expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

26 October 2016

Baloq Liat

Lama aku tak update kan? Hihi! Ntah aku pon tak tau kenapa baloqq sangat ( pemalas sangat )

Padahal aku hari² bukak blog ni tengok kat side bar samada blog² kat situ update ke tak. Dok sebok blog orang, blog sendiri tak berupdate.

Macam mana eh, nak mengatasi masalah pemalas update blog ni??? Ada apa² petua takkk? Haha!

Kalau diikutkan kerja aku.. Aku ada ja masa kalau setakat merapu sat kat blog ni. Tapi tu lah aku cakap tadi. Baloq liat. ( Pemalas gilaa orang key ell kata )

Nak cerita pasal apa eh...

Haa.. Esok malam aku nak ke Kajang. Yeahuuu!! Buat apa? Berjimbaa dengan kawan² h2m. Hikhik! Alahh, berjimba secara sihat. Lepas tu aku nak kemas rumah aku kat Semenyih tu. Cadangnya nak buat sewa taon depan. Gitu la cadangnya...

Tengok la macam mana nanti. Maybe akan ada barang² rumah yang aku nak let go. Jual murah². Sebab aku rasa rumah aku tu banyak ja barang. Ntah apa² la aku beli..

Esok aku amek cuti dah. Walaupon flight aku malam, tapi sesambil esok nak bawak kucing yang aku selamatkan ke klinik haiwan waktu pagi tu. Lagi pon, kalau aku kerja, kalau aku mintak half day kat bos aku.. Aku cakap bak bawak kucing ke klinik mesti dia gelak. Susah sebenarnya nak explain benda macam tu kat orang yang tak pernah bela kucing ni. Maybe dia rasa macam..

"Hahaha! Amek half day semata bawak kucing!! "

Padahal dia tak tau, klinik haiwan bukak ikut masa pejabat.(di Langkawi la. Luar aku tak tau)  So, memang tak ada pilihan lah memang terpaksa amik cuti. Memang dah ghupe ada ada anak dah pon... Hahahha

Melalut dah. haha! sorry ni memang post tak dak motip. merapu semata. eh, dah baca sampai habis? kecewa tak baca aku melalut ni.. biasa la.. dok cari mood ni.. hehe !

ok, bye!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...