expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

20 October 2015

Sembang Kosong

Lepas aku demam ari tu.. kiranya aku ni free jek.. tak sebok mana.. cuma ada la kemas sikit-sikit sebab nak pindah.

haa.. aku dah nak pindah rumah pulakk dahhh... alaahh.. tak jauh pon.. dalam Langkawi jugak.. Alhamdulillah dah dapat rumah sewa yang harganya berpatutan..

sebab nak pindah..

kontrak rumah sekarang dah nak habis..

cerita dia..

Patotnya Mie kena balik keja kat Shah Alam . tapi dia tak nak. sebab kami dah pikir baik buruk kalau balik sana. setelah ditimbang-timbang.. ternyata kehidupan di Langkawi lebih membahagiakan walaupon kitorang dah mula bosan. bosan je la kekurangan dia. yang lain semua baikk je. 

aku nak cita yang aku ni takde idea nak taip pasal Ho Chi Minh sebenaqnyaaa.. 

maapkan lah patik... banyak kali dah aku dok taip.. pastu delete.. taip.. delete.. 

"entry ni elok pulak hang taip shela oi ! "

memang la elok.. ni yang terbuku disanubarikk ! kahkahkah !

nak sembang dengan orang , harapkan whatsapp jek.. jarang sangat nak jumpa sembang lepak dengan kawan-kawan. lepak dengan Mie je lah yang selalu nyaa ! 

dalam minggu depan aku dah nak pindah.. aku pon tak pasti samada kitorang nak pasang internet ke tak nanti.. atau mengharapkan data plan semata. tengok keadaan.. kalau aku update panjang dok melalutttt jek.. gambaq sekeping.. maksudnya aku update guna handphone letteww.. kalau banyak gambar maksudnya aku update guna laptop.. maknanya aku ada internet kat rumah la tuh.. 

aktiviti aku sekarang menjelang hari perpindahan.. 

Donlod cerita korea ! 

hahahhaha ! tu je la.. stand by orang kata.. aku dah jarang tengok tv. sangat jarang kot.. sebab rumah sekarang pon tak de Astro , Njoi dan seangkatan dengannya. antena tv tu pon tak dak. semua aku tengok online. tv streaming. bajet dok obersea kann.. hahah ! saja la nak berjimat. selagi rasa boleh berjimat.. jimattt !

eh, internet tu??

FREE. sebabnya.. rumah aku ni rumah kedai.. bawah tu opis Mie. apa lagi wei.. manfaat kan wifi yang ada dengan sebaiknyaaa !

hari ni mood rajin.. pagi-pagi sebelum Mie pegi keja dah pegi joging..

pertama kali seumur kehidupan aku di Langkawi ni aku pegi jonging pagi.

best jugak la.. badan tak berat.. aku ni semenjak puasa ari tu aku dah stop joging. bukan aku sengaja stop. Mie yang sebok. aku nak pegi sorang dia tak bagi. padahal Taman Lagenda tempat aku joging tu dekat sangat dengan rumah. tak sampai 5 minit kalau naik kereta.

dah dia tak bagii.. nak ketegaq pon.. nanti gado,. gado ni tak best. sebab bila gado aku tak de kawan.. hahaha! so.. mengalah je lah..

ade gak aku dok downlod video senaman karbo. tak terbuat lagi. maybe sebab feeling dia lain kot.. yea la.. joging best.. selain joging.. kita boleh sedut udara segar.. luas pemandangan.. er... tapi tadi tu tak berapa luas pemandangan la.. sebab JEREBU !

berkabussss kan?? berkabusss sangattttt 
Sekarang gigih download drama Korea.. tak banyak pon hasil dari aku download. banyak ni jek..

tak semua drama Korea. ada download kartun tu. aku suka tengok karun dari cerita perang-perang tuhh ! 


maybe la akan bertambah sikit lagi.. menyesal jugak.. sebab last kopekkk baru reti download ! hahah ! menyesal tak google betol2.. aku jumpa tutorial download ni pon kat youtube.

 adeh ! senang gilaa ! nape la dari dulu aku tak carikkk !!! dok sebok la dok google macam mana nak install IDM tuh..

last-last aku follow tutorial  INI sahaja. alahai.. senang ghupenyeee !



ok, Bye ! =)


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...