expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

15 May 2017

Soalan Cepumas

28hb 5 ni genap 6 tahun aku jadi isteri, menantu, kak ipar, adik ipar.

Cuma aku tak jadi 

Mummy/ummi/mak/ibu ja lagi.

Ntah la. Nak cakap pon tak reti. Nak kata berharap sangat tu tidak. Masih berharap la jugak. Cuma peratusan berharap tu ciput ja. Tipu la woi aku tak teringin nak ada anak sendiri! Memang teringin sangat-sangat. Tapi apa boleh buat. Belum rezeki orang kata. Dalam masa yang sama, hampa yang dok baca ni, tolong la doakan aku. Bagi aku merasa jadi mak macam hampaa.. 

Bila tengok anak kakak ipar aku dah sekolah.. (si Suchan tu) sedih la jugak. Mengenangkan kalau aku ada anak, mesti anak aku dah masuk sekolah sekarang. Mesti dah jadi bff dengan si Suchan tu. tapi, apakan daya belum rezeki. 

Aku sedikit risau/gementar/nervous untuk Aidilfitri kali ni.. ( posa ganti tinggai sehari ja weyyy! Esokkkk ja sehariii. Kihkih ) bukan apa pon. Aku dok pikir macam mana nak mengadap saudara mara nanti. Memandangkan rumah mertua aku tu tempat berkumpul. Memang cakap senang. Nak buat tu susah. Hati tisu jugak.. kihkih! 

Tapi bukan sebab raya ja. Sekarang pon aku dah ada perangai pelik. Aku akan mengelak dari mengagah atau bergurau senda dengan budak/bayi. Melainkan anak kawan-kawan atau saudara mara. 

Untuk contoh terdekat. Sekarang kalau ada dinner company Mie, yang boleh bawak isteri dan anak..  aku tegur si isteri tu sahaja. Untuk anak dia aku takkan tegur atau agah. 

Sebab?

Aku nak mengelakkan dari dapat soalan cepumas. So, better tak yah 'bertegur' dengan anak dia. Biasa-biasa sudahhh. Sebab aku dah ada pengalaman. Biasa la kan kita kalau jumpa baby, excited la nak dukung, nak cium.. bila dah dukung beria-ria agah, beria-ria coum dia... tetiba si mak tu bagi soalan cepumas.

"Kak bila lagi?"
"Kak tak p mengurut ka?"
"Kak tak try produk ni?"
"Kak, baik kak usaha bagi ngandung, nanti laki kak kawen lain macam mana?"

Bagi mengelakkan soalan-soalan yang menyakitkan hati bagi kat aku.... sekarang ni senang. Aku takkan tegur, main, cium, dukung anak sesapa pon! 

Melainkan

Anak sedara aku
Anak kawan-kawan aku

Full stop! 

So, kalau nampak aku tak berapa nak mesra dengan budak lepas ni, jangan kata aku tak suka budak pulak. Aku sekarang mengambil langkah untuk berjaga-jaga bagi mengelakkan hati terguris. Kihkih! 

Aku serius ! 

Moga terjawab persoalan kalau aku tak layan anak hampa k? Kalau aku tak layan, maksudnya aku nak mengelak dari soalan cepumas dari mulut hampa tu! 

Sapa tak nak anak weyyyyyy!! 😔


 


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...