expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

26 February 2016

Emosi

Hari ni, last day Fara Fauzana di HotFm.. sedih jugak. Yea lah dah bertahun-tahun aku dengar sora dia. Kiranya aku 'menggemok' dengan sora dia la.. ( ayat sebetulnya aku membesar dengan sora dia )

Dari aku belajar kat IKBN Kuala Perlis lagi. Tengah buat drawing, dengar la sora dia. Masa tu dia kat EraFm. Dalam skuad produa era. Pastu dia jadi dj waktu malam kalau tak salah. Sukaa intonasi dia.

'Halluuuuuu Fara Fauzana in de hauzzzzzz!!"

Ceria orangnya. Lepas tu dia ke HotFm. Pon aku follow. Setiap pagi memang bukak HotFm dengar Am krew. Masa otw g opis bukak hot. Dah sampai opis pon pasang hot. Tapi aku pasang sampai pukul 10 pagi je. Memang semata-mata am krew. Lepas tu bukak youtube layan lagu lain. Aku bukan tak keja eh. Aku buat keja sambil dengar radio. Memang tabiat dah. Bukak pc awal-awal pagi kena bukak dengar radio dulu pastu aku teruskan keja aku macam biasa. Masa tu la masa aku keja dulu.

Kat sini aku pon tak malu nak ngaku, aku penah ja komen ig si fafau ni. Dan 2 kali gak la dia balas komen. Bukan bangga yang aku nak jelaskan disini. Aku nak kata, dia ni kelakar. Low profil. Friendly. Sebab aku tengok dia pegi join bantuan misi banjir kot kalau tak salah, dia cakap dia pegi ja. Padahal dia tak kenal sape-sape pon kat situ. Power la bagi aku orang macam ni. Haha!

Sejak aku kat Langkawi, dalam kereta, aku tak boleh nak dengar HotFm dah. Line x clear kat sini. Kalau kat rumah tu, aku dengar streaming la. Tak pon bukak 8tv. Dah suka kan, sanggup je buat camna pon janji dapat dengar. Hihi!

So, sepanjang 10 tahun aku dok dengar HotFM, ari ni dia dah last. Sedih beb. Rasa macam kawan seperjabat benti keja pon ada! Walaupon dia bukannya kenal aku ponn! Haha ! Dengar ucapan dari kawan-kawan dia.. aku sebak jugak. (Aku sekarang makin emosi. Sensitip. Ciri-ciri nak masuk 3 series maybe)

Bila dia diraikan sedemikian rupa. Teringat aku masa aku benti keja dulu. Aku tak sangka kawan-kawan opis aku baik dengan aku. Serius tak sangka. Aku selalu ingat, kawan-kawan opis aku tak bekenan kat aku. Tapi Alhamdulilah, bila dah benti. Ada yang whatsapp cakap itu ini. Ya Allah.. terima kasih korang, sebab selesa dengan aku. Aku takkan lupa. Rupanya, ada gak orang sayang kat aku. Masa ni memang sedih. Terharu. Serius tak sangka! Aku pon sayang korang wei !

So, aku rasa, yang aku emosi tengok 8tv tadi.. tengok AmKrew nangis tadi.. laki pompuan nangis.. mesti ada yang kata poyo.. tapi aku paham perasaan tu.. maybe sebab tu aku emosi sangat tadi.

Seriussss.. bila aku tengok tadi.. aku fahamm sangat perasaan tu. Sedih tu..

Macam aku dulu 7 tahun. Dalam masa 7 tahun aku kerja tu, jatuh bangun kat opis tu memang aku dengan kawan-kawan aku. Baik dari H2m atau Arora. Dua-dua memang istimewa.

Setiap orang ada jatuh bangun kan. Aku pon tak terkecuali. Ingat masa baru kerja, bila outstation.. duit tak de, tapi tak nak buat advance, aku pinjam duit Liya, duit Day.. lepas dapat claim, aku pulangkan la duit diorang. Tak pernah tak bayar okkk.. lepas tu bila outstation dengan budak-budak Arora pon sama. Tak berkira langsung. Tak de duit nak bayar hotel, tak pe, ade yang volunteer dahulukan duit dia dulu. Makan pon sama. Tak berkira langsung. Bila outstation, tak pernah nak stress walaupon poket nipis.

Aku beria dok cerita pasal Fafau kat atas tadi tu.. sebenarnya nak related kan situasi aku. Teringat setahun lepas. Rindu orang kata. Walaupon skarang situasi masing-masing tak sama. Diorang busy sekarang. Dulu boleh gak merapu kat whatsapp, sekarang tengok macam dah tak sempat. Haha! Bila tengok kawan-kawan busy dah tak macam dulu. Sunyi la jugak. Yea lah kita dah jauh kan... memang macam ni bila jauh dimata. Faham.

All the best korang. Aku doakan kejayaan korang dari jauh. Memang jauh la. Korang kat Kajang aku k4at Langkawi ! Kihkih ! Ada jodoh, kita jumpa. :')


























Rindu.

2 comments:

Fara Dilot said...

mau tak bz.. yg tambah anak kompom dok kejar anak tu.. kak epah bz nak ngandong2 lagik.. haha.. yang kak liya plak dah jadik ketua unit uolz.. wajib bz.. hang dok sana hati2 na.. hehe

nursuhada aziz said...

gambaq aii pon ada seketol..hihi
biasa la rindu2an neh..lagi2 kerja dengan orang yang ngam!
aii memahami..aicecehh


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...