu
 Misi mencari kain dan prada lace bersambung disini..


Macam biasa jugak.. disini juga di'serbu'. tapi beza nya tak se 'agresif' kat Benh Than ! rasa tenang ok la skit dari tadi.. cuma sini sempit nak lalu. lepas tu diorang lalu lalang. kadang terpaksa mengiringan badan! punya lah sempit.. heshh ! tak bekenan dah aku.. asal nak benti tengok barang.. dah ade orang kat belakang nak jalan. camne nak tengok barang nih?? 

dan untuk pertama kali nyaaa ! datang kat sini, masa tu tengok-tengok mask. Tak dilayan ! muahahaha ! tetiba rasa pelik dengan penjual kat sini. tak tau samada dia tak layan sebab dia tak pandai bahasa Melayu / English atau pon maybe sebab anggap kitorng nak main-main tanya harga. ntah la.. bila jalan-jalan.. tengok barang yang dijual kat sini.. nampaknyaa..banyak barang dijual secara borong. tak caya tengok gabar bawah.. 

macam nak beli helmet. tapi pikir.. basikal pon tak beli lagi ! uhukk ! 

pebagai jenis topi dan helmet. 

mask ni pon sama. dah diikat 12. kitorang nak beli tapi tak de sape nak melayan.. tak pe ar tak yah beli kat sini.. err.. sekali imbas.. mask tu maca coli kan ? haha ! 
 Mula-mula using-pusing je dulu dalam ni.. pastu ntah macam mana terr naik atas.. atas bangunan ni banyak jual barangan kosmetik. yeapp ! borong ! dan yeappp lagi.. tak de orang nak layan ! hahaha ! sekali imbas... macam kat Padang Besaq ja kan ?

dari atas boleh nampakkan? segenap ruag dia gunakan untuk letak barang-barang dia.. lantak ko lahh ! terlampau banyak sampai nak lalu pon tak boleh. dengan panas nyaa... 

periuk belanga pon ada jual kat sini. teringat Padang Besaq. kihkih 
Pusing punya pusing.. last-last terrrjumpa jugak kedai prada lace yang murah. kikiki !

memang suka selfie dengan pejual kat sini. haha ! suka la tu orang jadi beli dengan dia.. haha
Kat kedai ni lah yang aku cakap awal tadi.. kain kosong + rada lace + upah jahit.. RM140 ! design pulak dia tunjukkan gambar yang dia print kat 1 album tu. yang aku cakap dia print gambar dari instagram Bella Ammara tuh.. sini lahh !

haa..kalau nak tempah.. dia akan amek bayaran penuh. baju ko RM140 kan? kot-kot ko nak bagi RM50 dulu pon.. dia tak nak.. Day siap celupar lagi.. cakap kat dia..

"kalau i bayar penuh u tak hantar macam mana? "

dia jawab..

"no la kak.. mesti hantar" dia pandai Melayu. so panjang sikit la rayuan mintak murah tu.. lepas bayar bayaran penuh, dia akan mintak alamat hotel termasuk no bilik. bila baju dah siap dia akan hantar baju tu di hotel kita menginap..

Kat kedai ni aku sorang ja tak membeli. lama nau diorang dok pilih-pilih.. lepas tu dengan pujuk rayu mintak murah...

aku lelap ar kejap. hhahaha ! 

kiranya hasil datang ke sini, prada lace dengan beg kipling Day.

Balik ke hotel. kitorang amek teksi. kali ni tak amek gabar pulak dengan driver ! aku pon tak paham kenapaa ! bila aku cari balik gambar baru aku pasan.. TAK ADA gambar !! maybe dah confident selamat kot! tak bagusss perangai macam ni.Teksi balik pon kitorang naik Vinasun. amek kat agen yang ada kat tempat kitorang wefie tadi.. Vinasun kali ni mahal skit. sebab dia betul-betul guna meter. teringat driver teksi yang tadik... haha ! dah tak de pilihan kan.. naik je la..

Tengah hari sampai hotel.. terus ke Malaysian Street. makan tengah hari woihh ! shopping-shopping gakss.. perut kena kasi isi dulu !

kali ni baru nak try makan kat Restoran Hajah Basiroh yang tersohor sangat tuh !

Lapo..lapo..lapoo.. 
Dalam lapo..lapo pon aku makan pho.. memang sedap lah pho ni. pastu aku tengok portion nasi yang Liya dengan Uyah order.. erm... sikit. portion kedai Osman , yakni kedai sebelah lagi banyak. so.. memang sekali ja kitorang makan kat sini. yang best restoran kat sini, ada free wifi. tu yang oleh uplod gambar la reply komen ke, reply whatsapp.. waktu makan je tengok telepon. tapi tak la tengok sangat. haha ! macam aku pernah cakap.. kalau bercuti.. handphone letak tepi. tapi selalunyaa.. bila sampai hotel baru betul-betul mengadap handphone. nak whatsapp somi ke, join group whatsapp ke.. memang kat hotel. kalau kat kedai makan selalu nyaa tengok sekejap-sekejap jek..

gambar kat atas ni.. kebetulan sebelah meja kitorang ada orang Melayu. ingatan Melayu Sabah. rupanya Brunei. siap offer tolong amekkan gambar.. ter segan disitu.. tappi senyumm tetap senyummm... heeee :D

Selain restoran.. Hajah Basiroh ni ada kedai jual telekung jugak. tak jauh.. depan restoran jekk. lepas makan.. singgah sekejap.. nak tengok-tengok. sebab aku memang nak beli telekung. amek pesanan..

kedalam sikit kedai dia. tapi still senang carik sebab ada signboard lampu-lampu besar disitu.. 
yang gatung je. tanya yang biasa Rm50. yang berapa kuntum bunga ntah tu, lagi 1 sulam tangan dia cakap.. RM100
Bila dengar harga cecah RM100.. memang keluar cepat lah aku. tak nak duk lama-lama. haha ! dan lagi pon yang berniaga ni tak de nak paksa-paksa macam kat Benh Than. so.. dengan senang hatinya.. keluar kedai.

Tapikan aku ada ketagihan baru selama berapa hari di Ho Chi Minh ni.. nak tau apa?

KOPI !!!!

pantang nampak brader ni.. memang terbang RM3. hoiii ! sedap sangatt ! dah balik Malaysia masih minum koi. tapi tak sesedap kopi nih ! so,kalau datang sini, memang WAJIB lah rasa kopi ni.. sedapppppp ! umphhhhh !!! 
separuh hari dah menyoping.. penat jugak.. lepas makan, kitorang semua naik hotel. letak barang, solat, rehat sekejap. penat wehh...

so, petangnya kitorang pegi Saigon Square.



Ke Saigon Square. kitorag hanya jalan kaki jek. tak jauh sangat pon. dekat area Benh Than jugak. masuk dalam Saigon Square ni best sikit. tak sesak macam China Town tadi. cerah pon cerah. tapi.. yeap.. ada tapi.. kat sini tak semua murah. tengok barang. dan tak semua kedai boleh mintak kurang. ada kedai fix price. ada boleh mintak kurang lagi.. pastu dalam ni peniaga majoriti tak pandai bahasa Melayu. so cakap omputeh jek. kemungkinan nak kene ketuk pon ada jugak. kena pandai pilih dan mintak kurang yea..





bagi aku la kan. kameja kat sini dah murah dah. agaknye..kalau dengan orang kita ni dia bagi murah.. agaknya kalau antara diorang mesti lagi murah kan ?

souuveniar pon banyak kat sini. harga tak pasti sebab tak tanya ponn
Saigon Square ni aku beli sweat pant dengan tali pinggang untuk Mie sekali untuk diri sendiri skali. Sweat pant kat sini murahh.. RM20. mintak kurang lagi tak bagi dah.. walaupon Day borong banyak. kire nak tumpang barag dengan dia la.. konon macam dia beli banyak.. dapat harga borong.. takdeeee nye nak bagi. memang selai RM20 jugakkk.. tak pe lah.. alah membeli menang memakai.. best woah kain sweat pant nihh ! menyesal pulak kat aku, aku beli sehelai jek. kat Mie aku beli 2 ! so, bila suka.. sekarang ni boleh dikatakan tiap hariiii aku pakai.. sal kering ja pakai.. kering je pakai.. mengalah kan budak dah aku nihhh ! kalau la Day ke tetiba terpegi ke.. memangg nakkkkk la kirimmm..

Malam nyaa..... yeaaa.. saat ditunggu telah tibaaa ! nak serbu night market ! aku ada high expatation kat night market nih. dok baca blog dan kawan-kawan cakap night market ni murahhh..









Ni lah ghuper night market. macam uptown je kan? memang up town ler.. barang-barang yang dijual pon banyakk murahh lah. kat sini pon sama konsep dengan Benh Than market. takde tanda harga. ko tanyaa.. beerti ko nak beli.. ko mintak kurang.. ko tak puas hati dengan harga yang ko mintak kurang tu..kene maki dan dihadiahkan dengan muka tahi. demi harga murah.. sanggup kan aja lahh. pedulik apa.. bukan nak jumpa diorangs selalu ponn..

lagi 1.. korang akan jumpe jenis orang yang datang menjual. sambil dukung anak kecik. suruh beli barangan yang dia jual.. sambil raih simpati.. serius aku tak kalah jugakkkk! walaupun aku belum dikurniakan cahaya mata.. bila tengok diorang kendong anak dengan tak pakai pampers.. lepas tu jual baranga diorng. boleh menitik ayaq mata woih ! sedihhh sangatt.. rasa macam..

"bagi la anak ko.. bagi aku.. in shaa Allah cukup makan pakai dia.. tak payah kecik-kecik dok ikut mak datang berniaga malam-malam...."

aku mampu cakap dalam hati ja..

masa tu teringat Angelina Jolie ada anak angkat dari Vietnam nama Pax eh nama dia? ke aku silap.. ahh lantak.. tapi aku nak cakap.. memang mulia la hati si Angelina Jolie ni.. bila aku bandingan nasib budak tadi dengan Pax tu.. bertapa bertuahnya Pax tu. yea lah rezeki masing-masing.

Ok berbalik cerita night market.. kalau nak beli telekung.. belli kat sini lah.. sini murah. dengan tudung Naelofar. tapi tudung Naelofar kat sini ta banyak pilihan. habis stok ke apa aku tak tau. kebanyaan yang berniaga kat night market ni bukan islam pon. ko akan jumpa dengan orang yang jual telekung je la yang Islam pon.

mak -mak sangat aku sekarang ni kann.. 
Balik dari night market.. aku mesti singgah lagi kat brader kopi.. memang ketagih lahhh !

mama yokiess sangat hat depan tuhh ! kahkah ! 
sonok la brader ni.. asal lalu ja.. beli.. asal lalu ja.. beli.. RM3. sampaikan kencing pon dah bau kopi dah.. walaupon macam tu.. bila jalan lagi.. memang aku beli.. tak pernah misssss ! haha ! ketagih teruk nihhh .. korang datang sini.. memang patotttt sangat try.. kat brader ni la.. kalau hat pompuan tu kurang sedap sket. company sama.. tapi air tangan la kot.. haihh ! jangan letak yang bukan-bukan sudah.. hahahah !

dekat-dekat sini jugak.. ada la orang jual roti.. diorang cakap sedap macam Subway! woww ! Subway?? dah diorang semua mengorder.. aku pon join lahh...

apa la yang Uyah tak puas hati tuh?? 

penjual kat sini memang dah macam retis dah. kitorang asek ajak bergambo jek.. kuikuikui
Bila dah makan roti ni.. bagi aku.. idok la sesedap Subway di tekak aku. maybe sebab roti ni kering. tak de mayonis. so, biasa-biasa ja la di tekak aku.. aku ni pensuka mayonis tegar ! kalau makan burger.. mayonis kat bungkusan tu pon aku jilat lagi.. tak baik membajirrrrr orang kata. kalau korang jenis bukan pensuka mayonis.. maybe boleh jadi peberet korang kot roti nih..

sepanjang aku shopping.. aku banyak guna guna RM. waktu makan bayar guna VND. USD? tak guna langsung ! simpan jela untuk bayar pegi Sungai Mekong.

Balik bilik.. tengah rehat-rehat.. ada ketukan di pintu. wahhh! baju yang tempah kat China Town tadi dah siap!!!! memang berbaloiiii sangat-sangat lahhhhh ! sampaikan aku pulak rasa tergoda nak jugakk ! hahaha ! tapi naseb baik la perasaan tu sekejap jek. lepas tu aku kembali ke realiti.

"dress kat umah ada 3 pasang bila nak pakai tu ? "


kahkahkahkah !



bersambung.....



Ke Ho Chi Minh Ke Kita ? Part 1

Ke Ho Chi Minh Ke Kita? Part 3



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...