expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

29 February 2016

Bercucuk Tanam

Aku ni dah lama dah dok teringin nak bercucuk tanam. Tapi, biasa lah.. tak kesampaian. Dulu alasan rumah flat. Tingkat atas skali pulak tu. Tak de lift pulakk tuu.. tak larat nak bawak naik tanah. Sebab bawak diri sendiri pon mengah. Hehe!

Sekarang pindah Langkawi, taon lepas duduk rumah kedai. Tak de tanah jugak nak bercucuk tanam. Pendamkan je la hasrat tu. Lepas tu, sekarang dah pindah rumah teres. Masih lagi menaruh harapan, moga aku dapat bercucuk tanam. Alahh.. bukan nak tanam apa pon, aku nak tanam serai, daun bawang, daun pandan.. alahh benda- benda yang brapa sen je kita beli kat kedai tu.. tu je la. Bukan apa, kalau tanam pokok-pokok macam tu, senang. Senang kalau2 tengah hari, tetiba datang nak masak kari.. kan senang.. pegi petik je. Tak payah susah payah nak g kedai beli. Kadang beli kat kedai pon.. nak guna skit je. Yang tak guna tu lagi banyak dari yang nak guna. Last-last ke tong sampah akhirnya. Tak ke membazir? Walau pon sen sen je kan...Dah pindah rumah teres, rumah ni tak de tanah lebih pulak. Semua tuan rumah dah simenkan. Maybe malas la kot nak datang potong rumput. Tak pon sebab nak hindarkan rumah jadi semak samun kan..


Tadi kemas-kemas dapor, tengok bawang yang aku beli 1 guni kecik tu. Murah RM6.50. Kalau ikutkan banyak sebenarnya bilangan bawang tu. Rasa macam berlebih-lebih untuk kitorang nim tapi, dah rega RM6.50 aku gagahi amek jugak. Pastu berazam nak rajin masak. So, memang kerap la aku masak. Tapi, tak dapat nak guna banyak bawang. Kiranya.. sempat jugak la daun bawang ni tumbuh.. dari buang, aku teringat idea bercucuk tanam kat Fb.



JADIII lahhh kan?

Merasa la jugak aku bercucuk tanam tapi dengan gaya moden.

Ok, bye ! =)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...