expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

16 April 2016

Ke Ho Chi Minh Ke Kita? Part 3

**AMARAN ! entry ni banyakkkkk gambar**

Dari Malaysia lagi dok cakap kat Mie..

"Alah.. bukan nak shopping sangat pon nak g tengok tempat orang jek.. "

yea lah.. asik shopping.. shopping.. aku ni dah la tak kerja.. lagi mau berangan shopping? belanja yang mana ada ja.. Alhamdulillah dengan rezki yang ada.

Kali ni kami decide nak jalan-jalan. nak pegi tempat yang menarik disekitar Ho Chi Minh ni.. nak jalan kaki jek.. nak jalan-jalan tengok kaki lima.. tengok warung.. macam tu la lebih kurang. Plannya nakk ke Central Post Office dengan Hard Rock .


Sebelum berangkat, selfie dlu.. hahaha ! pompuan.. pompuannn..tema gabar ni, Yang gemok di depan.. yang kecik dibelakang.. :P


jom, perjalanan pon bermulaaa..


kedai emas. tak masuk pon. jenguk dari luar jek.. pastu dalam hati cakap.. ooo.. macam ni orang Vietnam jual emass.... 


ni pon sama.. jual emas.. depan-depan kedai tu.. memang akan ada 'booth' tambahan la.. jual pelbagai barang. samada spek, or origami or makanan

ni fridge magnet jual tepi jalan. kitorang tak tanya pon berapa harga. tak past i lebih murah atau lebih mahal. bukan apa, kalau start tanya.. kang nanti lambat pulak nak sampai destinasi yang kitorang nak pegi tu..


Jual air sebelah tong sampah. apa ada hallll 


souveniar lagi.. aku, kalau nampak benda-bend macam ni, aku terpikir.. macam mana aku nak simpan ni.. haha ! 


Tengah-tengah jalan tonyoh lipstik , teguk air.. itu biasaaaa.... kalau lelaki tengah jalan, benti tonyoh lipstik itu LUAR BIASA. haha !


Oh, rupanya ada jugak penganut agama hindu kat sini. ingatkan sini ada Kristian dengan Buddha jek..


kat sini memang banyak sangat moto. tak pelik. sebab sebelum datang sini, dok baca blog orang pon cakap benda sama banyak moto. tapi, rasa selamat je nak melintas. benda ni yang paaaling aku suka. hihi 


Siap ada sign board "SELAMAT DATANG" nampak sangat lahh customer diorang orang melayuuu.. haha ! 


Ayaq nyioq di mana sahaja



Yang kitorang nampak, kalau bawak moto tu kan.. balut habis badan. sekali tengok dari belakang,, ingatkan Islam la..sekali.. oh! diorang membalut tubuh sebab nak jaga kulit.. patot la kulit diorang ni putih gebuuuu.. 

panas pon kitorang 4 ketul ni redah jek.. sesekali berjalan kan..


kalau tanya cuaca, aku rasa tak sepanas Langkawi or Perlis ni. panas macam Kolumpo je kot.. bandar dia bersih jek.. ni aku cakap tempat aku lalu la. kang ada plak argue.. tempat die pegi tu kotor. haaa yang tu no comment la.. alah, kat negara kita pon ada tempat yang bersih ada tempat tak berapa nak bersih kan.. 


makanan jepun pon ada kat sini.. 


Tourist Information kat sini banyak jugak.. 

walaupon banyak tourist information.. kitorang lagi banyak tanya local people kat situ. 

Jauh jugak la nak sampai ke Post Office ni.. tapi baca blog macam dekat jek. betol ke tak betol nihhhh.. sepanjang perjalanan dok bertanya. macam biasa.. masa tu baru menyesal.. sebabnya? sebab tak print screen gambar ! data pulak tak beli!  

ntah mana-mana la orang tunjuk jalan kat kitorang. tapi tak pe. selagi boleh tanya.. tanya jek.. tukang tanya opkos Day & Liya. hehe !

ni sebagai contoh la. dan opkos, kalau tukang tanya memang Day dengan Liya la.. hahaha


 Jalan punya jalan jumpa pulak tempat yang cantek ni.

punya selumber amek gambar tengah jalan.. tapik.. sekali tengok macam kat Dataran Merdeka je kan?
Depan bangunann ni ada taman cantek.. nama dataran la jugak.. haha !



Orang mengandung mendahului..  



Selfie sket-sket dah ler. haha ! ini semuaaa poyooo ! 

maka, perjalanan pon diteruskan...




dah jalan-jalan, nampak Saigon Tourist yang ni.. so, decide nak tanya. sambil-sambil tu masuk la. amek ekon sket. sejukkan badan.. cik keti pon perlu dikeringkan.. hikhik

macam biasa la.. tak de orang len yang layak jadi tukang tanyaa
Dan macam biasa jugak.. tak dak orang len yang rajin doktangkap gambaq :P
Day tu dok belakang dengan harapan nampak kurus ke??? 

Dah dapat information sket.. dah dapat map.. jom teruskan perjalanan.. 



berhenti pulak kat depan bangunan ni. terasa seperti di Kolumpo ja.. kat Kolumpo plak tak penah nak jalan-jalan macam ni, haha




NI bukan tanya jalan eh. ni dahaga nak mamposs.. kita nak beli mineral water ja. dia nampak kita nak sampai, dia cepat-cepat tebuk lubang kelapa tu. pastu buat muka kesian. macam sebab kita tak jadi amek, rugi la dia.. cengitu ar.. klau korang jenis hati selembut tisu, mesti korang dah amek dah buah kelepa tu.. bukan tak nak minum, masalahnyaa.. kitorang nak cari air untuk hilang kan dahaga. perjalanan masih jauh kot.. kalau beli kelapa, macam mana nak letak dalam handbag? ce citaaa..


jalan punya jalan,, ohh ! terasaaa jauhh nauu, kiranya sebelum sampai ke tempat dituju ni, kitorang 2 3 kali gak la benti. teguk-teguk air. masuk kedai 24jam macam 7eleven tu, untuk amek ekon.. kesian ibu mengandung.. hehe ! padahal yang tak mengandung pon letihhhh.. haha !




Boleh zoom la tengok harga. memang murah sangat-sangat dari beli kat Malaysian Street tu.. biasa la.. tempat tumpuan pelancong kan... opkos la ambik kesempatan kan.. tak yah cakap negara orang.. negara kita sendiri pon ada. contoh.. tu haa tak jauh.. Pantai Chenang tu...

sambil amik angin. wajib la selfie.. tengok Day tu.. tak cukop ekon.. siap kipas-kipas lagi...sorry uyah.. muka ko.. aku cari gambar yang senonoh kat sini tak de.. hihi 
dah alang-alang kat sini, cashier sini pon kitorang tanya jalan jugak... dan wajibbb lah selfie! haha ! 



So, nanti kalau korang datang, duduk area Malaysian Street tu.. cari je Circle-K . 

Kuar dari Circle-K nampak mak cik juai buah. ahoiii ! sedapnya nampak mempelam diaaaa... dah jalan dah.. pastu kena hasut dengan Liya.. so patah balik beli buah. dia yang nak beli buah jugak sebenarnya.. tapi segan nak g sensorang. so hasut aku. aku pon terpengaruuh laa.. hahah!

tengokkk mak cik yang juai buah ni, 'tutup aurat' kan? hahaha ! tak nak kena panas punya pasal


Jalan-jalan ternampak tempat gunting rambut ni. sempoi habaq hang ! kalau bawak Mie, nak ja aku suruh dia gunting rambut dia kat sini! hahahah



Kat sini, ada ja cafe-cafe hipster tu.. cantik & kreatif jugak. tengook dari luar la.

Day guna beg baru. bau kedai ada lagi tuuu . hekhek
Akhirnyaaaa tiba juaaaa kami akhiryaaaaa !



Hahaha ! ni ah post office tu

Saigon Centrel Post Office atau nama Vietnamnya Bưu điện Trung tâm Sài Gòn 

Nak sebut lagu mana pon tak tauuu ! kihkih

tengok kat tangan aku.. dok pegang mempelam hat beli tadi. hehe
Cantik tempatnya... kalau tak salah aku, aku tengok kat blog orang yang pegi 2014, warna lain bangunan ni. agaknya ni baru lepas cat kot.



masuk ja, tetiba ada student (maybe) datang nak bergambar. maybe tugasan dia kot. sebab dengan semua pelancong pon dia mintak bergambar.

ni haa student tu... sorang ja yang tanya, sekali time bergambar ramai plak .
Post office ni masih berfungsi. kalau tetiba aku nak suwit muit hantar poskad ke kat laki aku.. memang boleh sangat la.. hihi !





Luas tempatnya.. kat sini pon ade jual souveninar.


Dok dalam ni ada la kot dalam stengah jam macam tu. kejap ja kot.. berjalan kaki datang cari tempat ni lagi lamaa.. tak paaa.. excerciseeee orang kataa

seberang jalan ada lagi 1 tempat menarik.

Saigon Notre-Dame Basilica Cathedral atau nama Vietnam nya, Nhà thờ Đức Bà Sài Gòn 


tengok kat tangan aku dengan liya.. buah ! heret la merataaaa... (maaf yer.. semenjak kembali ke tanah kelahiran ni, logghat utara ku kembali pekat. hahah)

ramai jugak la pelancong kat sini. masa kitorang sampai sini, ada 1 bas benti. mat salleh la semua.. kitorang ja yang muslim kat situ.. 

ok dah habis dah jalan-jalan. amek-amek gambar. dah, jom balikk ! tapi sebelum meneruskan perjalanan, kitorang lepak dulu la.. kesian ibu ngandung dan kami yang tak ngandung ni. lepak-lepak sambil makan mempelam yang beli tadi. 



beria lah aku taburr 'asam' tu kat buah.. sekali makan.. ehhhhh ! tu bukan asam.. tu cili yang dicampur dengan garam. lupa sekajap yang sekarang bukan kat malaysia.. haa aku belanja muka aku terlebih cun tu.. haha

Dan tak lupa. aku belanja muka Day jugak. kekekeke ! 

Sambil-sambil makan tu, kitorang tengok balik map. cari jalan pulang orang kata. yea la.. rasa macam jauh nauuu jalan tadi. baca kat blog lain cakap tak jauh ponnn. so, kitorang ikut la jalan baru... tup !! woihhh ! kita di beri direction yang salahhhh ! dari orang pertama yang kitorang tanyaaa ! uwwaaaaa! 


maybe sebab kitorang tanya mana Centrel Post Office. tak sebut nama Vietnam nya. dan lagi parah.. kitorang tak tunjuk gambar ! sepatotnya boleh agak laa.. tak pa.. kita belajar dari pengalaman.. lepas ni pegi memana. printscreen gambarr.. 

Hard Rock Cafe? Memang TAKKK pegi. dah malas.. letih.. balik hotel, rehat jek. sebab malam ni nak shopping kat night market ! 




fuhhhh ! 1 ari aku taip entry ni weh ! dari tengah hari tadi.. sampai sekarang baru habisss ! lama sangat aku peram ni. takut lupaa.. aku tak janji entry akan datang.. hahaha ! doa-doa momentum update blog aku berterusan.. (momentum wey ! tak boleh blahhh ! ) 



ok, bye ! =)






No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...